Kempen Unit Promosi 5S IKML

Thursday, February 17, 2011

KURSUS PEMANTAPAN AUDIT 5S KALI 1/ 2011

Peserta Kursus Pemantapan Audit 5S 1/2011

Penceramah dari Sykt. Boustead Naval Shipyard

Penceramah dari KD Pelandok Pengkalan TLDM Lumut

Pada awal tahun ini satu kursus untuk Juruaudit Dalam telah diadakan pada 16 dan 17 Februari 2011 bertempat di Bilik Teater Bangunan Lama IKM Lumut. Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Audit Dalam 5S IKM Lumut dibawah seliaan T.Pengarah HEA, En. Mohd Nawawi bin Omar. Kursus selama 2 hari ini dihadiri oleh AJK Audit Dalam 5S dan juga AJK Induk 5S IKML

Penceramah dari MPM Manjung En. Nafees
.
Sesuatu yang menarik didalam kursus ini ialah pihak IKM telah bekerjasama dengan pihak luar yang dijemput khas bagi menjadi penceramah. Mereka adalah dari Bahagian Depot Armada (Kepten Shayas) Pengkalan TLDM, Sykt. Boustead Shipping Dockyard (Cik Siti Narisa), Majlis Perbandaran Manjung (En. Nafees b. Hashim) dan juga KD Pelandok (LT Kom. Nurhafizi dan Tn. Hazali). Peserta kursus menerima banyak perkongsian maklumat dengan Penceramah-penceramah berkenaan dalam perbagai aspek 5S khususnya didalam kerja Audit 5S.

Penceramah dari Depot Armada TLDM


Pihak IKM mengucapkan tahniah kepada semua peserta kursus yang telah berkorban masa menamatkan kursus sehingga 2 hari. Tahniah dan ribuan terima kasih kepada Penceramah yang banyak memberi maklumat dan pengajaran yang tidak ternilai.

Peserta kursus dikalangan Juruaudit Dalam 5S

Majlis Penyampaian Sijil dan penutup telah disempurnakan Tn. Hj. Che Ab. Rahim, mewakili Pengarah pada pertang hari Khamis 17 Feb 2011.

"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

Tuesday, February 15, 2011

LAWATAN 5S DARI STAF MRSM BALIK PU

Rombongan bergambar di hadapan Pejabat Pentadbiran HEA

Seramai 14 orang staf MRSM Balik Pulau telah berkunjung ke IKM Lumut sempena program Lawatan 5S. Rombongan di ketuai En. Zulkefli (Tim. Pengetua HEA). Mereka tiba ke IKM tepat pada jam 2.00 petang. Mereka disambut oleh AJK Induk 5S IKM Lumut dan terus dibawa ke bilik bincang Pentadbiran.
Suasana didalam Bilik Pengajar Pengajian Am

Pen. Pegawai Tadbir (K) En. Ghazali Mohamad mewakili Pengarah telah mengalu-alukan kedatangan rombongan dan membuat ucapan aluan rombongan. Satu Taklimat mengenai IKM dan Perlaksanaan 5S di IKM Lumut telah disampaikan oleh Hj. Kamaruzaman.
Sudut 5S di Pejabat Pentadbiran IKML

Pada jam 4.00 petang rombongan telah dibawa melawat kepersekitaran Pejabat entadbiran HEA dan juga HEP. Mereka kemudian di bawa pula melawat pejabat Pengajar Pengajian Am dan juga ke Bengkel STBP untuk melihat sistem pengurusan stor mengikut 5S. Peserta rombongan berangkat pulang ke Balik Pulau pada jam 5.15 petang selepas ses bergambar berami-ramai dihadapan pejabat pentadbiran IKML. Harapan kai agar pihak MRSM Balik Pulau dapat manfaat dari lawatan singkat tersebut dan mengambil inisiatif untuk merancang program 5S di tempat mereka.
Pelawat sedang diberi taklimat oleh Hj. Kamaruzaman



Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita

Friday, February 11, 2011

LAWATAN AJK 5S DAN STAF IKML KE KD PELANDOK

Peserta Rombongan bergambar di hadapan pejabat KD Pelandok

Pada 9 Februari 2011 seramai 42 orang staf IKM Lumut telah membuat satu program lawatan 5S ke KD Pelandok TLDM Lumut. Program yang dirancang lebih sebulan akhirnya dapat dilaksana pada tarikh tersebut.

Komander Chandramohan sedang memberi taklimat 5S

Setelah 20 minit tersekat di Gerbang Harimau kerana melalui pemeriksaan dari Provos TLDM akhirnya kami dibenarkan masuk dengan eskot daripada seorang staf KD Pelandok. Kami mula diberi taklimat sejurus tiba di Bilik Mesyuarat KD Pelandok. Kami mendapat banyak input dan maklumat semasa dalam lawatan tersebut. Komander Chandramohan telah memberi maklumat mengenai kaedah pengekalan budaya amalan 5S di KD Pelandok. Beberapa kaedah yang dilaksana di Pelandok adalah seperti:-
Kerja Audit Dalaman secara berkala
Rutin biasa membuat pemeriksaan di bilik-bilik asrama / dorm.

Staf IKM/AJK Induk 5S sedang mendengar taklimat


Lawatan ke Perpustakaan KD Pelandok

Pihak IKM Lumut merakamkan ribuan terima kasih kepada KD Pelandok yang telah banyak memberi kerjasama dan maklumat dalam amalan 5S. Harapan kami agar kerjasama ini dapat dikekalkan pada masa yang akan datang.

"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"