Kempen Unit Promosi 5S IKML

Monday, October 25, 2010

LAWATAN AJK 5S IKML KE IKM BESERI PERLIS

Pandangan hadapan Blok Integrasi IKM Beseri Perlis

Satu lawatan tidak rasmi 3 orang AJK Induk 5S IKM Lumut ke IKM Beseri Perlis diadakan pada 25 Oktober 2010. Lawatan ini dibuat adalah semata-mata sebagai mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan berkongsi idea mengenai Amalan 5S di IKM Beseri, Perlis.

Taklimat bersama Pengarah IKM Beseri, Tn.Haji Ramli

Lawatan bermula pada jam 2.15 petang sejurus tamat menghadiri Majlis Konvensyen di Hotel Putra Palace Kangar. Kunjungan kami disambut baik oleh Tn Hj. Ramli, Pengarah IKM Beseri, Selepas taklimat ringkas mengenai perlaksanan amalan 5s di IKM Beseri, kami telah di bawa melawat ke Galeri 5s IKM Beseri oleh En. Roslan. Banyak idea dan maklumat mengenai 5S yang kami perolehi hasil dari lawatan berkenaan. Kami juga di bawa melawat ke pusat CIC dimana banyak hasil kerja pelajar dan Pengajar IKM Beseri yang dipamerkan. Barang pameran terdiri inovasi pelajar yang menyertai pertandingan diperingkat Kebangsaan.

Bergambar dengan En.Roslan di Galeri 5S IKM Beseri Perlis

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Pengurusan IKM Beseri yang telah memberi kami penginapan dan membenarkan perkongsian maklumat dari lawatan berkenaan. IKM Beseri juga dalam persediaan menghadapi Audit Pematuhan bagi tahun ke 3. Kami semua berdoa agar IKM Beseri dapat mengekalkan Amalan 5S dan berjaya memperolehi persijilan bagi Audit yang akan diadakan pada akhir Disember 2010 nanti.

Kami bertolak balik ke IKM Lumut pada jam 4.00 petang. Peserta lawatan dari IKM Lumut adalah Ustazah Kamelah, En. Ab. Aziz Abdullah dan Hj. Kamaruzaman Osman. Semoga kami dapat menerapkan nilai-nilai murni 5S yang diamalkan oleh IKM Beseri di IKM Lumut pula.


"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

KONVENSYEN 5S MPC WILAYAH UTARA 2010

TAKLIMAT MENGENAI PERSIJILAN PERSEKITARAN BERKUALITI DARI
PN. SURIATI (MPC WILAYAH UTARA)


Peserta Konvensyen serta Pembentang Kertas Kerja dari Pelbagai Jabatan

Konvensyen 5S Anjuran MPC Wilayah Utara telah diadakan pada 25/10/2010. Konvensyen yang julung kalinya diadakan di Hotal Putra Palace Kangar, Perlis. Konvensyen ini diadakan di Utara Semenanjung bagi memberi peluang kepada Jabatan kerajaan dan pihak syarikat swasta untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Peranan MPC dalam Amalan 5S yang dikendalinya. Seramai 5 orang pembentang kertas kerja dari pelbagai jabatan di konvensyen berkenaan. Mereka adalah;-
1. Pn. Suriati binti Zainal Abidin - dari MPC ceramah bertajuk Kecemerlangan Organisasi
kearah Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti
2. Tn.Hj. Asraf - dari Pejabat Tanah Dan Galian Neheri Perak - Sistem Pengurusan Dokumen dan fail yang berkesan.
3. Tn.Dr. Prava - dari Boustead Naval Shipyard, Lumut Perak - Pengurusan warga kerja kearah
kejayaan amalan 5S
4. En. Abd Rahman bin Anjang - dari TNB Ibu Pejabat Kuala Lumpur - Amalan 5s di syarikat
TNB
5. En. Mohd Arif bin Sarati - dari Syarikat Nawabel Coating Sdn.Bhd - Konsep Amalan 5S

Para peserta Konvensyen 5S di Hotel Putra Palace, Kangar Perlis

Majlis yang bermula dari jam 9.00 pagi telah tamat sehingga jam 1.00 tengah hari. Perasmian Majlis disempurnakan oleh Cik Hjh. Sarimah binti Misman (Pengarah MPC Wilayah Utara).

Para pembentang kertas kerja telah memberikan para peserta banyak input mengenai amalan 5S dan berkongsi maklumat mengenai kaedah menangani masalah dalam pelaksanaan 5S ditempat kerja masing-masing.

