Kempen Unit Promosi 5S IKML

Wednesday, June 30, 2010

Lawatan 5s Staf Kolej Komuniti Sg. Siput, Perak

Lawatan dari Kolej Komuniti Sg. Siput diketuai sendiri oleh Pengarah Kolej Pn.Maznah Othman bersama 21 orang stafnya. Program lawatan diadakan pada 21 Jun 2010 (Isnin) bermula dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 ptg. Sesi sebelah pagi ceramah mengenai asas 5S yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah HEP En. Mohd Azam bin Mohd Saleh.


Selepas rehat tengah hari sesi taklimat 5s disambung semula dengan tajuk Perlaksanaan 5s di IKM Lumut yang disampaikan oleh Tn.Hj Kamaruzaman Osman.

Selepas selesai taklimat pelawat dibawa sekitar IKM untuk meninjau beberapa tempat perlaksanaan 5s di IKM Lumut. Disebabkan ketika itu adalah hari cuti Pelajar IKM hanya beberapa tempat sahaja yang dapat dilawati. Tempat lawatan adalah Bilik Pengajar SKSB(Senibina), Bengkel SKAF (Automobil), Bengkel SKEK (Penjaga Jentera), Blok Pentadbiran baru (Pejabat HEP dan HEA) serta Bilik Pensyarah Pengajian Am.

Majlis Penutup lawatan disertai oleh Pengarah IKM Lumut pada jam 4.30 petang. Majlis tamat selepas sesi bergambar pada jam 5.00 petang.
















Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita