Mesyuarat berkenaan diadakan pada 14 Feb 2009 jam 9.30am hingga 12.15tgh. Semua ketua zon, AJK induk hadir. Agenda Ucapan Pengetua, pembentangan Laporan Audit Jan 2009, Promosi dan Latihan.
Efisien Produktif Kualiti 5S Budaya Kita Amalan Kita
Tn. Hj. Mohd. Ishak bin Hj. Zakaria. Telah dipindahkan ke PMN Kota Bahru.
Pengerusi 5S - 2013
En.Adnan bin Jamaluddin
HARI KELUARGA IKML 2012
Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah
Sambutan Kemerdekaan IKML 2011
Sebahagian Pelajar sedang menuju kedewan untuk Perarakan Hari Merdeka
POTONG KEK KEMERDEKAAN IKML
Pengarah serta Timbalan Pengarah bersedia untuk memotong kek kemerdekaan
SAMBUTAN KEMERDEKAAN IKML 2011
Pelajar SSB bersedia untuk berarak ke Dewan Mohd Anuar untuk memulakan upacara sambutan.
KURSUS PEMANTAPAN AUDIT
Pihak AJK Audit 5s telah merancang satu Kursus Pemantapan Audit untuk Juruaudit Dalam 5S dan juga AJK Induk pada 16 dan 17 Februari 2011. Kursus selama 2 hari tersebut akan diadakan di Bilik Teater Blok Pentadbiran Lama. Penceramah dari luar dijemput khas dari KD Pelandok. Syabas kepada semua peserta yang terpilih dan selamat berkursus.
SELAMAT BERSARA TN.HJ.MEGAT ROSLI
Pihak AJK Induk 5S IKML mengucapkan selamat bersara dan ribuan terima kasih diatas sumbangan tuan semasa berada di IKM Lumut.
MAKLUMAN KEPADA SEMUA KETUA ZON 5S IKML
Assalamualaikum
Satu Perjumpaan Ketua-Ketua ZON 5S IKML akan diadakan pada 1 Februari 2011 (Selasa), jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Teater Blok Integrasi.
Pembentangan penemuan Audit Dalam akan dibuat semasa perjumpaan. Kehadiran tuan/puan sangat dihargai.
Setiausaha 5S
TAHNIAH KEPADA SEMUA SAHABAT YANG DAPAT KENAIKAN PANGKAT
Tahniah !!!!!!
Pihak AJK 5S IKM mengucapkan tahniah kepada semua Staf IKM Lumut yang mendapat kenaikan pangkat dan juga yang akan berpindah ketempat lain.
Pihak kami sangat menghargai jasa-jasa kalian kerana bersama membangunkan konsep Amalan 5S di IKM dari sejak ia dilancarkan sehingga sekarang. kami berharap agar anda dapat membawa dan mengembangkan amalan baik ini ketempat yang baru.
Kami akan sentiasa membantu anda semua jika diperlukan.
TAKLIMAT KEMPEN PENJIMATAN
Semua Ketua-Ketua Zon 5S IKM Lumut adalah dikehendaki hadir ke Bilik Teater Blok Integrasi pada 1 Okt,2010 jam 8.00 pagi untuk tujuan berikut: 1. Penyerahan Banner cemerlang 100% 2. Taklimat Perlaksanaan Kos Saving Penjimatan Elektrik 3. Penyerahan Polisi, Misi dan Visi 5S
Kerjasama anda adalah sangat dihargai. Terima kasih
Laman Blog Ini Adalah Bertujuan Untuk Penyebaran Info dan Makluman Terkini Jawatankuasa Promosi dan Latihan 5S Institut Kemahiran MARA Lumut
Survey
SELAMAT BERSARA TN. HJ. ZAMIN
KETUA ZON 5S-KOPERASI IKM BHD
SELAMAT BERSARA - EN.BAKAR YAHYA
KETUA ZON 5S - UPP
KEMPEN PENJIMATAN KOS - PENGGUNAAN ELEKTRIK SECARA MINIMA
Amalan Penjimatan Penggunaan elektrik:
1. Menutup semua lampu bilik/bengkel/makmal/tandas sekiranya tidak digunakan. 2. Menggunakan beberapa lampu yang perlu sahaja. 3. Tutup alat hawa dingin semasa bilik tidak digunakan. iaitu sewaktu rehat pagi dan tengah hari. 4. Gunakan tempat terbuka seperti di surau / dibawah wakaf/ bawah pokok semasa kelas teori. Cara ini lebih selesa dan terbuka kerana dapat menggurangkan penggunaan elektrik. 5. Pemasangan lampu luar (decorative light) berjadual iaitu dihadkan sehingga jam 12.00 tgh. malam kecuali lampu jalan (street lighting). 6. Sekiranya sesebuah bilik/makmal mempunyai 2 alat pendingin udara, tutup salah satunya 30 minit sebelum kelas berakhir.