IKM Lumut telah menghantar 3 orang AJK 5S menyertai Konvensyen tersebut. Meraka adalah terdiri dari:
1. En. Ab.Aziz bin Abdulah - Ketua Unit Promosi
2. Ustazah kamelah binti Abdullah - Ketua Audit Dalam 5S
3. Hj. Kamaruzaman bin Osman - Setiausaha 5s.


Peserta dari IKM Lumut bergambar dengan Pengarah MPC Wilayah Utara
Cik Hjh.Sarimah bt. Misman

Harapan kami agar konvensyen seperti ini dapat di adakan dengan lebih kerap bagi membantu pihak swasta dan jabatan kerajaan dalam melaksanakan amalan 5S secara lebih efektif.

"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

Saturday, October 23, 2010

MAJLIS DEKLARASI PENGAJAR IKML 2010



Satu majlis deklarasi untuk semua pensyarah IKM Lumut telah diadakan pada 22/10/2010 . Majlis dilakukan di Bilik Teater Blok Integrasi yang dihadiri oleh semua Pensyarah IKM. Taklimat mengenai Pemantauan Dokumen P&P yang akan diadakan pada 2/11/2010 - 5/11/2010 disampaikan oleh En.Ab.Aziz Abdullah.

Selain dari itu makluman mengenai hasrat IKM Lumut yang akan turut serta dalam pertandingan Anugerah Persekitaran Berkualiti QE anjuran MPC juga di war-warkan kepada semua staf agar dapat membuat persediaan awal. Tarikh tutup penghantaran borang penyertaan adalah pada hari ini 21/10/2010 manakala tarikh akhir penghantaran dokumen adalah pada 30 Oktober 2010.. IKM Lumut sangat bersemangat dalam menghadapi penyertaan pertandingan seperti ini.


"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

Thursday, October 21, 2010

LAWATAN JURUAUDIT 5S DARI PEJABAT MARA NEGERI PERAK

Bergambar semasa menunggu taklimat Audit

Pihak Juruaudit Dalam 5S IKM Lumut sedang membuat lawatan audit ke Zon keseluruh kawasan IKM pada 20 dan 21/10/2010. Lawatan dibuat selama 2 hari memandangkan skop kawasan IKM yang luas iaitu 48 ekar.
Serahan cenderahati dari PMN Ipoh, Perak

Sehubungan dengan itu IKM Lumut telah menjemput Juruaudit dari Pejabat MARA Negeri Perak turut serta dalam lawatan berkenaan. Seramai 8 orang Juruaudit 5S dari Ipoh telah bersama Juruaudit dari IKM Lumut untuk kerja audit berkenaan. Beberapa tempat yang dikenalpasti untuk di audit adalah Pejabat Pentadbiran, Bilik Pengajar Pengajian dan juga Logistik. Adalah diharapkan agar kerjasama ini pihak AJK Audit IKM Lumut dapat membantu Juruaudit dari Pejabat MARA Ipoh dalam mengendali kerja audit dalaman.

Pejabat MARA Negeri Perak sedang berusaha untuk memperolehi Persijilan 5S. Beberapa aktiviti amalan 5S sedang giat dilaksanakan bertujuan supaya semua staf di Pejabat MARA mengamalkan amalan ini.
Bergambar dihadapan Bilik Operasi IKM Lumut

"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

PERBINCANGAN AJK INDUK - PERSEDIAAN ANUGERAH QE 2010

Satu perbincangan bersama pada 21/10/2010 (Khamis) antara AJK Induk dan Pengarah mengenai persediaan untuk menerima jemputan dari MPC untuk menyertai Pertandingan Anugerah Persekitaran Berkualiti 2010. Persediaan awal ini adalah bertujuan untuk berkongsi idea dan pendapat mengenai bukti-bukti yang dapat disediakan bagi keperluan pertandingan berkenaan. AJK yang hadir adalah:

1. Tn. Hj. Saharuddin bin Abd. Hamid - Pengarah
2. En. Mohd Azam bin Mohd Saleh - Pengerusi 5S
3. En. Mohd Nawawi bin Omar - Ketua Unit Audit 5S
4. En. Mohd Rashid bin Mohd Taib - Ketua Unit Standard
5. Tn. Hj. Che Ab.Rahim bin Mahamood - Ketua Unit Latihan
6. En. Ab. Aziz bin Abdullah - Ketua Unit Promosi
7. Pn. Ustazah Kamelah binti Abdullah - Ketua Audit Dalam
8. Pn. Ustazah Norazlina binti Mohd Nasir - Pen. Setiausaha
9. Cik Faridah binti Razalli - Persediaan Portfolio pertandingan
10. Tn. Hj. Kamaruzaman bin Osman - Setiausaha 5S

Setiausaha 2 5S bersama Cik Faridah

Perbincangan ini di pengerusikan oleh En. Mohd Azam. Banyak perkara yang dikemukakan oleh AJK dan Pengarah sebagai satu usaha sokongan dalam menghadapi pertandingan sekiranya pihak IKM Lumut diterima dalam senarai pendek MPC.
AJK Induk 5S sedang berbincangan mengenai APB MPC 2010

Satu lagi perjumpaan akan diadakan pada 26/10/2010 (Isnin). Semua AJK terlibat dikehendaki menyediakan bahan-bahan yang akan digunakan sebagai bukti perlaksanaan amalan 5S.

"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

Wednesday, October 20, 2010

AUDIT DALAMAN 5S IKM LUMUT SESI OKT 2010



Pada hari ini 20/10/10 (Rabu) dan hari esok adalah hari Lawatan Audit Dalam di IKN Lumut. Seramai 35 orang Auditor telah melakukan tugas ini bermula sejak jam 9.00 pagi. Sebelum tugas audit dijalankan satu acara serahan writing card telah disampaikan kepada semua Auditor oleh Pengarah IKM Tn.Hj.Saharuddin di ruang lobi Pejabat pentadbiran.

Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita

Thursday, October 14, 2010

HARI KEDUA AUDIT PERTANDINGAN 5S TNB SERI ISKANDAR

Audit Pertandingan 5s pada hari kedua 14 Oktober 2010 beralih tempat dari Seri Manjung ke Seri Iskandar Perak. Pejabat TNB terletak berhampiran Taman Maju Seri Iskandar. Auditor dari IKM Lumut bertolak dari Seri Manjung pada jam 8.00 pagi dan sampai ke Seri Iskandar pada jam 9.00 pagi. Kerja Audit bermula sebaik tiba ke Pejabat TNB disambut oleh En. Kamarulzaman (Fasi 5S Seri Iskandar). Kerja audit tamat pada jam 12.00 tengahhari.

Auditor 5S dari IKML sedang memeriksaan keadaan bilik

Bergambar bersama staf TNB Seri Iskandar

Pejabat TNB Seri Iskandar berada di bangunan rumah kedai dua tingkat dan telah beroperasi disitu sejak 3 tahun lepas. Pejabat baru nampak lebih kemas dan menarik. Susunan fail dan meja yang kemas menunjukkan para pekerja disini memang sentiasa mengamalkan 5S.

Pada sesi berikutnya adalah pembentangan hasil penemuan Audit dan mengistiharkan pemenang kategori pertandingan. Pembentangan dibuat pada jam 1.30 tengahhari dan tamat pada jam 2.00 petang di Pejabat TNB Seri Manjung

Bahagian hadapan kaunter TNB Seri Iskandar

Auditor dari IKM Lumut UstazahKamelah, Pn. Shakiroh dan Hj. Kamaruzaman
bergambar bersama Pegawai TNB Seri manjung En. Idris (PK), En. Anuar,
Pn. Nurul Azian
sejurus tamat majlis penutup Audit Pertandingan

"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

Wednesday, October 13, 2010

PERTANDINGAN 5S - TNB MANJUNG 2010

Satu usaha bersama dalam mengekalkan amalan 5S telah dibuat antara AJK 5S IKM Lumut dengan AJK 5S TNB Seri Manjung, Perak. Usaha tersebut adalah dengan mengadakan Pertandingan antara bahagian di TNB Manjung. Dalam usaha tersebut pihak TNB dan IKM telah berganding bahu dalam mengadili pertandingan berkenaan. Juruaudit Pertandingan dari IKM Lumut terdiri dari Pn. Ustazah Kamelah, Pn. Shakiroh dan Hj. Kamaruzaman. Manakala TNB Manjung diketuai oleh Pn. Nurul Azian. Usahasama sebegini bukanlah kali pertama tetapi telah masuk kali kedua dimana pada awalnya telah dibuat diperingkat IKM Lumut pada bulan September 2010 lepas.
Juruaudit dari IKM Lumut sedang bergambar dihadapan Pejabat TNB Manjung

Adalah diharapkan usaha sebegini dapat diteruskan bagi hubungan baik dan kerjasama antara pekerja pelbagai jabatan dalam pelaksanaan amalan 5S.

Pertandingan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
1. Bahagian Pentadbiran Terbaik.
2. Bahagian Pejabat Teknikal Terbaik
3. Bahagian Stor Terbaik
Kerja Audit Pertandingan sedang dijalankan

TNB Manjung mempunyai banyak kawasan dalam pelaksanaan amalan 5S. Dalam pertandingan ini 3 kawasan dikenalpasti adalah Pejabat Pentadbiran TNB Seri Manjung, Setor di Sitiawan dan Pejabat serta Stor yang terletak di Seri Iskandar.

Audit Pertandingan dikawasan Manjung dan Sitiawan dilakukan pada 13 Oktober 2010, manakala di Seri Iskandar pada 14 Oktober 2010.

"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

LAWATAN 5S DARI MRSM TAIPING

Satu rombongan pelawat terdiri dari staf pentadbiran dan guru MRSM telah datang membuat lawatan sambil belajar mengenai budaya 5s ke IKM Lumut pada hari Rabu 13 Oktober 2010. Rombongan diketuai oleh Ustaz. Mohd Shauqi, Tim. Pengetua. MRSM.

Pelawat sedang mendengar taklimat di Bilik Teater

Mereka tiba ke IKM Lumut pada jam 9.00 pagi. Pada awal perancangan mereka akan berada di IKM sepanjang hari untuk taklimat 5S disebelah pagi dan lawatan persekitaran kawasan 5S disebelah petang. Oleh sebab-sebab tertentu lawatan disingkatkan sehingga jam 2.00 petang sahaja.

Semasa lawatan mereka telah diberi taklimat mengenai 5S oleh Ketua Unit Promosi En. Ab. Aziz Abdullah. Pn. Fadhlina telah memberi taklimat mengenai peranan AUDIT 5S. Sesi lawatan persekitaran telah di lakukan sebaik tamat sesi taklimat tersebut.

Pengarah IKM Lumut sedang menerima cenderahati dari Us. Shauqi

Sehingga kini MRSM Taiping telah berusaha dalam memperolehi persijilan 5S. Lawatan ke IKM adalah salah satu usaha memberi pendedahan kepada Ahli Jawatankuasa dalam persediaan persijilan.

Bergambar dihadapan Pejabat Pentadbiran IKM Lumut

"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

Saturday, October 9, 2010

HARI KELUARGA IKM LUMUT

Hari Keluarga IKM Lumut diadakan pada 8 dan 9 Oktober 2010. Lokasi kali ini adalah di kawasan lapang Chalet Impian Teluk Batek.

Pada 8/10/10 bermula jam 8.30 malam satu acara Sambutan Hari Raya bersama keluarga diadakan disitu. Acara dimulakan dengan majlis jamuan dengan menu pelbagai termasuk ayam bakar golek. Selepas acara tersebut diadakan pertandingan memancing kepada seluruh warga IKML dan keluarga.

Pada 9/10/10 diadakan pula majlis Perasmian Hari Keluarga oleh Pengarah IKML Tn. Hj. Saharuddin Abd Hamid. Majlis dimeriahkan lagi dengan acara sukaneka untuk keluarga dan anak-anak. Acara paling menarik adalah penyampaian hadiah cabutan bertuah dimana sebanyak lebih 100 hadiah disediakan. Hadiah paling menarik adalah televisen warna, mesin basuh dan tiket melancong ke Bandung Indonesia.

"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

KEMPEN PENJIMATAN ELEKTRIK



Sempena Pelancaran Kempen Penjimatan Elektrik satu majlis penyerahan banner telah diadakan pada 8 Oktober 2010 di Bilik Teater Blok Integrasi selepas majlis bacaan Yaasin. Pelancaran ini di anjurkan oleh Unit Promosi IKM Lumut di ketuai oleh En. AB Aziz Abdullah. Banner di serahkan oleh Setiausaha 5S kepada Pengerusi 5S En Mohd Azam bin Mohd Saleh.

Kempen Penjimatan Penggunaan Elektrik telah bermula sejak 1 Oktober 2010 dan akan berakhir pada 31 Disember 2010. Kempen ini bertujuan memberi kesedaran kepada semua Staf dan pelajar IKM Lumut agar dapat mengurangkan kos penggunaan elektrik sebagai satu langkah penjimatan sejajar dengan amalan 5S.

Kempen ini juga adalah sebagai langkah permulaan bagi penjimatan kos sebelum kempen penjimatan kos yang lain-lain.


"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

Friday, October 1, 2010

MAJLIS PENYERAHAN BANNER, POLISI, MISI 5S

Selepas tamat majlis bacaan Yaasin satu majlis penyerahan banner "Cemerlang 100%" telah berlangsung di Teater Blok Integrasi pada 01 Okt.2010. Semua penyelaras kursus dan Ketua-Ketua Zon 5S turut hadir dimajlis berkenaan. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi.

Dimajlis tersebut juga di masukkan slot penyampaian taklimat ringkas 5S mengenai Kempen Penjimatan Elektrik. Taklimat disampaikan oleh Setiausaha 5S. Selepas tamat taklimat tersebut disampaikan pula Polisi, Misi dan Visi 5s yang telah diseragamkan oleh Unit Promosi.



"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"