Kempen Unit Promosi 5S IKML

Thursday, November 25, 2010

LAWATAN 5S -DARI MRSM KUALA KUBU BARU, SELANGOR

Lawatan di Pejabat HEP IKML

Rombongan staf MRSM Kuala Kubu Baru seramai 26 orang telah membuat lawatan sambil belajar mengenai pelaksanaan 5S ke IKM Lumut pada 24 November 2010. Sesi lawatan bermula pada jam 10.30 pagi dengan taklimat mengenai pelaksanaan 5S IKML bertempat di Bilik Teater blok Integrasi. Rombongan ini diketuai oleh Pen.Pengetua (HEA) MRSM Pn. Siti Hajar.

Mengedarkan borang kajiselidik di bilik teater

Lawatan hanya bermula pada jam 12.30 tengah hari. Meraka dibawa melawat ke Pejabat Pentadbiran, Bilik Pengajar Pengajian Am, Bengkel STBP dan juga Bengkel SKBN. Sesi lawatan berakhir pada jam 1.30 tengah hari.


Bergambar di hadapan Pejabat Pentadbiran IKML sebelum bersurai


IKM Lumut akan sentiasa membantu mana-mana pihak yang ingin berkongsi melaksana amalan 5S.


"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

Tuesday, November 23, 2010

KURSUS 5S DI KOLEJ KOMUNITI SG SIPUT

Pemandangan menarik waktu pagi di KK Sg. Siput

Satu Kursus Kesedaran Mengenai 5S kepada Staf KKSS telah diadakan di Bilik Teater bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang pada tarikh 23 Nov 2010.

Peserta kursus sedang memerah otak untuk presentation

Sebahagian peserta kursus wanita KKSS

Bergambar bersama Penceramah selepas kursus tamat
Selamat Melaksana 5S


Seramai 80 orang staf telah menyertai kursus tersebut. 2 orang Penceramah dari IKM Lumut ialah Hj. Kamaruzaman Osman dan En. Ab.Aziz Abdullah. Tajuk ceramah ialah Kesedaran 5S kepada staf KKSS, Peranan AJK 5S dan Kaedah Pelaksanaan 5S di tempat kerja.


Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita

Wednesday, November 10, 2010

LAWATAN PENANDARASAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE) 5S DARI BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA , IBU PEJABAT MARA K.L


Alhamdulillah..

Pada 10 November 2010, satu rombongan daripada Bahagian Pengurusan Harta, Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur telah datang melawat IKM Lumut sempena penandarasan bagi pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) 5S di BPH.

Rombongan yang diketuai oleh Tn. Hj Abdollah b. Che Ngah dan Tn. Hj. Paiman b. Anuar tiba jam 11.30pg dan terus dibawa ke bilik taklimat pejabat untuk taklimat mengenai Amalan 5S di IKML. Majlis didahului dengan ucapan alu-aluan dari En. Mohd Azam b. Mohd Salleh selaku Pengerusi 5S IKML. Seterusnya taklimat pengenalan yang disampaikan oleh Setiausaha 5S IKML iaitu Tn. Hj. Kamaruzaman b. Osman.

Oleh kerana agak kesuntukan masa, taklimat daripada Unit Promosi dan Unit Latihan tidak dapat diadakan. Taklimat diteruskan dengan penerangan oleh Ketua Unit Audit, iaitu Ustz. Kamelah bt. Abdullah.

Tepat jam 1.00 tengahari, rombongan dibawa menjamu selera di kantin IKML sebelum berehat dan menunaikan solat.

Aktiviti diteruskan pada jam 2.45 petang dengan rombongan dibawa melawat ke sekitar Zon 20A dan 20B iaitu Pejabat Pentadbiran dan Pejabat HEP serta bilik pengajar Jabatan Pengajian Umum.

Seterusnya lawatan diteruskan ke Pusat Logistik IKML, kursus STBK dan SKSB sebelum berakhir jam 4.00 petang.

Sebelum berangkat pulang, ahli rombongan diminta untuk mengisi borang maklum balas bagi aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut dan bergambar bersama sebagai kenangan kerana ini adalah kali pertama IKML dilawati oleh AJK Induk 5S dari Bahagian Pengurusan Harta, Ibu Pejabat MARA.

Semoga perjalanan pulang ahli rombongan diiringi rahmat dan dilindungi oleh-Nya Yang Maha Esa.

Sehingga berjumpa lagi, sekian. Terima kasih.


Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita

Monday, November 8, 2010

Perbincangan Ringkas AJK Induk 1/Nov 2010



Jam 8.45pg 8 November 2010, satu mesyuarat kecil AJK Induk telah diadakan bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan Amalan 5S di IKML yang telah dipengerusikan oleh Tn. Hj Kamaruzaman b. Osman.

Antara yang hadir:
1. Pen. S/U - Ustz. Norazlina bt. Md. Nasir
2. Ketua Audit - Ustz. Kamelah bt. Abdullah
3. Ketua Unit Latihan - Tn . Hj Che Ab. Rahim b. Mahmood
4. Ketua Unit Promosi - En. Ab. Aziz b. Abdullah
5. Ketua Zon 20A - En. Ghazali b. Mohammad

Agenda yang dibincangkan adalah:
1. Persiapan untuk menerima lawatan daripada pihak Bahagian Pengurusan Harta (BPH) MARA pada 10 November 2010. Dijangkakan seramai 7 orang yang akan hadir.
2. Persediaan yang perlu dilakukan sekiranya IKML terpilih untuk dinilai bagi Pertandingan Anugerah Persekitaran Berkualiti Peringkat Kebangsaan.
3. Persediaan wakil ke Kolej Komuniti Sg.Siput pada 23 November 2010 (Tn. Hj Kamaruzaman b. Osman dan En. Ab. Aziz b. Abdullah) untuk taklimat mengenai Amalan Persekitaran Berkualiti 5S.
4. Persiapan untuk menerima lawatan daripada pihak MRSM Kuala Kubu Baru pada 24 November 2010. Dijangkakan seramai 40 orang yang akan hadir.
5. Persediaan untuk kempen Tak Nak! iaitu menguatkuasakan larangan merokok di dalam IKML.

Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 10.00 pagi. Diharap apa yang telah dibincangkan dapat direalisasikan dengan kerjasama semua pihak.

Terima kasih...


Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita