Kempen Unit Promosi 5S IKML

Friday, April 30, 2010

Lawatan 5S dari JPS Kerian di IKML




IKM Lumut, Jumaat 30 April 2010, lawatan JPS Kerian seramai 23 orang diketuai oleh Jurutera Daerah JPS Kerian, Tuan Haji ... Lawatan bermula jam 9.30 pagi dengan taklimat di bilik mesyuarat Mutiara disampaikan oleh En Mohd Yusoff B Mat Saad. Rombongan dibawa melawat ke bengkel STMP, logistik, STUD, SKBN, pejabat HEP, pejabat pentadbiran dan Bilik Operasi 5S. Majlis penutup diadakan di Dewan Teater IKML dan majlis bersurai pada jam 12.15 tengahari.
Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita

Wednesday, April 28, 2010

Lawatan Audit Persijilan Ke dua 5S MPC IKM Lumut

28 April 2010 adalah tarikh bermakna dan bersejarah bagi IKML kerana diaudit untuk kali kedua oleh MPC setelah persijilan pertama tahun 2009 lalu tamat pada 29 Mac 2010. Audit kali ini dilakukan oleh En Mohd Hisyam B Hatimtai, Pegawai Perunding Kanan MPC Wilayah Utara. Lawatan bermula pada jam 9.00 pagi dengan sambutan dan gimik oleh staf dan palajar IKM Lumut. Selepas sarapan pagi, auditor dibawa ke Dewan Teater IKML untuk sesi taklimat. Semua AJK induk, auditor dalaman dan staf IKM Lumut turut serta. Ucapan aluan oleh En Mohd Hisyam, kemudian disusuli ucapan Pengarah dan taklimat 5S oleh Pengerusi 5S IKML, En Mohd Azam B Mohd Saleh. Agenda disusuli semakan dokumentasi di Bilik Operasi 5S IKML. Selepas semakan, auditor MPC dibawa ke Pejabat Pentadbiran, HEP dan Bilik Pengajar Pengajian Am dan STKM di zon 20B.

Jam 1.00 tengahari, AJK Induk membawa auditor untuk makan tengahari di Restoren di Seri Manjung. Solat Zohor di surau IKM Lumut. Jam 2.30 petang lawatan ke bengkel bermula di kursus STBP, SKBN, STUD, Logistik dan STKN. Jam 4.15 petang, semua staf berkumpul di dewan teater IKML untuk majlis penutup. En Mohd Hisyam, merumuskan lawatan dan mengisytiharkan IKML sekali lagi layak untuk disyorkan pensijilan dengan markah lebih baik dari tahun 2009. Majlis ditutup oleh pengarah dengan penyampaian cenderahati kepada En Mohd Hisyam. Majlis bersurai tepat jam 5.00 petang.
Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita

Saturday, April 24, 2010

Ceramah 5S Semster 1 IKML




Ceramah khas untuk semua pelajar semester 1 IKML berkenaan telah diadakan pada petang Jumaat 23 April 2010. Taklimat diadakan di dewan teater IKML telah disampaikan oleh Tn Hj Che Ab Rahim B Mahmood dan En Mohd Yusoff B Mat Saad. Objektif ceramah selain memberikan teori 5S, juga menerangkan persediaan lawatan MPC yang akan diadakan pada 28 April 2010.

Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita

Friday, April 23, 2010

Gerak Gempur 3 Pengarah IKML




Lawatan berkenaan diadakan pada pagi Jumaat 23 April 2010. Lawatan kali ini diadakan di kursus SKAF, SKBN belakang, SKEK, Kantin, STRP dan STMP. Pengarah dan AJK induk telah memberikan komen bagi penambahbaikan tempat yang dilawati. Lawatan berakhir pada jam 12.15 tengahari

Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita

Friday, April 16, 2010

Taklimat Persediaan Pensijilan 5S 2010 bil 2/3

Taklimat berkenaan telah diadakan pada 9.00 pagi Jumaat 16 April 2010 selepas bacaan Yasin di dewan teater IKML. Taklimat diberikan oleh En Mohd Yusoff dan Tn Hj Ab Rahim. Fokus taklimat adalah untuk semua ketua zon dan semua pengajar IKML. Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan 5S antara zon yang diadakan pada Mac 2010 lalu, diberikan selepas selesai taklimat.
Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita

Mesyuarat JK Induk 5S IKML

Mesyuarat berkenaan telah diadakan pada Khamis, 9.30 pagi 15 April 2010 di bilik mesyuarat Mutiara IKML. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi 5S IKML, En Mohd Azam B Mohd Saleh, dan turut dihadiri oleh Pengarah IKML juga selaku Penaung 5S IKML, Tn Hj Saharuddin B Abd Hamid. Agenda perbincangan lebih kepada persediaan lawatan 5S oleh MPC yang InsyaAllah akan diadakan pada 28 April 2010. Mesyuarat ditangguh pada jam 11.30 pagi.
Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita

Gerak Gempur 2 Pengarah IKML

Gerak gempur berkenaan telah diadakan pada hari Selasa 13 April 2010. Program kali ini sambungan lawatan pertama lalu yang kali ini diadakan di kursus STFI, STBK dan STKN. Pengarah dan JK Induk 5S IKML memulakan lawatan pada sebalah pagi dan bersurai pada 1.00 tengahari.
Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita

Friday, April 9, 2010

Taklimat Persediaan Pensijilan 5S 2010 bil 1/3

Taklimat berkenaan telah diadakan jam 9.00 pagi 9 Apr 2010 selepas bacaan Yasin di dewan teater IKML. Sasaran taklimat adalah staf Pengajian Am dan Pentadbiran. Taklimat diberikan oleh En Mohd Yusoff B Mat Saad. Turut hadir Pengarah, Timb Pengarah HEA dan Ketua Jabatan.

Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita

Thursday, April 8, 2010

Taklimat Keselamatan Kenderaan Palajar IKM Lumut




Taklimat berkenaan telah diadakan pada Rabu 7 April 2010 jam 2.30 petang di dewan teater IKM Lumut. Sasaran adalah pelajar IKM Lumut yang mempunyai kenderaan motosikal atau kereta. Taklimat diberikan oleh Setiausaha 5S IKM Lumut, Tn Hj Kamaruzaman B Osman. Objektif taklimat memberikan kesedaran kepada pelatih dalam penjagaan keselamatan serta susunan kenderaan mengikut amalan 5S. Taklimat juga dihadiri oleh Pengawal Keselamatan IKM Lumut.
Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita