Kempen Unit Promosi 5S IKML

Wednesday, January 19, 2011

Lawatan Audit dari Pihak Pengurusan

Isnin, 17 Januari 2011 jam 3.00 petang, satu lawatan audit 5S dari pihak pengurusan telah dijalankan ke zon-zon / kawasan yang mendapat markah dari Audit Dalaman kurang daripada 75%.



Lawatan tersebut telah diketuai oleh En.Mohd Nawawi Omar selaku TP HEA yang juga Ketua Unit Audit dan diiringi oleh Tn. Hj. Kamaruzzaman Osman, En. Ab. Aziz Abdullah, En. Norsid Musa, Ust Norazlina Mohd Nasir dan Ust. Kamelah Abdullah.

Pada awalnya lawatan akan dilakukan di keseluruh kawasan IKML,tetapi atas kekangan masa dan tenaga,lawatan kali ini hanya ditumpukan di sekitar Bangunan Blok Integrasi yang menempatkan zon-zon 20A, 20B dan 20C.



Hasil daripada lawatan tersebut, banyak tempat yang perlu dipertingkatkan lagi penjagaan dari segi kebersihan, 'ownership', dan keselamatan.



Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita

Mesyuarat AJK Induk 5S 1/2011

Pada 12 Januari 2011, satu Mesyuarat AJK Induk 5S IKM Lumut telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat HEP pada jam 9.15 pagi.















Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi 5S IKML iaitu En.Mohd Azam b. Mohd Salleh dan dihadiri oleh sebahagian besar AJK Induk. Dalam mesyuarat kali ini, diumumkan perlantikan Ketua AJK baru bagi Unit SERANTA iaitu Tn. Hj. Johari Hamzah menggantikan En.Mustafa Uda yang telah berpencen.

Antara agenda yang dibincangkan kali ini ialah :
  1. Peningkatan usaha Unit Promosi dan Latihan
  2. Perancangan tahun 2011 bagi setiap unit
  3. Persediaan untuk menghadapi pensijilan yang ke-3
Dalam mesyuarat kali ini juga, dimaklumkan bahawa Ust. Kamelah Abdullah akan diserapkan ke Bahagian Audit bersama-sama dengan En. Mohd Nawawi Omar dan tidak lagi menjawat jawatan Ketua JuruAudit.

Mesyuarat ditangguhkan dan bersurai jam 11.30pg.


Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita

Monday, January 10, 2011

CERAMAH 5S DI KOLEJ PROFESIONAL SERI ISKANDAR

IKM Lumut telah menghantar 2 orang Penceramah bagi membantu KPM Seri Iskandar dalam usaha peringkat awal pelaksanaan 5S. En. Mohd Azam b. Mohd Saleh dan Tn.Hj.Kamaruzaman berada di KPM SI pada 10 Januari 2010 dari jam 2.30 ptg hingga 5.00 ptg bagi tujuan tersebut.

Peserta kursus dikalangan Pensyarah KPM SI

Seramai 100 orang staf KPM SI telah menghadiri ceramah berkenaan yang diadakan di dewan Kuliah. Tajuk ceramah adalah Asas Amalan 5S dan juga Kaedah Pelaksanaan 5S di Kolej. Harapan kami agar pihak KPM SI dapat mengamalkan terus amalan baik ini sebagai penambahbaikan dan persekitaran berkualiti.

En. Mohd Azam sedang menyampaikan ceramah 5S

Pengarah KPM SI Tn.Hj. Jusoh bin Omar berucap semasa pembukaan majlis, sangat berharap agar semua warga KPM dapat mengamalkan amalan baik ini sebagai cara hidup yang selesa dan selamat. Amalan ini bukan sahaja untuk amalan di tempat kerja malah boleh juga diamalkan si rumah.

Bergambar selepas tamat sesi ceramah 5S


"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

Sunday, January 9, 2011

KURSUS 5S KEPADA STAF MRSM KUANTAN

Satu kursus 5S kepada semua staf MRSM Kuantan telah diadakan pada 29 dan 30 Disember 2010. Kursus telah dihadiri oleh seramai 103 orang peserta. Dua orang Penceramah dari IKM Lumut telah mengendali kursus tersebut. Penceramah adalah Tn.Hj.Kamaruzaman dan Pn.Ustazah Kamelah Abdullah.

Pn. Ustazah Kamelah sedang memberi ceramah

Dalam tempoh yang singkat, semua peserta telah di dedahkan dengan kaedah pelaksanaan 5S ditempat kerja. Satu gerak kerja telah diberi kepada peserta kursus sebagai panduan pelaksanaan.

Peserta kursus dikalangan Guru MRSM

Tahniah diucapkan kepada Pengetua MRSM Tn. Hj. Mohd Khalil, yang telah berusaha kuat bagi merealisasikan amalan supaya dapat dilaksanakan di MRSM Kuantan. Tahniah juga kepada semua peserta kursus yang bersemangat untuk menjayakan amalan 5S di MRSM.

Peserta kursus sedang mendengar taklimat

"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

Wednesday, January 5, 2011

Taklimat Amalan 5S sempena MSR Sesi Jan-Jun2011

Alhamdulillah..pada Khamis, 30 Disember 2011 telah diadakan satu sesi taklimat kepada pelajar-pelajar baru tentang Persekitaran Berkualiti (QE) Amalan 5S bersempena Minggu Silaturrahim kemasukan sesi Januari - Jun 2011.

Seramai lebih kurang 250 orang pelajar baru dihimpunkan di Bilik Teater Blok Intergrasi bagi mendengar taklimat yang disampaikan oleh Ketua Unit Promosi iaitu En. Ab Aziz Abdullah.

Dalam slot lebih kurang 2 jam tersebut, para pelajar didedahkan kepada pengenalan mengenai apa itu Amalan 5S, aktiviti-aktiviti 5S di IKM Lumut, Ahli-ahli Jawatankuasa Induk 5S IKML dan pencapaian IKML dalam Persekitaran Berkualiti (QE) serta harapan kepada pelajar-pelajar baru dalam membantu dan menjayakan Amalan 5S yang sedang diamalkan di IKML.

Kerjasama yang diberikan oleh para pelajar baru adalah amat baik dan setiap soalan yang diajukan mendapat respon yang baik. Sedikit cenderahati diberikan kepada pelajar-pelajar yang dapat menjawab dengan baik.

Pada akhir taklimat rata-rata pelajar baru telah dapat menghafal dan memahami konsep perlaksanaan Amalan 5S. Semoga penerapan yang diberikan kepada mereka dapat dipraktikkan dengan baik dalam tempoh pengajian di IKML juga dapat dibawa keluar untuk dipraktikkan di rumah dan kawasan sekitar.

Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita