Kempen Unit Promosi 5S IKML

Monday, June 20, 2011

BENGKEL AMALAN 5S DI TEMPAT KERJA, PULAU LANGKAWI

Alhamdulillah, pada 13 - 16 Jun 2011 telah berlangsungnya satu Bengkel Amalan 5S Di tempat Kerja yang disertai oleh kakitangan MARA seluruh Malaysia dengan kerjasama IKM Lumut, ILKM dan MRSM Langkawi.

Bengkel selama 4 hari 3 malam ini melibatkan kakitangan sokongan dari pelbagai pusat termasuklah IKM, MRSM, MARA Negeri & Daerah dan wakil dari Bahagian Aset & Perolehan yang dikendalikan oleh pemudahcara jemputan dari IKM Lumut iaitu Tn. Hj Kamaruzaman b. Osman, En. Ab. Aziz b. Abdullah dan Ustz. Kamelah bt Abdullah.

Tn. Hj Kamaruzaman sedang menyampaikan taklimat


Agenda bengkel pada kali ini melibatkan aplikasi secara terus Amalan 5S di tempat kerja dan MRSM Langkawi dipilih untuk menjadi tempat bagi para peserta mengaplikasikan Amalan 5S yang dipelajari.

Pada hari pertama bengkel, peserta diberi taklimat mengenai Amalan 5S dan cara pelaksanaannya di tempat kerja oleh Tn. Hj Kamaruzaman Osman pada sebelah paginya. Selepas makan tengahari, semua peserta dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing dan dibawa melawat ke MRSM Langkawi untuk meninjau tempat-tempat yang telah dikenalpasti oleh pemudahcara dan pihak MRSM Langkawi untuk diaplikasikan Amalan 5S ini.

Antara tempat yang dikenalpasti ialah Pejabat, Pusat Sumber Pelajar, Makmal Komputer, Makmal Fizik & Biologi dan persekitaran Bangunan Pentadbiran.

Pada hari kedua bermulalah bengkel aplikasi 5S di MRSM Langkawi dan para peserta dilihat begitu komited dan bersemangat untuk mempersembahkan hasil yang dilaksanakan.

Walaupun dengan masa yang diperuntukkan agak singkat, para peserta dapat melakukan satu perubahan dan penambahbaikan yang baik dan dilihat dapat memahami pendekatan Amalan 5S yang cuba diamalkan.

Pada hari terakhir bengkel, peserta diminta mempersembahkan hasil yang telah dibuat di tempat masing-masing. Ini dapat menjelaskan perbezaan sebelum dan selepas Amalan 5S yang dilaksanakan. Pada sesi terakhir ini, wakil MRSM Langkawi iaitu Tn. Hj Shabani b. Ahmad dan Tn. Hj Roslam turut diundang bagi melihat kesan pelaksanaan Amalan 5S yang telah dijayakan oleh peserta-peserta bengkel pada kali ini.

Akhirnya, terima kasih yang tidak terhingga kepada MRSM Langkawi diatas kesudian menjadi tempat bagi bengkel aplikasi Amalan 5S ini dan kepada semua para peserta bengkel, diharapkan dengan pendedahan yang diberikan, dapat dilaksanakan dan diamalkan di pusat masing-masing. Semoga sedikit perubahan yang dibawa dapat menjadi satu lonjakan paradigma kepada semua pusat di bawah MARA untuk terus mengamalkan Amalan Pesekitaran Berkualiti 5S ini..

Wassalam...

Bergambar kenang-kenangan bersama-sama Tn. Hj Roslam


Gambar-gambar sepanjang bengkel, sila klik http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.218460758184588


Efisien Produktif Kualiti,
5S Budaya Kita Amalan Kita

Friday, June 17, 2011

KURSUS PELAKSANAAN AMALAN BERKUALITI 5S DI LANGKAWI

Pada 13 hingga 16 Jun 2011 seramai 40 orang peserta telah di pilih untuk menyertai kursus ini yang bertempat di Bay View Hotel dan MRSM Langkawi. Peserta kursus kebanyakan terdiri di kalangan Pembantu Tadbir dan Juruteknik dari MRSM, IKM dan juga Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur.

Kursus ini julung kalinya diadakan dibawah kelolaan ILKM dan Penceramah terdiri dari Pegawai dari IKM Lumut. Keunikan kursus ini adalah ianya berbentuk ceramah dan juga kerja bengkel 5S. Kerjasama diantara peserta kursus dan juga pihak MRSM Langkawi adalah sangat memberangsangkan. Praktikal bengkel 5S dilakukan di MRSM, secara langsung telah memberi kesan yang sangat positif. Peserta kursus dapat melakukan kerja sebenar amalan 5S dan di bantu terus oleh staf MRSM sendiri. Kedua-dua pihak mendapat manfaat dari usahasama tersebut. Kursus dikendali oleh 3 orang fasilitator dari IKM Lumut iaitu Tn. Hj. Kamaruzaman osman, En. Ab. Aziz Abdullah dan Pn. Ustazah Kamelah binti Abdullah.
Kami mengucapkan syabas kepada semua peserta yang menghadiri kursus ini dan sekalung tahniah kepada ILKM yang telah memberi peluang kepada mereka. Setinggi penghargaan kepada pengurusan dan staf MRSM Langkawi yang banyak membantu pelaksanaan bengkel 5S sehingga berjaya. Harapan kami agar kursus sebegini dapat diteruskan. Kepada mana-mana pusat yang ingin melaksanakan amalan 5S diharap dapat merancang sebaik mungkin agar pelaksanaan amalan ini dapat dijayakan ditempat mereka.

""Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita""