Kempen Unit Promosi 5S IKML

Thursday, May 9, 2013

PENSIJILAN 5S IKM LUMUT KALI KE EMPAT 20 DARI MPC 2013

Pada 8 Mei 2013 IKM Lumut telah melakar satu lagi sejarah apabila berjaya mendapat Pensijilan untuk kali ke Empat.  Tahniah kepada semua Warga IKM Lumut yang telah sama-sama berusaha dan mengekalkan amalan 5S. Kali ini giliran En. S.Sivasena dari MPC turun padang untuk melihat sendiri usaha pembudayaan 5S di IKM Lumut selepas kehadiran En. Ismail Md.Noor pada 22 April 2013 yang lepas (Pra-Audit).
Sejajar dengan arahan dari Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA (BKT) agar semua IKM berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan Kualiti dari pihak luar, IKM Lumut tidak melepaskan peluang ini.  Melanjutkan Pensijilan bermakna mengekalkan usaha amalan dan pembudayaan 5S.  

Bagi mengekalkan kawasan seluas 48 ekar dengan bilangan bengkel dan bangunan melebihi 30 buah bukanlah perkara yang mudah. Malahan mengawal pergerakan lebih 1200 orang pelajar sepanjang masa menambah lagi masalah dalam melaksanakan pembudayaan 5S.  Namun usaha yang tidak mengenal jemu dari semua warga IKM sanggup menghadapibsemua masalah tersebut telah membuahkan hasil yang sangat berharga.


Syabas juga kepada pihak pengurusan IKML yang banyak memberi sokongan dalam usaha memperolehi pensijilan kali ini.  Kejayaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa usaha dan komitmen dari semua pihak.

GAMBAR-GAMBAR LAWATAN AUDIT MPC


Staf IKM Lumut sedang bersedian menunggu acara persembahan F3 bermula
Sedang menunggu Tetamu
Jentera F3 IKM Lumut turut memberi persembahan semasa sambutan Auditor
Barisan JK Induk bersama Auditor MPC En. Siva
Taklimat dari En. Siva MPC semasa pembukaan Audit
Menunggu respon dari Auditor (Lokasi Zon Pengajian Am)
 Melawat bilik penghuni asmara perempuan (Aspuri)

En.Siva sedang menandatangani Buku Pelawat di Pejabat Pengurusan Asrama

Efisien Produktif Kualiti 5S Budaya Kita Amalan Kita

Monday, April 22, 2013

PENSIJILAN SEMULA PERSEKITARAN BERKUALITI IKM LUMUT

Pra-Audit Pensijilan Persekitaran Berkualiti (5S) 2013

IKM Lumut telah mula mengorak langkah untuk mendapatkan Pensijilan Semula selepas tamat tempoh Pensijilan pada tahun lepas. Bagi mempastikan Amalan 5S dapat diteruskan dengan Pensijilan, IKM Lumut telah mohon pensijilan semula menerusi MPC.

Pada hari ini bertarikh 22 April 2013 En. Ismail bin Mohd. Nor (Pegawai Perunding Kanan MPC) telah datang ke IKM Lumut untuk membuat lawatan Audit Pra-Pensijilan.

 En.Ismail sedang memeriksa dokumen Fail Juruaudit

Auditor MPC sedang membuat aucapan pembukaan Audit

Majlis bermula dari jam 9.00 pagi dengan Mesyuarat Pembukaan Audit di bilik Teater IKM Lumut.  Mesyuarat di hadiri oleh semua AJK Induk dan juga Ahli-ahli pasukan 5S IKM Lumut.  Audit Dokumentasi di semak didalam bilik operasi 5S.  Kawasan lain  yang dilawati adalah terdiri dari Bilik UPP, Pejabat Pentadbiran, termasuk pejabat HEP, Bilik Pegawai Latihan Industri, bilik kaunselor dan juga bilik simpanan alatulis pejabat. Selain dari itu Bengkel STP dan juga bengkel STU dilawati.  Jauh di belakang Bengkel STB tidak ketinggalan didalam program lawatan tersebut.

Auditor MPC sedang menemu ramah seorang pelajar STU

Tidak ketinggalan dalan siri lawatan ini ialah ke Pejabat Pengurusan Asrama daan juga Arsama.  En. Ismail sangat tertarik dengan keadaan bilik Pengurusan Asrama dibawah seliaan En. Mohd. Nazri Ahmad. Semua orang sepatutnya berkongsi idea bagaimana kaedah menyediakan sebuah tempat kerja yang sangat kondusif dan selesa seperti mana bilik tersebut.

Keadaan bilik pengurusan asrama yang sangat ceria dan kondusif

Selepas hampir 4 jam membuat lawatan, Auditor menutup lawatan Pra-Audit pada jam4.45 petang di bilik teater IKM Lumut.  Lawatan berakhir pada jam 5. 30 petang.

Tim. Pengarah HEA IKM Lumut sedang menyerahkan cenderahati kepada En. Ismail

Pihak Pengurusan IKM Lumut mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Ismail yang banyak memberi panduan dan tunjuk ajar dalam membuat penambahaikan kepada Ahli jawatankuasa 5S.  Beliau juga banyak memberi penerangan mengenai Sistem baru dalam pengauditan Persekitaran Berkualiti yang akan dilaksanakan bermula tahun hadapan.  Terima kasih juga kepada AJK Induk serta ahli-ahli 5s yang memberi sokongan dalam melaksanakan. Kepada semua warga IKM Lumut yang telah membuat persediaan awal juga tidak dilupakan.  Syabas kepada semua yang telah banyak membantu pihak pengurusan dalam merealisasikan budaya amalan 5S. Insyaallah kami berharap akan dapat membuat persediaan bagi menghadapi Final Audit pada 8 Mei 2013 nanti..


Efisien Produktif Kualiti 5S Budaya Kita Amalan Kita