Kempen Unit Promosi 5S IKML

Monday, April 22, 2013

PENSIJILAN SEMULA PERSEKITARAN BERKUALITI IKM LUMUT

Pra-Audit Pensijilan Persekitaran Berkualiti (5S) 2013

IKM Lumut telah mula mengorak langkah untuk mendapatkan Pensijilan Semula selepas tamat tempoh Pensijilan pada tahun lepas. Bagi mempastikan Amalan 5S dapat diteruskan dengan Pensijilan, IKM Lumut telah mohon pensijilan semula menerusi MPC.

Pada hari ini bertarikh 22 April 2013 En. Ismail bin Mohd. Nor (Pegawai Perunding Kanan MPC) telah datang ke IKM Lumut untuk membuat lawatan Audit Pra-Pensijilan.

 En.Ismail sedang memeriksa dokumen Fail Juruaudit

Auditor MPC sedang membuat aucapan pembukaan Audit

Majlis bermula dari jam 9.00 pagi dengan Mesyuarat Pembukaan Audit di bilik Teater IKM Lumut.  Mesyuarat di hadiri oleh semua AJK Induk dan juga Ahli-ahli pasukan 5S IKM Lumut.  Audit Dokumentasi di semak didalam bilik operasi 5S.  Kawasan lain  yang dilawati adalah terdiri dari Bilik UPP, Pejabat Pentadbiran, termasuk pejabat HEP, Bilik Pegawai Latihan Industri, bilik kaunselor dan juga bilik simpanan alatulis pejabat. Selain dari itu Bengkel STP dan juga bengkel STU dilawati.  Jauh di belakang Bengkel STB tidak ketinggalan didalam program lawatan tersebut.

Auditor MPC sedang menemu ramah seorang pelajar STU

Tidak ketinggalan dalan siri lawatan ini ialah ke Pejabat Pengurusan Asrama daan juga Arsama.  En. Ismail sangat tertarik dengan keadaan bilik Pengurusan Asrama dibawah seliaan En. Mohd. Nazri Ahmad. Semua orang sepatutnya berkongsi idea bagaimana kaedah menyediakan sebuah tempat kerja yang sangat kondusif dan selesa seperti mana bilik tersebut.

Keadaan bilik pengurusan asrama yang sangat ceria dan kondusif

Selepas hampir 4 jam membuat lawatan, Auditor menutup lawatan Pra-Audit pada jam4.45 petang di bilik teater IKM Lumut.  Lawatan berakhir pada jam 5. 30 petang.

Tim. Pengarah HEA IKM Lumut sedang menyerahkan cenderahati kepada En. Ismail

Pihak Pengurusan IKM Lumut mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Ismail yang banyak memberi panduan dan tunjuk ajar dalam membuat penambahaikan kepada Ahli jawatankuasa 5S.  Beliau juga banyak memberi penerangan mengenai Sistem baru dalam pengauditan Persekitaran Berkualiti yang akan dilaksanakan bermula tahun hadapan.  Terima kasih juga kepada AJK Induk serta ahli-ahli 5s yang memberi sokongan dalam melaksanakan. Kepada semua warga IKM Lumut yang telah membuat persediaan awal juga tidak dilupakan.  Syabas kepada semua yang telah banyak membantu pihak pengurusan dalam merealisasikan budaya amalan 5S. Insyaallah kami berharap akan dapat membuat persediaan bagi menghadapi Final Audit pada 8 Mei 2013 nanti..


Efisien Produktif Kualiti 5S Budaya Kita Amalan Kita