Kempen Unit Promosi 5S IKML

Tuesday, April 26, 2011

Persiapan bagi Audit Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S kali ke-3


Dalam tempoh dua hari lagi, warga IKML bakal menerima kunjungan dari wakil MPC bagi Audit Persijilan 5S kali ke-3. Auditor dari MPC pada kali ini ialah En. Mohamad Tajudin b. Abdullah dijadualkan akan mengadakan Lawatan Audit Pensijilan pada Khamis, 28 April 2011.

Pelbagai persiapan telah dilakukan bagi menyambut kedatangan wakil pihak MPC melibatkan semua pelajar dan kakitangan IKML. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan bagi menceriakan lagi persekitaran IKML ialah gotong-royong perdana, pelancaran kempen-kempen dan penggantian banner-banner dan poster-poster lama.

AJK Induk dan Ketua-ketua Zon juga turut mengemaskini dan mempersiapkan dokumen-dokumen 5S yang dijangka akan mendapat perhatian yang lebih bagi Audit Persijilan pada kali ini.

Difahamkan bagi Audit Persijilan kali ke-3, penumpuan lebih ditekankan ke atas dokumen-dokumen perlaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti bagi setiap pusat disamping kebersihan persetikaran.

Dengan kerjasama yang padu dari seluruh warga IKML, amat diharapkan Audit Persijilan Persekitaran Berkualiti pada kali ini akan berjalan dengan lancar dan mendapat keputusan yang membanggakan. Insyallah...


Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita