Pada 8 Mei 2013 IKM Lumut telah melakar satu lagi sejarah apabila berjaya mendapat Pensijilan untuk kali ke Empat. Tahniah kepada semua Warga IKM Lumut yang telah sama-sama berusaha dan mengekalkan amalan 5S. Kali ini giliran En. S.Sivasena dari MPC turun padang untuk melihat sendiri usaha pembudayaan 5S di IKM Lumut selepas kehadiran En. Ismail Md.Noor pada 22 April 2013 yang lepas (Pra-Audit).
Sejajar dengan arahan dari Bahagian
Kemahiran dan Teknikal MARA (BKT) agar semua IKM berusaha untuk
mendapatkan pengiktirafan Kualiti dari pihak luar, IKM Lumut tidak
melepaskan peluang ini. Melanjutkan Pensijilan bermakna mengekalkan
usaha amalan dan pembudayaan 5S.
Bagi mengekalkan kawasan seluas 48 ekar dengan bilangan bengkel dan bangunan melebihi 30 buah bukanlah perkara yang mudah. Malahan mengawal pergerakan lebih 1200 orang pelajar sepanjang masa menambah lagi masalah dalam melaksanakan pembudayaan 5S. Namun usaha yang tidak mengenal jemu dari semua warga IKM sanggup menghadapibsemua masalah tersebut telah membuahkan hasil yang sangat berharga.
Syabas juga kepada pihak pengurusan IKML yang banyak memberi sokongan dalam usaha memperolehi pensijilan kali ini. Kejayaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa usaha dan komitmen dari semua pihak.
GAMBAR-GAMBAR LAWATAN AUDIT MPC
Staf IKM Lumut sedang bersedian menunggu acara persembahan F3 bermula |
Sedang menunggu Tetamu |
Jentera F3 IKM Lumut turut memberi persembahan semasa sambutan Auditor |
Barisan JK Induk bersama Auditor MPC En. Siva |
Taklimat dari En. Siva MPC semasa pembukaan Audit |
Menunggu respon dari Auditor (Lokasi Zon Pengajian Am) |
Melawat bilik penghuni asmara perempuan (Aspuri)
En.Siva sedang menandatangani Buku Pelawat di Pejabat Pengurusan Asrama
Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita