Kempen Unit Promosi 5S IKML

Saturday, December 25, 2010

Lawatan Benchmarking 5S MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin

Alhamdulillah, pada Khamis 23 Disember 2010 sekali lagi IKM Lumut telah menerima rombongan lawatan untuk melihat Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) 5S yang diamalkan sejak pertengahan 2007. Pada kali ini kami menerima seramai 30 org ahli rombongan dari MRSM Tun Ghafar Baba, yang dulu dikenali sebagai MRSM Jasin.

Pada perangcangan awal,rombongan dijangka tiba pada sebelah malamnya,tetapi terdapat sedikit perubahan perjalanan dimana rombongan dijangka tiba pada petang 23 Disember. Walau bagaimanapun, persiapan telah dibuat dengan baik untuk menyambut kedatangan rombongan yang belum pernah menjejakkan kaki di IKM Lumut.

Rombongan yang diketuai oleh En. Mohd Rahim Sehad dan Pn. Haslinda Mat Ali selamat sampai jam 3.15petang setelah lebih kurang 7 jam perjalanandan di sambut oleh wakil Unit SERANTA iaitu Tn. Haji Ali Shaikh Dawood dan Penyelia Asrama En. Nazri Ahmad. Ahli rombongan terus dibawa ke Dewan Makan untuk menjamu selera memandangkan mereka masih belum menjamah hidangan tengahari.















Ahli rombongan menjamu selera



Selesai menjamu selera, rombongan terus dibawa melawat persekitaran IKM Lumut iaitu Pejabat Pentadbiran dan Pejabat HEP. Disebabkan kesuntukan masa, lawatan ke bengkel-bengkel dan logistik terpaksa ditangguhkan.
















Wakil rombongan, En. Mohd Rahim Sehad menandatangani plag lawatan



Selesai lawatan di sekitar pejabat, rombongan dibawa ke Dewan Teater blok Integrasi untuk sesi taklimat ringkas. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Unit Promsi IKML, En. Ab. Aziz Abdullah. Rata-rata ahli rombongan amat terkesan dan tertarik dengan pendekatan Amalan 5S yang dilaksanakan di IKM Lumut.















Taklimat ringkas di Dewan Teater blok Integrasi

















Tn. Hj. Che Ab. Rahim menerima cenderahati dari pihak MRSM TGB


Selesai sesi taklimat pada jam 5.10petang, rombongan sekali lagi dibawa ke kawasan hadapan Pejabat Pentadbiran untuk sesi bergambar. Walaupun agak kepenatan kerana terpaksa menempuh perjalanan yang jauh, ahli-ahli rombongan MRSM TGB tetap ceria dan bersemangat untuk mengetahui perjalanan Amalan 5S yang diamalkan di IKML seterusnya mengaplikasikan amalan tersebut di MRSM TGB.















Bergambar kenang-kenangan di Lobi Pejabat Pentadbiran



Dikesempatan berada di IKM Lumut, ahli rombongan sempat merancang untuk menghayati keindahan Pulau Pangkor dan merasai pengalaman menaiki feri ke sana. Rombongan dijangka bertolak pulang pada pagi 25 Disember 2010. Semoga ahli-ahli rombongan MRSM TGB selamat dalam perjalan pulang dan sentiasa dilindungi Allah SWT.


Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita

Thursday, December 9, 2010

MAJLIS KONVENSYEN PERSEKITARAN BERKUALITI KEMENTERIAN SUMBER ASLI KALI KE 3

Pertama pihak kami ingin merakamkan terima kasih kepada En. Yaacob Abas yang telah mengundang kami ke Majlis Konvensyen 5S kali ketiga Kementerian Sumber Asli (NRE). Pada 9 Disember 2010 (Khamis) seramai 10 orang AJK Induk dan staf IKM Lumut telah menghadiri Konvensyen tersebut di Wisma Sumber Asli Presint 4, Putrajaya. Kami bertolak dari IKM Lumut seawal jam 5.30 pagi dan sampai ke Wisma Sumber Asli pada jam 9.30 pagi.

Makan tengah hari bersama Juri Persembahan, Cik Ati Djam dari MPC dan Cik Noryati dari MAMPU

Konvensyen dimulakan dengan persembahan montaj kementerian diikuti dengan persembahan dikir barat 5s dari Jabatan MACGDI. Persembahan dari Jabatan dibawah Kementerian Sumber Asli bermula sebaik tamat persembahan dikir barat tersebut. Persembahan kumpulan berhenti rehat tengah hari pada jam 12.45 tgh. dan disambung semula pada jam 2.00 petang. majlis tamat pada jam 4.30 petang.

Bergambar dengan En. Ya'cob Abas dan En Ahmad Zakaria (Pengarah PTG Pahang)

Pihak IKM Lumut mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak NRE kerana berjaya menjayakan konvensyen untuk kali ketiga. Selain IKM Lumut pihak NRE juga menjemput jabatan lain bagi memeriahkan lagi majlis berkenaan.

Sebahagian penonton Persembahan Berkumpulan

Staf IKM Lumut yang hadir adalah:

1. En. Mohd Nawawi bin Omar
2. Tn. Hj. Che Ab Rahim bin Mahamood
3. En. Ab. Aziz bin Abdullah
4. En. Ghazali bin Mohamad
5. Tn. Hj. Zamhuri bin Hj. Ghofar
6. Tn. Hj. Kamaruzaman bin Osman
7. Pn. Ustazah Kamelah binti Abdullah
8. Pn. Erni binti Azmee
9. Pn. Shakiroh binti Ismail
10. En. Harun Bin Hamzah

Kumpulan Dikir Barat Jabatan MACGDI


"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

Thursday, December 2, 2010

LAWATAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE) DARI MRSM FELDA

Pen. Pengetua MRSM sedang menerima cenderahati dari Pihak IKM Lumut
Beberapa pengalaman yang boleh dikongsi bersama dalam lawatan singkat ini adalah seperti berikut:
1. Komitment dari Ketua Jabatan
2. Penglibatan semua staf dalam pelaksanaan 5S, dari pihak atasan hingga kebawah.
3. Penwujudan AJK 5S (Promosi, Latihan dan Audit) adalah sangat penting pagi pengamal 5S samada untuk tujuan Persijilan atau sebaliknya.
4. Pengetahuan semua staf dalam kaedah pelaksanaan 5S.
Peserta Rombongan sedang membuat lawatan ke Pejabat Pentadbiran

Lawatan dari MRSM Felda Trolak pada 2 Disember 2010 (Khamis) ke IKM Lumut telah dapat memberi sedikit gambaran hasil dari perkongsian maklumat. Seramai 29 orang staf Bahagian Pentadbiran MRSM telah meluangkan masa selama 3 jam berada di IKM untuk mendapat gambaran bagaimana IKM Lumut melaksana amalan 5S. Rombongan telah diketuai sendiri oleh Pen. Pengetua HEA, En. Ariffin.
Bergambar di hadapan Pejabat Pentadbiran IKM Lumut

Penerangan mengenai amalan 5S IKML telah disampaikan oleh Tn. Hj. Che AB Rahim dan Pn. Ustazah Kamelah bt. Abdullah. Tempat lawatan adalah Pejabat Pentadbiran HEA dan HEP, Bilik Pengajian Am, Bengkel Paip dan Bilik Pengurusan Asrama Pelajar. Pihak IKM berharap sesi taklimat dan lawatan berkenaan dapat sedikitr sebanyak membantu MRSM dalam memberi idea memulakan amalan 5S di MRSM.
"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

Thursday, November 25, 2010

LAWATAN 5S -DARI MRSM KUALA KUBU BARU, SELANGOR

Lawatan di Pejabat HEP IKML

Rombongan staf MRSM Kuala Kubu Baru seramai 26 orang telah membuat lawatan sambil belajar mengenai pelaksanaan 5S ke IKM Lumut pada 24 November 2010. Sesi lawatan bermula pada jam 10.30 pagi dengan taklimat mengenai pelaksanaan 5S IKML bertempat di Bilik Teater blok Integrasi. Rombongan ini diketuai oleh Pen.Pengetua (HEA) MRSM Pn. Siti Hajar.

Mengedarkan borang kajiselidik di bilik teater

Lawatan hanya bermula pada jam 12.30 tengah hari. Meraka dibawa melawat ke Pejabat Pentadbiran, Bilik Pengajar Pengajian Am, Bengkel STBP dan juga Bengkel SKBN. Sesi lawatan berakhir pada jam 1.30 tengah hari.


Bergambar di hadapan Pejabat Pentadbiran IKML sebelum bersurai


IKM Lumut akan sentiasa membantu mana-mana pihak yang ingin berkongsi melaksana amalan 5S.


"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

Tuesday, November 23, 2010

KURSUS 5S DI KOLEJ KOMUNITI SG SIPUT

Pemandangan menarik waktu pagi di KK Sg. Siput

Satu Kursus Kesedaran Mengenai 5S kepada Staf KKSS telah diadakan di Bilik Teater bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang pada tarikh 23 Nov 2010.

Peserta kursus sedang memerah otak untuk presentation

Sebahagian peserta kursus wanita KKSS

Bergambar bersama Penceramah selepas kursus tamat
Selamat Melaksana 5S


Seramai 80 orang staf telah menyertai kursus tersebut. 2 orang Penceramah dari IKM Lumut ialah Hj. Kamaruzaman Osman dan En. Ab.Aziz Abdullah. Tajuk ceramah ialah Kesedaran 5S kepada staf KKSS, Peranan AJK 5S dan Kaedah Pelaksanaan 5S di tempat kerja.


Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita

Wednesday, November 10, 2010

LAWATAN PENANDARASAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE) 5S DARI BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA , IBU PEJABAT MARA K.L


Alhamdulillah..

Pada 10 November 2010, satu rombongan daripada Bahagian Pengurusan Harta, Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur telah datang melawat IKM Lumut sempena penandarasan bagi pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) 5S di BPH.

Rombongan yang diketuai oleh Tn. Hj Abdollah b. Che Ngah dan Tn. Hj. Paiman b. Anuar tiba jam 11.30pg dan terus dibawa ke bilik taklimat pejabat untuk taklimat mengenai Amalan 5S di IKML. Majlis didahului dengan ucapan alu-aluan dari En. Mohd Azam b. Mohd Salleh selaku Pengerusi 5S IKML. Seterusnya taklimat pengenalan yang disampaikan oleh Setiausaha 5S IKML iaitu Tn. Hj. Kamaruzaman b. Osman.

Oleh kerana agak kesuntukan masa, taklimat daripada Unit Promosi dan Unit Latihan tidak dapat diadakan. Taklimat diteruskan dengan penerangan oleh Ketua Unit Audit, iaitu Ustz. Kamelah bt. Abdullah.

Tepat jam 1.00 tengahari, rombongan dibawa menjamu selera di kantin IKML sebelum berehat dan menunaikan solat.

Aktiviti diteruskan pada jam 2.45 petang dengan rombongan dibawa melawat ke sekitar Zon 20A dan 20B iaitu Pejabat Pentadbiran dan Pejabat HEP serta bilik pengajar Jabatan Pengajian Umum.

Seterusnya lawatan diteruskan ke Pusat Logistik IKML, kursus STBK dan SKSB sebelum berakhir jam 4.00 petang.

Sebelum berangkat pulang, ahli rombongan diminta untuk mengisi borang maklum balas bagi aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut dan bergambar bersama sebagai kenangan kerana ini adalah kali pertama IKML dilawati oleh AJK Induk 5S dari Bahagian Pengurusan Harta, Ibu Pejabat MARA.

Semoga perjalanan pulang ahli rombongan diiringi rahmat dan dilindungi oleh-Nya Yang Maha Esa.

Sehingga berjumpa lagi, sekian. Terima kasih.


Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita

Monday, November 8, 2010

Perbincangan Ringkas AJK Induk 1/Nov 2010



Jam 8.45pg 8 November 2010, satu mesyuarat kecil AJK Induk telah diadakan bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan Amalan 5S di IKML yang telah dipengerusikan oleh Tn. Hj Kamaruzaman b. Osman.

Antara yang hadir:
1. Pen. S/U - Ustz. Norazlina bt. Md. Nasir
2. Ketua Audit - Ustz. Kamelah bt. Abdullah
3. Ketua Unit Latihan - Tn . Hj Che Ab. Rahim b. Mahmood
4. Ketua Unit Promosi - En. Ab. Aziz b. Abdullah
5. Ketua Zon 20A - En. Ghazali b. Mohammad

Agenda yang dibincangkan adalah:
1. Persiapan untuk menerima lawatan daripada pihak Bahagian Pengurusan Harta (BPH) MARA pada 10 November 2010. Dijangkakan seramai 7 orang yang akan hadir.
2. Persediaan yang perlu dilakukan sekiranya IKML terpilih untuk dinilai bagi Pertandingan Anugerah Persekitaran Berkualiti Peringkat Kebangsaan.
3. Persediaan wakil ke Kolej Komuniti Sg.Siput pada 23 November 2010 (Tn. Hj Kamaruzaman b. Osman dan En. Ab. Aziz b. Abdullah) untuk taklimat mengenai Amalan Persekitaran Berkualiti 5S.
4. Persiapan untuk menerima lawatan daripada pihak MRSM Kuala Kubu Baru pada 24 November 2010. Dijangkakan seramai 40 orang yang akan hadir.
5. Persediaan untuk kempen Tak Nak! iaitu menguatkuasakan larangan merokok di dalam IKML.

Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 10.00 pagi. Diharap apa yang telah dibincangkan dapat direalisasikan dengan kerjasama semua pihak.

Terima kasih...


Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita

Monday, October 25, 2010

LAWATAN AJK 5S IKML KE IKM BESERI PERLIS

Pandangan hadapan Blok Integrasi IKM Beseri Perlis

Satu lawatan tidak rasmi 3 orang AJK Induk 5S IKM Lumut ke IKM Beseri Perlis diadakan pada 25 Oktober 2010. Lawatan ini dibuat adalah semata-mata sebagai mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan berkongsi idea mengenai Amalan 5S di IKM Beseri, Perlis.

Taklimat bersama Pengarah IKM Beseri, Tn.Haji Ramli

Lawatan bermula pada jam 2.15 petang sejurus tamat menghadiri Majlis Konvensyen di Hotel Putra Palace Kangar. Kunjungan kami disambut baik oleh Tn Hj. Ramli, Pengarah IKM Beseri, Selepas taklimat ringkas mengenai perlaksanan amalan 5s di IKM Beseri, kami telah di bawa melawat ke Galeri 5s IKM Beseri oleh En. Roslan. Banyak idea dan maklumat mengenai 5S yang kami perolehi hasil dari lawatan berkenaan. Kami juga di bawa melawat ke pusat CIC dimana banyak hasil kerja pelajar dan Pengajar IKM Beseri yang dipamerkan. Barang pameran terdiri inovasi pelajar yang menyertai pertandingan diperingkat Kebangsaan.

Bergambar dengan En.Roslan di Galeri 5S IKM Beseri Perlis

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Pengurusan IKM Beseri yang telah memberi kami penginapan dan membenarkan perkongsian maklumat dari lawatan berkenaan. IKM Beseri juga dalam persediaan menghadapi Audit Pematuhan bagi tahun ke 3. Kami semua berdoa agar IKM Beseri dapat mengekalkan Amalan 5S dan berjaya memperolehi persijilan bagi Audit yang akan diadakan pada akhir Disember 2010 nanti.

Kami bertolak balik ke IKM Lumut pada jam 4.00 petang. Peserta lawatan dari IKM Lumut adalah Ustazah Kamelah, En. Ab. Aziz Abdullah dan Hj. Kamaruzaman Osman. Semoga kami dapat menerapkan nilai-nilai murni 5S yang diamalkan oleh IKM Beseri di IKM Lumut pula.


"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

KONVENSYEN 5S MPC WILAYAH UTARA 2010

TAKLIMAT MENGENAI PERSIJILAN PERSEKITARAN BERKUALITI DARI
PN. SURIATI (MPC WILAYAH UTARA)


Peserta Konvensyen serta Pembentang Kertas Kerja dari Pelbagai Jabatan

Konvensyen 5S Anjuran MPC Wilayah Utara telah diadakan pada 25/10/2010. Konvensyen yang julung kalinya diadakan di Hotal Putra Palace Kangar, Perlis. Konvensyen ini diadakan di Utara Semenanjung bagi memberi peluang kepada Jabatan kerajaan dan pihak syarikat swasta untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Peranan MPC dalam Amalan 5S yang dikendalinya. Seramai 5 orang pembentang kertas kerja dari pelbagai jabatan di konvensyen berkenaan. Mereka adalah;-
1. Pn. Suriati binti Zainal Abidin - dari MPC ceramah bertajuk Kecemerlangan Organisasi
kearah Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti
2. Tn.Hj. Asraf - dari Pejabat Tanah Dan Galian Neheri Perak - Sistem Pengurusan Dokumen dan fail yang berkesan.
3. Tn.Dr. Prava - dari Boustead Naval Shipyard, Lumut Perak - Pengurusan warga kerja kearah
kejayaan amalan 5S
4. En. Abd Rahman bin Anjang - dari TNB Ibu Pejabat Kuala Lumpur - Amalan 5s di syarikat
TNB
5. En. Mohd Arif bin Sarati - dari Syarikat Nawabel Coating Sdn.Bhd - Konsep Amalan 5S

Para peserta Konvensyen 5S di Hotel Putra Palace, Kangar Perlis

Majlis yang bermula dari jam 9.00 pagi telah tamat sehingga jam 1.00 tengah hari. Perasmian Majlis disempurnakan oleh Cik Hjh. Sarimah binti Misman (Pengarah MPC Wilayah Utara).

Para pembentang kertas kerja telah memberikan para peserta banyak input mengenai amalan 5S dan berkongsi maklumat mengenai kaedah menangani masalah dalam pelaksanaan 5S ditempat kerja masing-masing.

IKM Lumut telah menghantar 3 orang AJK 5S menyertai Konvensyen tersebut. Meraka adalah terdiri dari:
1. En. Ab.Aziz bin Abdulah - Ketua Unit Promosi
2. Ustazah kamelah binti Abdullah - Ketua Audit Dalam 5S
3. Hj. Kamaruzaman bin Osman - Setiausaha 5s.


Peserta dari IKM Lumut bergambar dengan Pengarah MPC Wilayah Utara
Cik Hjh.Sarimah bt. Misman

Harapan kami agar konvensyen seperti ini dapat di adakan dengan lebih kerap bagi membantu pihak swasta dan jabatan kerajaan dalam melaksanakan amalan 5S secara lebih efektif.

"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

Saturday, October 23, 2010

MAJLIS DEKLARASI PENGAJAR IKML 2010



Satu majlis deklarasi untuk semua pensyarah IKM Lumut telah diadakan pada 22/10/2010 . Majlis dilakukan di Bilik Teater Blok Integrasi yang dihadiri oleh semua Pensyarah IKM. Taklimat mengenai Pemantauan Dokumen P&P yang akan diadakan pada 2/11/2010 - 5/11/2010 disampaikan oleh En.Ab.Aziz Abdullah.

Selain dari itu makluman mengenai hasrat IKM Lumut yang akan turut serta dalam pertandingan Anugerah Persekitaran Berkualiti QE anjuran MPC juga di war-warkan kepada semua staf agar dapat membuat persediaan awal. Tarikh tutup penghantaran borang penyertaan adalah pada hari ini 21/10/2010 manakala tarikh akhir penghantaran dokumen adalah pada 30 Oktober 2010.. IKM Lumut sangat bersemangat dalam menghadapi penyertaan pertandingan seperti ini.


"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

Thursday, October 21, 2010

LAWATAN JURUAUDIT 5S DARI PEJABAT MARA NEGERI PERAK

Bergambar semasa menunggu taklimat Audit

Pihak Juruaudit Dalam 5S IKM Lumut sedang membuat lawatan audit ke Zon keseluruh kawasan IKM pada 20 dan 21/10/2010. Lawatan dibuat selama 2 hari memandangkan skop kawasan IKM yang luas iaitu 48 ekar.
Serahan cenderahati dari PMN Ipoh, Perak

Sehubungan dengan itu IKM Lumut telah menjemput Juruaudit dari Pejabat MARA Negeri Perak turut serta dalam lawatan berkenaan. Seramai 8 orang Juruaudit 5S dari Ipoh telah bersama Juruaudit dari IKM Lumut untuk kerja audit berkenaan. Beberapa tempat yang dikenalpasti untuk di audit adalah Pejabat Pentadbiran, Bilik Pengajar Pengajian dan juga Logistik. Adalah diharapkan agar kerjasama ini pihak AJK Audit IKM Lumut dapat membantu Juruaudit dari Pejabat MARA Ipoh dalam mengendali kerja audit dalaman.

Pejabat MARA Negeri Perak sedang berusaha untuk memperolehi Persijilan 5S. Beberapa aktiviti amalan 5S sedang giat dilaksanakan bertujuan supaya semua staf di Pejabat MARA mengamalkan amalan ini.
Bergambar dihadapan Bilik Operasi IKM Lumut

"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

PERBINCANGAN AJK INDUK - PERSEDIAAN ANUGERAH QE 2010

Satu perbincangan bersama pada 21/10/2010 (Khamis) antara AJK Induk dan Pengarah mengenai persediaan untuk menerima jemputan dari MPC untuk menyertai Pertandingan Anugerah Persekitaran Berkualiti 2010. Persediaan awal ini adalah bertujuan untuk berkongsi idea dan pendapat mengenai bukti-bukti yang dapat disediakan bagi keperluan pertandingan berkenaan. AJK yang hadir adalah:

1. Tn. Hj. Saharuddin bin Abd. Hamid - Pengarah
2. En. Mohd Azam bin Mohd Saleh - Pengerusi 5S
3. En. Mohd Nawawi bin Omar - Ketua Unit Audit 5S
4. En. Mohd Rashid bin Mohd Taib - Ketua Unit Standard
5. Tn. Hj. Che Ab.Rahim bin Mahamood - Ketua Unit Latihan
6. En. Ab. Aziz bin Abdullah - Ketua Unit Promosi
7. Pn. Ustazah Kamelah binti Abdullah - Ketua Audit Dalam
8. Pn. Ustazah Norazlina binti Mohd Nasir - Pen. Setiausaha
9. Cik Faridah binti Razalli - Persediaan Portfolio pertandingan
10. Tn. Hj. Kamaruzaman bin Osman - Setiausaha 5S

Setiausaha 2 5S bersama Cik Faridah

Perbincangan ini di pengerusikan oleh En. Mohd Azam. Banyak perkara yang dikemukakan oleh AJK dan Pengarah sebagai satu usaha sokongan dalam menghadapi pertandingan sekiranya pihak IKM Lumut diterima dalam senarai pendek MPC.
AJK Induk 5S sedang berbincangan mengenai APB MPC 2010

Satu lagi perjumpaan akan diadakan pada 26/10/2010 (Isnin). Semua AJK terlibat dikehendaki menyediakan bahan-bahan yang akan digunakan sebagai bukti perlaksanaan amalan 5S.

"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

Wednesday, October 20, 2010

AUDIT DALAMAN 5S IKM LUMUT SESI OKT 2010



Pada hari ini 20/10/10 (Rabu) dan hari esok adalah hari Lawatan Audit Dalam di IKN Lumut. Seramai 35 orang Auditor telah melakukan tugas ini bermula sejak jam 9.00 pagi. Sebelum tugas audit dijalankan satu acara serahan writing card telah disampaikan kepada semua Auditor oleh Pengarah IKM Tn.Hj.Saharuddin di ruang lobi Pejabat pentadbiran.

Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita

Thursday, October 14, 2010

HARI KEDUA AUDIT PERTANDINGAN 5S TNB SERI ISKANDAR

Audit Pertandingan 5s pada hari kedua 14 Oktober 2010 beralih tempat dari Seri Manjung ke Seri Iskandar Perak. Pejabat TNB terletak berhampiran Taman Maju Seri Iskandar. Auditor dari IKM Lumut bertolak dari Seri Manjung pada jam 8.00 pagi dan sampai ke Seri Iskandar pada jam 9.00 pagi. Kerja Audit bermula sebaik tiba ke Pejabat TNB disambut oleh En. Kamarulzaman (Fasi 5S Seri Iskandar). Kerja audit tamat pada jam 12.00 tengahhari.

Auditor 5S dari IKML sedang memeriksaan keadaan bilik

Bergambar bersama staf TNB Seri Iskandar

Pejabat TNB Seri Iskandar berada di bangunan rumah kedai dua tingkat dan telah beroperasi disitu sejak 3 tahun lepas. Pejabat baru nampak lebih kemas dan menarik. Susunan fail dan meja yang kemas menunjukkan para pekerja disini memang sentiasa mengamalkan 5S.

Pada sesi berikutnya adalah pembentangan hasil penemuan Audit dan mengistiharkan pemenang kategori pertandingan. Pembentangan dibuat pada jam 1.30 tengahhari dan tamat pada jam 2.00 petang di Pejabat TNB Seri Manjung

Bahagian hadapan kaunter TNB Seri Iskandar

Auditor dari IKM Lumut UstazahKamelah, Pn. Shakiroh dan Hj. Kamaruzaman
bergambar bersama Pegawai TNB Seri manjung En. Idris (PK), En. Anuar,
Pn. Nurul Azian
sejurus tamat majlis penutup Audit Pertandingan

"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

Wednesday, October 13, 2010

PERTANDINGAN 5S - TNB MANJUNG 2010

Satu usaha bersama dalam mengekalkan amalan 5S telah dibuat antara AJK 5S IKM Lumut dengan AJK 5S TNB Seri Manjung, Perak. Usaha tersebut adalah dengan mengadakan Pertandingan antara bahagian di TNB Manjung. Dalam usaha tersebut pihak TNB dan IKM telah berganding bahu dalam mengadili pertandingan berkenaan. Juruaudit Pertandingan dari IKM Lumut terdiri dari Pn. Ustazah Kamelah, Pn. Shakiroh dan Hj. Kamaruzaman. Manakala TNB Manjung diketuai oleh Pn. Nurul Azian. Usahasama sebegini bukanlah kali pertama tetapi telah masuk kali kedua dimana pada awalnya telah dibuat diperingkat IKM Lumut pada bulan September 2010 lepas.
Juruaudit dari IKM Lumut sedang bergambar dihadapan Pejabat TNB Manjung

Adalah diharapkan usaha sebegini dapat diteruskan bagi hubungan baik dan kerjasama antara pekerja pelbagai jabatan dalam pelaksanaan amalan 5S.

Pertandingan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
1. Bahagian Pentadbiran Terbaik.
2. Bahagian Pejabat Teknikal Terbaik
3. Bahagian Stor Terbaik
Kerja Audit Pertandingan sedang dijalankan

TNB Manjung mempunyai banyak kawasan dalam pelaksanaan amalan 5S. Dalam pertandingan ini 3 kawasan dikenalpasti adalah Pejabat Pentadbiran TNB Seri Manjung, Setor di Sitiawan dan Pejabat serta Stor yang terletak di Seri Iskandar.

Audit Pertandingan dikawasan Manjung dan Sitiawan dilakukan pada 13 Oktober 2010, manakala di Seri Iskandar pada 14 Oktober 2010.

"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

LAWATAN 5S DARI MRSM TAIPING

Satu rombongan pelawat terdiri dari staf pentadbiran dan guru MRSM telah datang membuat lawatan sambil belajar mengenai budaya 5s ke IKM Lumut pada hari Rabu 13 Oktober 2010. Rombongan diketuai oleh Ustaz. Mohd Shauqi, Tim. Pengetua. MRSM.

Pelawat sedang mendengar taklimat di Bilik Teater

Mereka tiba ke IKM Lumut pada jam 9.00 pagi. Pada awal perancangan mereka akan berada di IKM sepanjang hari untuk taklimat 5S disebelah pagi dan lawatan persekitaran kawasan 5S disebelah petang. Oleh sebab-sebab tertentu lawatan disingkatkan sehingga jam 2.00 petang sahaja.

Semasa lawatan mereka telah diberi taklimat mengenai 5S oleh Ketua Unit Promosi En. Ab. Aziz Abdullah. Pn. Fadhlina telah memberi taklimat mengenai peranan AUDIT 5S. Sesi lawatan persekitaran telah di lakukan sebaik tamat sesi taklimat tersebut.

Pengarah IKM Lumut sedang menerima cenderahati dari Us. Shauqi

Sehingga kini MRSM Taiping telah berusaha dalam memperolehi persijilan 5S. Lawatan ke IKM adalah salah satu usaha memberi pendedahan kepada Ahli Jawatankuasa dalam persediaan persijilan.

Bergambar dihadapan Pejabat Pentadbiran IKM Lumut

"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

Saturday, October 9, 2010

HARI KELUARGA IKM LUMUT

Hari Keluarga IKM Lumut diadakan pada 8 dan 9 Oktober 2010. Lokasi kali ini adalah di kawasan lapang Chalet Impian Teluk Batek.

Pada 8/10/10 bermula jam 8.30 malam satu acara Sambutan Hari Raya bersama keluarga diadakan disitu. Acara dimulakan dengan majlis jamuan dengan menu pelbagai termasuk ayam bakar golek. Selepas acara tersebut diadakan pertandingan memancing kepada seluruh warga IKML dan keluarga.

Pada 9/10/10 diadakan pula majlis Perasmian Hari Keluarga oleh Pengarah IKML Tn. Hj. Saharuddin Abd Hamid. Majlis dimeriahkan lagi dengan acara sukaneka untuk keluarga dan anak-anak. Acara paling menarik adalah penyampaian hadiah cabutan bertuah dimana sebanyak lebih 100 hadiah disediakan. Hadiah paling menarik adalah televisen warna, mesin basuh dan tiket melancong ke Bandung Indonesia.

"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

KEMPEN PENJIMATAN ELEKTRIK



Sempena Pelancaran Kempen Penjimatan Elektrik satu majlis penyerahan banner telah diadakan pada 8 Oktober 2010 di Bilik Teater Blok Integrasi selepas majlis bacaan Yaasin. Pelancaran ini di anjurkan oleh Unit Promosi IKM Lumut di ketuai oleh En. AB Aziz Abdullah. Banner di serahkan oleh Setiausaha 5S kepada Pengerusi 5S En Mohd Azam bin Mohd Saleh.

Kempen Penjimatan Penggunaan Elektrik telah bermula sejak 1 Oktober 2010 dan akan berakhir pada 31 Disember 2010. Kempen ini bertujuan memberi kesedaran kepada semua Staf dan pelajar IKM Lumut agar dapat mengurangkan kos penggunaan elektrik sebagai satu langkah penjimatan sejajar dengan amalan 5S.

Kempen ini juga adalah sebagai langkah permulaan bagi penjimatan kos sebelum kempen penjimatan kos yang lain-lain.


"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

Friday, October 1, 2010

MAJLIS PENYERAHAN BANNER, POLISI, MISI 5S

Selepas tamat majlis bacaan Yaasin satu majlis penyerahan banner "Cemerlang 100%" telah berlangsung di Teater Blok Integrasi pada 01 Okt.2010. Semua penyelaras kursus dan Ketua-Ketua Zon 5S turut hadir dimajlis berkenaan. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi.

Dimajlis tersebut juga di masukkan slot penyampaian taklimat ringkas 5S mengenai Kempen Penjimatan Elektrik. Taklimat disampaikan oleh Setiausaha 5S. Selepas tamat taklimat tersebut disampaikan pula Polisi, Misi dan Visi 5s yang telah diseragamkan oleh Unit Promosi.



"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

Thursday, September 30, 2010

LAWATAN PEGAWAI-PEGAWAI KASTAM DIRAJA MALAYSIA NEGERI PERAK

Gambar beramai-ramai Pegawai Kastam Diraja Malaysia Perak dengan AJK 5S IKM Lumut


Satu rombongan Pegawai-pegawai Kanan Kastam Diraja Negeri Perak ke IKM Lumut pada 30 September 2010 sempena lawatan 5S. Tujuan lawatan adalah untuk berkongsi maklumat mengenai kaedah perlaksanaan 5S bagi tujuan memperolehi Persijilan Perseiktaran Berkualiti. Seramai 50 orang Pegawai Kastam seluruh Perak telah berada di IKM seawal jam 9.00 pagi.

Program :
9.30 pagi - Pembukaan oleh Tim.Pengarah IKM
9.45 pagi - Taklimat Penyelaras Unit Promosi - En. AB Aziz Abdullah
- Taklimat Penyelaras Unit Latihan - Tn.Hj.Che Ab. Rahim
- Taklimat Penyelaras Unit Audit - Pn. Ustazah Kamelah
- Taklimat Persediaan Pensijilan - Tn.Hj.Kamaruzaman Osman
12.45 tgh - Rehat tenghari
2.30 ptg - lawatan persekitaran IKM dan bengkel
4.00 ptg - Sesi bergambar / majlis penutup.
5.00 ptg - Bersurai

Semasa melawat bilik Pensyarah Senibina


Sedang melihat laci meja seorang pensyarah IKM

Tengku Abd. Rahman sedang melawat Bilik Pensyarah Pengajian Am

Pihak kami berharap dan mendoakan semoga hasrat Jabatan Kastam Diraja Negeri Perak akan memperolehi persijilan Persekitaran Berkualiti dalam jangka masa terdekat ini. InsyaAllah.


"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"