Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Pengarah IKM Lumut, Tn Hj Mohd Fadzil B Ghazali di Dewan Teater baru IKML pada jam 3.30 petang Selasa 15 Sept 2009. Auditor dalaman seramai 42 orang menerima vest berkenaan sebagai motivasi dalam menjalankan audit dengan lebih berkesan. Terlebih dahulu ucapan dan makluman oleh TPHEA En Mohd Nawawi selaku Ketua Unit Audit dan Setiausaha 5S IKML, Tn Hj Kamaruzaman dan seterusnya ucapan Pengarah.
Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita