Kempen Unit Promosi 5S IKML

Thursday, July 29, 2010

LAWATAN 5S DARI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA, PERAK

Bergambar bersama rombongan staf Jabatan Kastam

Seramai 16 orang pagawai dari Jabatan Kastam telah melakukan lawatan 5S secara adhock ke IKM Lumut pada 29 Julai 2010. Setibanya ke IKM pada jam 2.45 petang mereka telah disambut oleh JK Induk dan Pengarah. Taklimat mengenai perlaksanaan 5S telah disampaikan oleh Setiausaha 5S. Mereka dibawa melawat ke bahagian Pejabat Pentadbiran (HEA) dan juga Pejabat HEP. Lawatan seterusnya adalah ke bilik Pengajar Pengajian Am. Akhirnya mereka dibawa ke Zon 19 (Bengkel SKBN) sebelum meninjau ke Bilik Operasi 5s IKM Lumut. Lawatan tamat pada jam 5.45 petang.

Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kastam Perak sedang mendengar
taklimat di bilik Pengajar Pengajian Am.



Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita

Tuesday, July 27, 2010

Lawatan 5S Dari MRSM Kepala Batas

Bergambar di bahagian hadapan Pejabat Pentadbiran (HEA) IKM Lumut



Pengarah IKM Lumut sedang memberi penerangan kepada peserta rombongan


Pada 27 Julai 2010 (Selasa) IKM Lumut telah dikunjungi oleh seramai 9 orang AJK 5S dari MRSM Kepala Batas. Rombongan disertai oleh 3 orang Timbalan Pengetua (HEP/HEA/Kurikulum) beserta Ketua-Ketua Jabatan dan juga staf yang lain.

Ketibaan rombongan pada jam 10.30 pagi disambut oleh S/U ,Pen. Setiausaha 5S dan beberapa AJK yang lain. Tujuan rombongan adalah untuk melihat sendiri perlaksanaan 5S di IKM Lumut dan mendapatkan sedikit maklumat 5S dari JK Induk.

Aturcara Lawatan:
1. Taklimat mengenai 5S (Asas) disampaikan oleh En.Mohd Azam bin Salleh (Pengerusi)
2. Sesi Lawatan Ke persekitaran IKM
- Pejabat Pentadbiran (HEA)
- Pejabat Pentadbiran (HEP)
- Bilik Pensyarah Pengajian Am
3. Penerangan mengenai Perlaksanaan 5S IKM Lumut disampaikan oleh Tn.Hj.Kamaruzaman
Osman (Setiausaha 5S)
4. Sesi Soal Jawap / maklumbalas / Sesi bergambar.
Lawatan berakhir pada jam 2.00 petang.


Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita

Mesyuarat JK Induk 5S IKML 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Induk 5S IKML kali 04/2010 yang sepatutnya dibuat pada 20 Julai 2010 terpaksa di tunda pada tarikh 26 Julai 2010. Penangguhan adalah disebabkan IKM Lumut sedang giat membuat persediaan Majlis Konvokesyen Kali Ke52 yang akan berlangsung pada 24 Julai 2010. Ramai AJK Induk yang terlibat dalam program tersebut.


Mesyuarat JK membuat satu lantikan baru menggantikan AJK yang berpindah ke Ibu Pejabat MARA baru-baru ini. Antara perubahan yang dilakukan adalah Portpolio JK Promosi yang dikosongkan oleh En. Mohd Yusof telah diganti oleh En. AB Aziz bin Abdullah (Ketua Jabatan Bangunan). Peranan JK Promosi akan dikendali sepenuhnya oleh beliau selepas ini. Manakala kekosongan JK Standard yang ditinggalkan oleh Tn. Hj. Md.Nasir akan di gabung bersama dengan JK Susun, Seragam dan Standard. JK ini di kendali oleh 2 orang iaitu En. Mohd Rashid bin Mohd Taib dan En. Norsid bin Musa.

JK Seranta yang di kendali oleh En. Mustafa bin Uda akan berperanan menerima kunjungan pelawat bagi tujuan 5S. Beliau akan mengaturkan tempat lawatan 5S dan aturcara majlis lawatan. Disebabkan kebelakangan ini IKM Lumut telah menerima banyak permohonan lawatan maka tugas beliau akan dibantu juga oleh JK yang lain.

Berikut adalah nama-nama JK 5S IKM Lumut selepas pindaan

Ketua Penyelaras 5S IKML
1. Bahagian Audit - En. Mohd Nawawi bin Omar
Ketua Audit Dalam - Ustazah Kamelah binti Abdullah
2. Bahagian Promosi - En. AB Aziz bin Abdullah
3. Bahagian Latihan - Tn. Hj . Che AB Rahim bin Mahamud
4. Bahagian Susun - En. Mohd Rashid bin Mohd Taib
5. Bahagian Seragam - En. Norsid bin Musa
6. Bahagian Standard - En. Mohd Rashid / En. Norsid
7. Bahagian Sisih - En. Zual Hasnan bin Nazri
8. Bahagian Seranta - En. Mustafa bin Uda

Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita.

Thursday, July 8, 2010

Tamat Kursus Blog





Kursus membuat blog telah berakhir pada hari Rabu 8 Julai 2010. Tahniah kepada 6 orang AJK Induk 5S IKM Lumut yang telah menamatkan kursus tersebut. Diharap mereka ini dapat menyebarkan ilmu untuk manfaat semua orang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah juga kepada Pensyarah Kursus Blog En. Zulfadli bin Mohd Saad (STKM) yang banyak memberi tunjuk ajar sehingga mencapai objektif kursus. Jutaan terima kasih juga kepada pihak Pengurusan IKM Lumut yang telah memberi peluang dan sokongan merealisasikan kursus ini sehingga berjaya.





Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita

Tuesday, July 6, 2010

Kursus Weblog




Seramai 20 orang staf IKM Lumut menghadiri kursus 3 hari bermula 6 hingga 8 Julai 2010. Kursus dibuat secara dalaman dan Penceramah adalah En. Zulfadli bin Mohd Saad (Pengajar Kursus Komputer). Enam orang AJK Induk 5S IKM Lumut turut serta dalam kursus tersebut. Mereka adalah Pengerusi 5S, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Ketua Audit Dalaman, Ketua Unit Sisih dan Ketua Unit Seragam.

Adalah diharapkan mereka dapat menfaatkan ilmu yang diperolehi bagi tujuan mengisi laman Blog 5S IKM Lumut dan menggunakannya dalam menyampaikan pembelajaran dengan lebih effisien.

Efisien Produktif Kualiti5S Budaya KitAdd Imagea Amalan Kita

Thursday, July 1, 2010

Ceramah Amalan 5S Kepada Pelajar Baru Minggu MSR Julai 2010





Selamat datang kepada Pelajar Baru ke IKM Lumut yang telah mendaftar masuk pada 28 Jun 2010. Seramai lebih 300 orang mendaftar masuk ke IKM pada hari tersebut. Program Minggu Silaturrahim telah di isi dengan Ceramah Amalan 5S. Ceramah ini telah disampaikan oleh Tn.Hj.Kamaruzaman selaku Setiausaha 5S IKM Lumut pada 1 Julai 2010 jam 11.30 pagi hingga 1.15 tengahhari di Dewan Taeter Blok Integrasi.

Turut membantu dalam sesi ceramah tersebut ialah Ustazah Norazlina. Pelajar telah di terangkan mengenai pengenalan asas 5S dan perlaksanan Amalan 5s khusus di dalam Asrama dan juga dibengkel. Selain penyampaian ceramah pelajar juga membuat beberapa aktiviti bagi memantapkan lagi kefahaman mengenai Amalan 5S.



Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita

Majlis Perpisahan AJK Induk 5s IKM Lumut







Selamat berhijrah kepada 2 orang AJK Induk 5s yang akan bertukar ke Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur. En. Mohd Yusoff yang telah sekian lama banyak membantu JK 5S dalam urusan Latihan dan juga Promosi. Tahniah kepada beliau yang telah mendapat kenaikan Pangkat, semoga lebih effisien di tempat baru.

Tidak dilupakan kepada Tn. Hj. Md. Nasir Md Akip yang telah melaksanakan usaha JK Standard 5S IKML. Walaupun tidak begitu lama dalam JK 5s tetapi beliau telah juga menyumbangkan usaha dalam Pertandingan Standard 5S bersama AJK lain.

Ucapan jutaan terima kasih kepada keduanya semoga dapat membawa usaha dan amalan 5S dari IKM Lumut ketempat baru. Sesungguhnya Amalan ini adalah satu usaha murni yang memberi kebaikan kepada semua.



Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita