Kempen Unit Promosi 5S IKML

Wednesday, March 9, 2011

Majlis Pelancaran Kempen Hari Tanpa Beg Plastik

Alhamdulillah, pada 2 Mac 2011 yang lalu satu majlis pelancaran bagi Kempen Hari Tanpa Beg Plastik peringkat IKM Lumut telah selamat diadakan. Dengan pelancaran kempen ini, telah diwartakan bahawa setiap hari Rabu adalah Hari Tanpa Beg Plastik di IKM Lumut.


Kempen ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada warga IKML khususnya para pelajar tentang pencemaran yang diakibatkan oleh beg-beg plastik. Ia juga sebagai menyahut seruan kerajaan dalam mewujudkan persekitaran yang sihat.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah KPHP, En. Mohd Azam Mohd Salleh yang juga Pengerusi 5S IKM Lumut. Sedikit taklimat dan penerangan diberikan oleh Ketua Unit Promosi, En. Ab. Aziz Abdullah sebelum majlis diserikan dengan gimik pelancaran oleh En. Mohd Azam.

En. Mohd Azam b. Mohd Salleh menyempurnakan gimik pelancaran kempen


Dalam majlis ini juga, setiap Penyelaras Program atau wakil menerima satu beg kertas sebagai simbolik mengurangkan penggunaan beg plastik.

Wakil dari Program SKEK, En. Shukor Alhadi menerima beg kertas simbolik pelancaran kempen


Semoga dengan kempen yang diadakan ini, dapat mendidik para pelajar tentang pentingnya menjaga kebersihan persekitaran dan dapat mengekalkan persekitaran IKML bebas dari sampah-sampah beg plastik.

Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita

Thursday, March 3, 2011

LAWATAN AJKKE MPC UTARA

Pemandangan indah dan menarik di bahagian hadapan Pejabat MPC Bertam

Seramai 5 orang AJK Induk 5S IKM Lumut telah membuat satu lawatan rasmi ke MPC Zon Utara di Kepala batas, Pulau Pinang pada 2 Mac 2011. Mereka adalah terdiri dari En. Mohd.Nawawi. Tn.Hj. Che Ab. Rahim, Ustazah Kamelah, Pn. Miyazatul Akmar dan Hj. Kamaruzaman.
Tujuan lawatan adalah untuk melihat dengan lebih dekat aktiviti MPC kawasan utara dang juga untuk berkongsi maklumat mengenai persediaan mengadakan Konvensyen 5S yang dicadangkan di IKM Lumut pada pertengahan bulan Mei nanti. Setibanya kami di MPC seawal jam 9.00 pagi telah disambut oleh En. Mohd Hisham bin Hatimtai mewakili Pengarah MPC yang mempunyai urusan lain pada hari itu. Perbincangan 2 hala antara pihak kami dangan MPC telah banyak memperolehi maklumat yang diperlukan.
AJK Induk 5S IKM Lumut bergambar bersama En. Hisham

Selepas melawat persekitaran MPC yang kemas, bersih dan teratur, kami yakin memanglah wajar ia memang tempat yang tepat untuk mempelajari mengenai persekitaran berkualiti. Setelah mendapatkan gambar menarik dipersekitaran kami berlepas balik ke Manjung pada jam 11.45 pagi.
Sudut 5S yang terdapat di MPC Bertam
Menikmati jamuan ringan semasa rehat

Terima kasih dan syabas kepada MPC Utara yang banyak memberi kami perkongsian maklumat dan kerjasama yang positif semasa sesi lawatan kami.


"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"