Kempen Unit Promosi 5S IKML

Monday, September 26, 2011

LAWATAN 5S DARI JPJ CAWANGAN MANJUNG

Seramai 16 orang staf JPJ Manjung diketuai oleh Tn.Roslan bin Mohd Sulaiman telah berkunjung ke IKM Lumut pada 26 September 2011 (Isnin). Tujuan lawatan adalah untuk melihat dengan lebih dekat pelaksanaan 5S di IKM Lumut. Sesi lawatan di mulakan dengan Taklimat bertajuk "Persediaan 5S" telah disampaikan oleh Hj.Kamaruzaman pada jam 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Rombongan pelawat telah bersama-sama staf IKM dalam majlis sambutan Hari Raya yang juga diadakan pada hari tersebut.
Bergambar di hadapan Pejabat Pentadbiran IKM Lumut


Selepas menikmati jamuan rombongan di bawa melawat ke Pejabat Pentadbiran untuk melihat sendiri pelaksanaan 5S dibahagian bilik fail dan workstation. Banyak maklumat yang diperolehi semasa lawatan di Pejabat Pentadbiran seperti pelaksanaan sistem color coding dan juga labelling. Diharap rombongan dari JPJ dapat memanfaat lawatan singkat tersebut dan dapat
Menikmati jamuan Raya bersama staf IKM Lumut

Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita

MRSM PASIR SALAK MELANGKAH KEHADAPAN UNTUK AMALAN 5S

Salah satu MRSM di Negeri Perak yang telah memulakan langkah menuju amalan 5S. MRSM Pasir Salak dengan diterajui oleh Pengetuanya Tn. Hj. Mohd.Yunus bin Deraman telah menganjurkan satu ceramah Amalan 5S kepada semua guru dan staf pentadbiran. Ceramah mengenai pelaksanan 5S telah di hadiri oleh 90 orang staf dan staf pentadbiran. Ceramah diadakan dibilik teater pada 22 September 2011 (Khamis). Wakil dari IKM Lumut Hj. Kamaruzaman dan En. Ab Aziz bin Abdullah turut hadir membantu memberi penerangan mengenai pelaksanaan 5S.

Diharap MRSM dapat meneruskan amalan yang baik itu bagi meningkatkan pencapaian pelajar-pelajarnya dalam segala aspek samada pembelajaran atau aktiviti lain.



Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita

CERAMAH KESEDARAN 5S DI SMV MANJUNG

Satu Ceramah 5S telah diadakan di SMV Seri Manjung pada 10 September 2011 (Sabtu). Ceramah telah disampaikan oleh Tn. Hj. Kamaruaman Osman dari Institut Kemahiran MARA Lumut. Seramai lebih kurang 80 orang guru dan staf SMV Manjung telah menghadiri ceramah berkenaan. Tajuk yang disampaikan oleh penceramah adalah "Ă„malan 5S di tempat Kerja". Majlis bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada 12.30 tengah hari.

Syabas diucapkan kepada Pengetua dan Staf SMV Manjung kerana telah mengorak satu langkah kehadapan memulakan amalan 5S yang boleh menaikkan imej sekolah. Semoga pihak sekolah berjaya melaksanakan dan membudayakan amalan 5S dan memperolehi pengiktirafan dari pihak Persijilan.

"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"