Kempen Unit Promosi 5S IKML

Tuesday, July 26, 2011

Lawatan 5S ke Bostead Naval Shipyard (BSN) Lumut

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, pada tanggal 28 Jun yang lepas, pihak 5S IKML telah mengadakan satu lawatan ke Bostead Naval Shipyard di Pengkalan TLDM Lumut yang diketuai oleh Ketua Unit Latihan iaitu Tn. Hj. Che Ab.Rahim b. Mahmood.

Rombongan bergambar di perkarangan lobi.


Seramai 25 orang kakitangan IKML telah mengikuti lawatan ini bagi melihat pelaksanaan Amalan 5S yang diamalkan di BSN disamping memenuhi aktiviti Unit Latihan 5S IKML.

Rombongan ini tiba di BSN lebih kurang jam 10.00 pagi dan telah disambut oleh wakil dari BSN yang diketuai oleh Tn. Hj Shamaun b. Yushak dan Cik Nur Azriyani bt. Mohd Ahzaan. Rombongan kemudiannya diberikan penerangan ringkas mengenai kawasan dan aktiviti BSN di pekarangan lobi sebelum dibawa ke Dewan Taklimat untuk sesi taklimat oleh Tn. Hj Shamaun b. Yushak dan Cik Nur Azriyani bt. Mohd Ahzaan.

Taklimat disampaikan oleh Cik Nur Azriyani bt. Mohd Ahzaan


Selesai sesi taklimat mengenai pelaksanaan Amalan 5S, rombongan dibawa melawat ke sekitar BSN yang meliputi kawasan seluas 46hektar. Walau bagaimanapun rombongan hanya dibawa melawat ke beberapa kawasan sahaja memandangkan kawasan seluas itu meliputi kawasan perairan.

Dapat diperhatikan, walaupun kebanyakan kawasan di dalam BSN dibawah kawalan pelbagai kontraktor dan pihak luar namun Amalan 5S disini dapat dipraktikkan dengan baik kerana ia juga merupakan elemen utama dalam mengawal kesihatan dan keselamatan para pekerja, lebih-lebih lagi melibatkan kerja-kerja berat.

Selesai lawatan ke persekitaran BSN, rombongan dijamu dengan makan tengahari di kantin BSN sebelum berangkat pulang jam 12.45tengahari..

Tn. Hj Che Ab.Rahim menerima cenderahati dari wakil BSN


Syabas dan tahniah kepada pihak BSN kerana berjaya dalam memdidik dan mengaplikasikan Amalan 5S di kawasan anda dan diucapkan semoga anda akan berjaya mendapat pensijilan yang seterusnya. Terima kasih yang tidak terhingga di atas layanan yang telah diberikan, semoga lawatan ini dapat mengukuhkan lagi tali persahabatan yang sedia terjalin. Terima kasih, sekian.



Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita