Bengkel berkenaan telah dijalankan di Kolej Profesional MARA Beranang (KPMB) pada 20 dan 21 Mac 2009. AJK Induk IKML yang diundang membantu memberi penerangan kepada staf KPMB adalah Hj Che Ab Rahim, Hj Kamaruzaman Osman, Ustazah Kamelah dan En Mohd Yusoff Mat Saad. Bengkel kesedaran berkenaan telah dihadiri oleh seramai 113 staf KPMB dan diadakan di bilik perpustakaan KPMB. Program bermula pada 3.00 ptg 20 Mac 2009 dengan ucapan aluan dari Pengarah KPMB. Ceramah pembukaan diberikan oleh Hj Che Ab Rahim selaku Ketua Unit Promosi dan disusuli ceramah keperluan asas 5S oleh Hj Kamaruzaman. Pada 8.30 pagi 21 Mac 2009 , Ustazah Kamelah memberikan ceramah berkaitan Audit 5S. Disusuli bengkel berkumpulan, membentuk zon 5S. En Mohd Yusoff memberikan ceramah Latihan 5S pada 3.00 petang. Bengkel tamat pada jam 5.00 petang.
Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita
No comments:
Post a Comment