Kempen Unit Promosi 5S IKML

Thursday, May 26, 2011

Lawatan Amalan Persekitaran Berkualiti QE (5S) MRSM Alor Gajah

Pada 23 Mei 2011, IKML sekali lagi menerima lawatan 5S dari rombongan kakitangan MRSM Alor Gajah yang diketuai oleh PPTK, En. Amruszaky b. Abd. Aziz seramai 22 orang.

Seperti biasa, ketibaan rombongan ini jam 8.40pagi disambut oleh wakil Unit SERANTA 5S IKML iaitu Tn. Hj Mohd Ali Shaikh Dawood dan dibawa ke Dewan Teater Blok Integrasi untuk taklimat perlaksanaan 5S oleh Ustz. Kamelah bt Abdullah yang merupakan Penolong Ketua Unit Audit.

Ahli rombongan khusyuk mendengar taklimat dari Ust. Kamelah


Ahli rombongan yang begitu bersemangat untuk melaksanakan Amalan 5S begitu khusyuk ketika mendengar taklimat yang disampaikan. Banyak pertukaran maklumat yang berlaku semasa taklimat yang boleh digunakan oleh pihak MRSM Alor Gajah bagi menjayakan perlaksanaan Amalan 5S yang baik ini.

Seterusnya, rombongan dibawa melawat ke sekitar IKML termasuklah ke Kedai Koperasi dan Asrama Lelaki.

Sebelum bersurai,sekali lagi rombongan dibawa ke Dewan Teater untuk sesi soal jawab dan ucapan penutup yang disampaikan oleh TPKPHeP, En. Mohd Azam b Mohd Salleh yang juga Pengerusi 5S IKML.

En. Amruszaky menerima cenderamata dari pihak IKML


Acara wajib sebelum berangkat pulang ialah sesi bergambar di hadapan lobi Pejabat Pentadbiran IKML.

Bergambar sebelum berangkat pulang


Kami bagi pihak IKML mendoakan agar MRSM Alor Gajah terus bersemangat dan berjaya melaksanakan Amalan 5S di pusat demi meningkatkan imej dan mendidik anak bangsa.

Sekian..terima kasih...Assalam.

Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita

Lawatan Benchmarking 5S KPM Seri Iskandar

Alhamdulillah..pada 18 Mei 2011, IKML telah menerima satu lawatan dari pihak KPM Seri Iskandar yang bertujuan melihat pengamalan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S di IKML bagi tahun ketiga.

Lawatan ini adalah lawatan dari luar yang pertama selepas IKML dilawati oleh wakil dari MPC bagi pensijilan tahun ketiga. Kehangatan perlaksanaan Amalan 5S di IKML masih terasa dan dapat dirasai oleh ahli rombongan yang diketuai oleh Timb. Pengarah HEA mereka sendiri iaitu Pn. Aslina bt. Asmoni.

Rombongan tiba lebih kurang jam 9.00 pagi dan terus dibawa ke Dewan Teater di Blok Integrasi untuk sedikit taklimat ringkas yang disampaikan oleh Penolong Ketua Unit Audit, Ustz. Kamelah bt. Abdullah. Dalam taklimat ini diterangkan mengenai pengalaman dan persediaan IKML ketika mula-mula ingin melaksanakan Amalan 5S.

Wakil rombongan diberi penjelasan oleh Ketua Unit Bahasa Inggeris


Wakil rombongan mengambil gambar perlaksanaan 5S bagi sistem fail

Rombongan seterusnya dibawa melawat sekitar IKML iaitu ke Pejabat Pentadbiran, Pejabat HEP, Bilik Pengajar Pengajian Am, Bengkel Program SKBN dan Program SSB.

Lawatan ke Pejabat HEP

Sebelum lawatan berakhir, sesi soal jawab bagi ahli rombongan diadakan sekali lagi di Dewan Teater Blok Integrasi. Seterusnya semua ahli rombongan bergambar kenang-kenangan bersama AJK 5S yang terlibat.

Bergambar sebelum berangkat pulang

Kami dari pihak IKML mengucapkan ribuan terima kasih atas lawatan yang telah diadakan dan berdoa agar KPM Seri Iskandar berjaya merealisasikan perlaksanaan Amalan 5S ini. Semoga dengan perlaksanaan Amalan 5S ini dapat meningkatkan lagi imej KPM Seri Iskandar disamping berjaya dalam mendidik anak bangsa.

Sekian..Assalam....

Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita

Sunday, May 1, 2011

LAWATAN AUDIT AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI MPC - KALI KE 3

IKM Lumut telah memperolehi pengiktirafan Persijilan Amalan Berkualiti (QE) dari MPC untuk kali ke tiga. Tarikh 28 April 2011 IKM Lumut sekali lagi telah dilawati Pegawai Penilai dari MPC iaitu Tn. Hj. Mohamad Tajuddin bin Abdullah. Sesi lawatan bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga 4.00 petang.

Syabas dan tahniah kepada Pihak Pengurusan dan juga semua staf IKM Lumut yang telah berjaya mengekalkan usaha amalan 5S. Apa yang boleh kita kongsikan dalam penilaian Audit dari MPC adalah mengenai amalan 5S yang perlu diterapkan dikalangan warga IKM perlu dipertingkatkan sehingga dapat menghasilkan satu inovasi yang dapat memberi manfaat dari semua aspek. Pada dasarnya banyak usaha kearah tersebut telah diamalkan di IKM seperti penjimatan penggunaan kertas photostat menerusi amalan ownership. Penjimatan menggunakan bahan pembelajaran dengan mengurangkan ukuran objek sesuatu bahan untuk tujuan latihan. Perkongsian kerja membuat projek latihan juga dapat menjimatkan kos bahan.

IKM Lumut akan terus mengekalkan usaha penjimatan dan mengamalkan amalan 5S. Syabas dan terima kasih kepada semua warga IKM diatas sokongan anda semua.

AGENDA LAWATAN-
- Sambutan oleh Staf IKM
- Majlis Pembukaan oleh Pengarah IKML - Tn. Hj. Mohd Ishak bin Hj. Zakaria
- Ucapan oleh Pegawai Penilai MPC - Tn. Hj. Mohamad Tajuddin bin Abdullah
- Pembentangan Laporan Amalan 5S oleh Pengerusi 5S - En. Mohd Azam bin Mohd Saleh.
- Audit Dokumentasi
- Lawatan ke Zon 5S
- Majlis Penutup Audit 5S
- Sesi bergambar bersama Juruauddit
- Bersurai

GAMBAR-GAMBAR SEMASA AUDIT

Juruaudit MPC disambut oleh staf IKM

Bersama Pengarah, Timbalan Pengarah dan Ketua Jabatan

Bersedia dengan dokumen 5S semasa semakan Juruaudit

Lawatan ke sub-stor kursus STUD

Juruaudit MPC sedang memberi saranan kepada staf STUD

Dibawa melawat bengkel kursus Bangunan

Bergambar bersama AJK dan ketua zon 5S

Staf IKM Kuala Lumpur turut serta semasa Audit 5S


"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"