Kempen Unit Promosi 5S IKML

Monday, December 29, 2008

Lawatan 5S ke IKM Beseri

Lawatan berkenaan telah diadakan pada Rabu 24 Dis 2008 dengan rombongan seramai 40 orang diketuai oleh En Mohd Nawawi, TP(HEA) IKM Lumut. Dimulakan dengan taklimat oleh AJK Induk 5S IKM Beseri yang diketuai oleh koordinator Tn Hj Supardi, TP(HEA) IKM Beseri sendiri. Disusuli oleh lawatan sekitar bengkel dan diakhiri jamuan makan tengahari yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Terdapat beberapa penemuan yang baik yang boleh dijadikan contoh untuk amalan IKM Lumut. Terima kasih diucapkan kepada IKM Beseri di atas taklimat, lawatan, layanan dan sebagainya yang diberikan kepada pihak IKM Lumut.

5S Budaya Kita Amalan Kita

Wednesday, December 3, 2008

Penganugerahan Zon Terbaik 5S Sempena Hari Kualiti IKML

Hari Kualiti IKM diadakan pada 3/10/2008 di Dewan Mohd Anwar IKML. Bermula dengan ceramah Q disampaikan oleh Dr Kamaruddin dari UPSI. Diikuti majlis ucapan dan penyerahan sijil anugerah Q termasuk anugerah tanpa cuti sakit, anugerah perkhidmatan cemerlang dan lain-lain. Antara yang menarik hari kualiti kali ini juga menganugerahkan kursus / zon terbaik 5S. Zon terbaik dimenangi oleh SKSB, kedua SKBN dan ketiga STBP.
5S Budaya Kita Amalan Kita