Sekiranya amalan diatas dapat dilaksanakan oleh sebahagian dari Warga IKM, kita akan dapat melihat pengurangan pembayaran bil elektrik pada bulan hadapan.
HARAP DAPAT KERJASAMA DARI SEMUA PIHAK
PERTANDINGAN 5S -PEJABAT PENTADBIRAN KURSUS TERBAIK
PENYERTAAN / KETERANGAN PERTANDINGAN
1. Semua Zon 5S IKM Lumut yang mempunyai Bilik Pengajar / Pengurusan WAJIB menyertai pertandingan ini.
2. Tarikh persediaan pertandingan bermula dari 9 Ogos - hingga 18 Ogos 2010.
3. Tarikh Lawatan Juri Audit Pertandingan dari luar pada 19 Ogos 2010.
4. Kriteria pertandingan - Rujuk Taklimat pada 6 Ogos 2010/ Papan Kenyataan Bilik Operasi 5S IKML.
5. Standard Markah kelayakan tempat Pertama, Kedua dan Ketiga hendaklah melebihi 80 keatas.
HADIAH:
Pertama - Hadiah bernilai RM300.00
Kedua - Hadiah bernilai RM200.00
Ketiga - Hadiah bernilai RM100.00
"Lahirkan komitmen anda dalam Amanal 5S menerusi Pertandingan ini"
Pengumuman
Selamat berhijrah kepada 2 orang AJK Induk 5SIKM Lumut Dua orang AJK Induk 5S IKM Lumut akan berpindah ke Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur bermula pada 1 Julai 2010. Mereka adalah En.Mohd Yusoff bin Mat Saad (Ketua Bahagian Promosi) dan Tn. Hj. Md. Nasir bin Md.Akip ( Ketua Bahagian Standard). Tahniah kepada En. Yusof kerana naik pangkat dan Hj.Md. Nasir dapat balik tempat asal HQ. Pihak AJK Induk mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara berdua diatas sumbangan dan kerjasama dalam Perlaksanaan 5S IKM Lumut. Saudara banyak memberi sumbangan kepada kejayaan 5S IKM Lumut.
Ucapan Tahniah Pihak IKM Lumut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada KD Pelandok yang telah berjaya memperolehi Persijilan 5S pada 29 Jun 2010. Staf KD Pelandok seramai 53 orang telah melawat IKM Lumut pada 26 Mei 2010 untuk melihat kaedah perlaksanaan 5S. Syabas kepada Kapt. Jamel dan semua staf KD Pelandok. Selamat bertugas ditempat baru Kapt.
Pensijilan 5S IKM Lumut
IKM Lumut dengan rasminya telah dinilai dan anugerahkan sijil Persekitaran Berkualiti 5S oleh MPC buat kali pertama pada Isnin 30 Mac 2009 dan persijilan semula pada 28 April 2010. Tahniah kepada semua atas kejayaan bersama. Laman blog ini juga telah menerima bintang (amalan terbaik) semasa audit berkenaan.
Pelancaran 5S IKM Lumut
Pelancaran 5S IKM Lumut telah diadakan pada 6 Ogos 2008. Sehubungan itu semua pihak disaran memastikan dan mengekalkan kebersihan dan keceriaan tempat masing-masing selaras dengan keperluan 5S. Pengarah juga telah memberikan target date untuk aktiviti SISIH, SUSUN dan SERAGAM (label). Sasaran bulan Disember untuk persijilan 5S IKML.
Pemenang Pertandingan Logo 5S IKM Lumut Pertama : En Mohd Karafi (SKSB)
Kedua : En Wan Azmin (SKSB)
KeTiga : Pelatih SKSB
Saguhati : Tn Hj Albakri (SKSB), En Bahrin Buang (SKSB), Pelatih SKSB, En Ahmad Rumzi (STUD) dan Cik Marliani (STFI)
Hari 5S dimaklumkan adalah setiap hari Rabu Semua staff dikehendaki memakai baju korperat 5S pada hari berkenaan.
Interaktif
Jangan Lupa Solat
Waktu Solat Manjung
Info Statistik Pelawat Mula 10 Sep 2008
AJK 5S IKML
PENAUNG - Tn.Hj. Ishak bin Hj. Zakaria
PENGERUSI - En Mohd Azam b. Mohd.Saleh
AUDIT - En Mohd Nawawi b. Omar
PROMOSI - En Ab. Aziz bin Abdullah (26 Julai 2010)
LATIHAN - Tn.Hj Che Ab Rahim
SISIH - En.Zual Hasnan bin Nazri
SUSUN/SERAGAM - En. Mohd Rashid b. Mohd Taib / En. Norsid bin Musa
No comments:
Post a Comment