Kempen Unit Promosi 5S IKML

Monday, March 30, 2009

Lawatan Audit Pematuhan 5S MPC

Alhamdulillah, tepat 5.30 petang 30 Mac 2009, MPC selesai menjalankan audit pematuhan dan memberikan petanda IKM Lumut layak untuk diberikan pensijilan 5S (Persekitaran Berkualiti). Kedatangan pegawai dari MPC seramai 2 orang iaitu Pn Adlina Bt Senawi dan En Muhammad Adha telah disambut meriah pada jam 8.30pagi dengan gimik khas dari usaha pengajar SKEK En Kamarul Azizzain dan En Ismail B Abdullah, serta persembahan silat dari kelab silat IKM Lumut di bawah bimbingan En Zulkifli. Wakil dari KPM Beranang dan IKM JB juga turut hadir. Program bermula dengan ucapan aluan dari Pengarah IKM Lumut, kemudian ucapan pendahuluan dari wakil MPC, Puan Adlina. Pengerusi 5S IKM Lumut, Tuan Hj Mustafa B Hamzah kemudiannya membentangkan slide powerpoint berkaitan aktiviti 5S di IKM Lumut. Setelah selesai, program diteruskan dengan pemeriksaan dokumentasi 5S. Selepas minum pagi, audit kawasan bermula dengan auditor MPC di bawa ke Bilik Operasi 5S IKM Lumut. Seterusnya, audit dijalankan di kursus SKBN. Makan tengahari, auditor dan AJK Induk 5S serta ketua zon di bawa makan di Restoran My Cheng Ho. Program diteruskan sebelah petang dengan lawatan di SKSB, SKAF, Logistik, STMP dan Pejabat Pentadbiran IKM Lumut. Majlis penutup dibuat setelah auditor berbincang kira-kira 10 minit. Alhamdulillah blog 5S IKM Lumut ini juga diumumkan menerima pengikirafan bintang daripada MPC. Tahniah dan syabas kepada semua staf dan pelatih IKM Lumut kerana berusaha bersungguh-sungguh menjayakan 5S pada hari ini dengan begitu cemerlang, walaupun banyak zon tidak sempat dilawati. TAHNIAH semua!


Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita

Thursday, March 26, 2009

Ke Arah Pensijilan 5S 30 Mac 2009

Tarikh 30 Mac 2009 telah dipilih dan dipersetujui di mana 2 orang wakil MPC akan hadir pada hari berkenaan untuk tujuan berkaitan. Tn Hj Kasudin, konsultan 5S akan hadir bersama wakil dari BPL(K) pada hari berkenaan. Jesteru, tahniah kepada semua zon yang telah melipat kali gandakan usaha melakukan persediaan akhir bagi lawatan berkenaan.

Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita

Sunday, March 22, 2009

Bengkel Kesedaran 5S di KPM Beranang

Bengkel berkenaan telah dijalankan di Kolej Profesional MARA Beranang (KPMB) pada 20 dan 21 Mac 2009. AJK Induk IKML yang diundang membantu memberi penerangan kepada staf KPMB adalah Hj Che Ab Rahim, Hj Kamaruzaman Osman, Ustazah Kamelah dan En Mohd Yusoff Mat Saad. Bengkel kesedaran berkenaan telah dihadiri oleh seramai 113 staf KPMB dan diadakan di bilik perpustakaan KPMB. Program bermula pada 3.00 ptg 20 Mac 2009 dengan ucapan aluan dari Pengarah KPMB. Ceramah pembukaan diberikan oleh Hj Che Ab Rahim selaku Ketua Unit Promosi dan disusuli ceramah keperluan asas 5S oleh Hj Kamaruzaman. Pada 8.30 pagi 21 Mac 2009 , Ustazah Kamelah memberikan ceramah berkaitan Audit 5S. Disusuli bengkel berkumpulan, membentuk zon 5S. En Mohd Yusoff memberikan ceramah Latihan 5S pada 3.00 petang. Bengkel tamat pada jam 5.00 petang.

Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita

Tuesday, March 17, 2009

Pra-Audit 5S oleh MPC dan Tn Hj Kasudin

Pra-audit berkenaan telah dijalankan pada 16 Mac bermula jam 9.30 pagi hingga 4.45 petang oleh wakil dari MPC PJ, En Lizuan dan Tn Hj Kasudin dari Integrated Kaizen. Program bermula dengan penerangan dari Pengerusi 5S IKML Tn Hj Mustafa dan TP HEA En Nawawi. Semakan dokumen dibuat selepas minum pagi. Antara teguran dari MPC seperti berikut:
  • Fail utama induk iaitu Audit, Latihan dan Promosi perlu seragam
  • Perlu senarai semak yang selaras pada setiap fail
  • Minit mesyuarat hendaklah ada setiap bulan mengikut gantt chart
  • Perkara-perkara tidak berkaitan perlu dikeluarkan dari fail.
Lawatan bermula dari Bilik Operasi 5S, kursus SKBN, STBP, STUD dan Logistik. Pada sebelah petang lawatan ke STMP, STRP, STFI, STKN, STBK, SKAF, SKEK dan SKSB. Antara diberikan:
  • Persekitaran laluan hendaklah terbaik. Tiada sampah yg menyakitkan mata memandang
  • Kursus SKBN perlu kemaskini bahagian hujung bengkel yang menempatkan bahan siap
  • Kursus STBP perlu kemaskini bay paip yang tidak kemas. Elakkan sampah di atas kabinet
  • Kursus STUD perlu penambahbaikan di setor
  • Kursus STFI perlu merujuk audit detail. Cth dalam kabinet
  • Kursus SKEK perlu dibuang sawang pada bengkel 2.
Penutup pada 4.00 petang dengan ulasan dari MPC bahawa beliau kagum dengan komitmen dan kesungguhan staf IKM menjalankan 5S. Tapi terdapat beberapa bahagian yang boleh menjadi penyebab 5S IKML tidak dapat diberikan sijil. Kemungkinan persetujuan 30 Mac 2009 adalah tarikh sebenar lawatan, namun bergantung kepada ruang yang ada pada staf MPC. Dalam masa 2 minggu semua pihak perlu membuat penambahbaikan.

Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita

Friday, March 13, 2009

Taklimat Persediaan 5S, ISO 9001-2004 dan SPMa

Taklimat berkenaan telah diadakan pada petang Rabu 11 Mac 2009 bertempat di dewan Mohd Anwar IKML. Semua staf IKM Lumut hadir dan mendengar taklimat berkenaan. Taklimat 5S disampaikan oleh TP (KPHP) Hj Mustafa B Hamzah. Taklimat kesedaran ISO 9001-2004 disampaikan oleh TP (HEA) En Mohd Nawawi B Omar. Manakala taklimat SPMa disampaikan sendiri oleh Tuan Pengarah IKML, Hj Mohd Fadzil B Ghazali. Sebelum itu taklimat persediaan akhir 5S disampaikan oleh Tn Hj Kamaruzaman B Osman.

Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita

Friday, March 6, 2009

Perjumpaan 5S Kali ke 3/2009

Perjumpaan diadakan selepas taklimat 5S dibilik teater IKML. Setiausaha 5S memaklumkan fail 5S zon perlu kemaskini dan seragam. Kandungan dokumen adalah sperti berikut:
  1. Polisi 5S
  2. Objektif 5S
  3. Matlamat 5S
  4. Carta Organisasi Kumpulan
  5. Minit Mesyuarat Kumpulan -mingguan, bulanan dan tindakan susulan
  6. Pelan tindakan aktiviti
  7. Pelan lantai / zon
  8. Gambar-gambar aktiviti Kaizen, Sebelum dan Selepas
  9. Keputusan Audit & Jadual Audit
  10. Memorandum / Makluman Terkini 5S
  11. Kriteria Audit
* Adakan indeks, seperator.

Laporan Audit ke 2/2009 dibentang oleh En Nawawi dan Ustazah Kamelah mengikut format MPC. Antara kandungannya ialah:
  1. Laporan Penilaian Audit wajib ditampal di sudut 5S zon. Markah tinggi untuk penilaian. Jika tiada dalam simpanan zon, sila dapatkan dari auditor.
  2. Keputusan kebanyakan meningkat. Audit lebih yakin, setelah menerima kursus rasmi dari MPC.
Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita

Taklimat Ke Arah Pensijilan 5S 6/2009

Taklimat berkenaan diadakan pada 6 Mac 2009 jam 8.30 pagi di Bilik Teater IKML selepas bacaan Yasin. Taklimat disampaikan oleh Tn Hj Che Ab Rahim B Mahmood kepada sasaran staf pentadbiran, pengajar, ketua kelas dari kursus STRP, STUD, SKBN, STMP, STKM, STBP dan Pengajian Am. Kehadiran adalah seperti berikut:
  1. Radin Norasihah -Pentadbiran
  2. Roslili Bt Sabar Malisi -Pentadbiran
  3. Norsidah Bt Zainol -Pentadbiran
  4. Norija Bt Idris -Pentadbiran
  5. Raja'iyah Bt Alwi -Pentadbiran
  6. Sarepah Hindon Bt S Ab Hamid -Perpustakaan
  7. Wan Jannatulnaimah Bt Bakar -Matematik
  8. Noraini Bt Puteh -Pentadbiran
  9. Hamidah Bt Hamri -English
  10. Fadhlina Bt Sulaiman -STKM
  11. Hazwani Bt Ahmad Razali -English
  12. Kamelah Bt Abdullah -Agama
  13. Baharudin B Ramli -STRP
  14. Johari B Hamzah -STRP
  15. Ishak B Ismail -STBP
  16. Wan Ahmad Yusrizam B Wan Yusof -STBP
  17. Zaili B Ramli -STRP
  18. Noor Kharizan B Hj Ramli -STKM
  19. Nasrudin B Abdul Aziz -STBP
  20. Norizwan B Azlan -Keusahawan
  21. Mat Nawi B Ibrahim -STRP
  22. Mustapa B Saidi -Pentadbiran
  23. Ahmad B Darus -UPP
  24. Mohd Yusoff B Mat -Pentadbiran
  25. Harun B Hamzah -Pemandu
  26. Mat Yunus B Tamat -Pemandu
  27. Hussin B Mohd Hassan -Pentadbiran
  28. Mohd Zin -Pentadbiran
  29. Tun Tajuddin -Pentadbiran
  30. Zamhuri B Ab Ghafar -SKBN
  31. Pahrul Raji B Saari -SKBN
  32. Shukri B Sidik -STBP
  33. Abu Bakar B Ismail -Livline
  34. Mohamad Yusoff B Saleh -Pemandu
  35. Ahmad Kamarulnizam B Majid -SKBN
  36. Ghazali B Mohamad -Pentadbiran
  37. Mohd Rashid B Mohd Taib -SKBN
  38. Zolkefli B Abu Jamin -Pemandu
  39. Mohamad Che Ghani -Agama
Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita

Wednesday, March 4, 2009

Pertandingan Meja, Bilik Kuliah, Makmal Komputer dan Bengkel Terbaik

Pertandingan di atas akan mula dijalankan pada Mac 2009 ini. Lawatan pertandingan akan diadakan pada Selasa 10 Mac 2009 ini. Semua zon terlibat, sekurang-kurangnya satu penyertaan. Pemenang akan diumumkan dan penyampaian hadiah akan di adakan sebelum pra-audit sebenar oleh Tn Hj Kasudin pada Isnin, 16 Mac 2009. Sebagai persediaan, kriteria pertandingan telah diedarkan melalui winpop-up dan hard copy. Pencalonan bilik kuliah, bengkel dan makmal komputer terbaik hendaklah melalui makluman kepada Tn Hj Kamaruzaman. Lawatan akan dibuat bagi pencalonan sahaja. Bagi meja terbaik, semua zon akan dinilai.

Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita

Gerak Gempur 5S - Lawatan Susulan Audit

Lawatan berkenaan telah diadakan pada 3.30ptg dengan diketuai oleh Pengerusi 5S IKML, Hj Mustafa Hamzah bersama TP HEA En Nawawi, S/U 5S IKML Hj Kamaruzaman, Unit Audit Ustzah Kamelah dan Unit Latihan En Mohd Yusoff. Lawatan telah dijalankan ke zon berkut :
  1. UPP
  2. STRP
  3. STMP
  4. STUD
  5. STFI
Beberapa zon termasuk STKN tidak sempat dilawat. Beberapa cadangan dan masalah diutarakan termasuk :
  1. Kemaskini sudut 5S mengikut standard
  2. Lantai dan dinding belum selesai cat
  3. Susunan dan kedudukan fail, sudut 5S, bahan dan alatan
  4. Fail 5S zon perlu kemaskini

Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita