Bacaan Yasin perdana buat pertama kali diadakan di Dewan Mohd Anwar pada Jumaat 26 Mac 2010. Bermula jam 8.30 pagi, semua pelajar dan staf menyertai program berkenaan. Majlis dimudahcarakan oleh Ketua Unit Latihan 5S IKML, Tn Hj Che Ab Rahim B Mahmood. Bacaan Yasin diketuai oleh Ustaz Mohamad B Che Ghani. Tabung kutipan dana untuk Surau IKM Lumut dilancarkan selepas bacaan Yasin. Tujuan dana berkenaan adalah bagi pembelian bahan dan peralatan untuk keceriaan surau IKM Lumut selaras dengan kehendak 5S.
Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita
Kempen Unit Promosi 5S IKML
Friday, March 26, 2010
Friday, March 19, 2010
Kursus Pendek / Taklimat 5S di UiTM Seri Iskandar
Kursus pendek / taklimat berkenaan telah diadakan pada Sabtu 13 Mac 2010 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar. Ceramah diberikan oleh Tn Hj Kamaruzaman B Othman (koordinator 5S IKML) dan Ustazah Kamelah Bt Abdullah (Unit Audit 5S IKML) kepada staf UiTM Seri Iskandar, Perak. Ini adalah kali ke 5 ceramah 5S diberikan di luar kepada staf luar IKM selepas UMT, KPM Beranang, MRSM Pengkalan Hulu dan MRSM Transkrian.
Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita
Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita
Tuesday, March 9, 2010
Audit Pertandingan 5S Antara Zon IKML
Bermula 8 Mac hingga 12 Mac 2010, audit pertandingan antara zon melibatkan 3 kategori dijalankan oleh JK Promosi dan JK Standard 5S IKML. Kategori berkenaan adalah:
Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita
- Substor
- Sudut 5S
- Restroom
Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita
Thursday, March 4, 2010
Gerak Gempur Pengarah IKML
Khamis, 4 Mac 2010 bermula jam 11.00 pagi, kumpulan Gerak Gempur yang diketuai oleh Pengarah IKML, En Saharuddin B Abd Hamid, bersama AJK induk 5S IKML melawati bengkel-bengkel di IKM Lumut. Lawatan bermula di bengkel STUD, STMP, STRP dan SKED. Semua bengkel yang dilawati diberi komen tentang semua perkara yang boleh diperbaiki. Antaranya susunan bahan, penggunaan warna dalam melabel, faktor keselamatan dan aplikasi standard antarabangsa. Lawatan tamat pada jam 1.00 tengahari. Lawatan ke bengkel lain akan diadakan pada tarikh yang lain.
Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita
Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita
Wednesday, March 3, 2010
Mesyuarat JK Unit Promosi 5S IKML 2-10
Mesyuarat JK Unit Promosi Bil 2-10 diadakan pada 3 Feb 2010 jam 10.00am. Kehadiran adalah kesemua AJK Promosi bersama setiausaha Standard 5S IKML yang dijemput. Agenda perbincangan adalah berkaitan audit pertandingan 5S yang akan diadakan minggu depan dengan kategori yang dipertandingkan Restroom, Sub-Stor dan Sudut 5S. Juga dibincangkan kriteria audit dalam borang audit pertandingan yang baru dibuat. Hal-hal lain antaranya Buletin QE 2010, Poster dan Kempen 5S. Mesyuarat tamat pada jam 12.15 tgh.
Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita
Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita
Monday, March 1, 2010
Lawatan 5S ke Jabatan Geopastial, Putrajaya
Lawatan berkenaan telah diadakan pada 25 Feb 2010 dengan diketuai oleh TP HEA IKML En Mohd Nawawi B Omar. Lawatan seramai 35 orang dengan menaiki bas IKM bertolak pada jam 8.00 pagi dan tiba di Putrajaya pada jam 12.30. Selepas solat zohor dan makan, lawatan bermula di Jabatan Geopastial, Kementerian Sumber Asli pada jam 2.30 petang. Taklimat diberikan oleh En Yaakob B Abas, Ketua Penolong Pengarah MacGDI dan dibantu oleh En Wan Faizal. Kemudian rombongan di bawa ke tingkat 7 dan 8, serta logistik Wisma Sumber Asli, Presint 4, Putrajaya. Lawatan bersurai jam 5.00 petang selepas sesi penutup dan penyampaian cenderahati.
Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita
Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita
Subscribe to:
Posts (Atom)