Lawatan berkenaan telah diadakan pada Rabu 27 Jan 2010, dengan rombongan seramai 18 orang diketuai oleh Tuan Ramli..., wakil Pengarah PPA Batu Gajah. Rombongan tiba dengan menaiki bas pada jam 9.15 pg. Taklimat diberikan di dewan teater baru IKM Lumut dengan ucapan aluan dari En Mohd Azam B Mohd Saleh, TP KPHP IKML. Selepas minum pagi, taklimat 5S diberikan oleh Tn Hj Kamaruzaman Osman, koordinator 5S IKML. Lawatan dimulakan di bilik operasi 5S IKML, kemudian pejabat pentadbiran, pejabat HEP, kursus STBP dan SKBN. Majlis penutup diadakan sekali lagi di dewan teater IKML dengan ucapan penutup dari Pengarah IKML, En Saharuddin B Abd Hamid dan Tuan Ramli, wakil Pengarah PPA Batu Gajah. Selepas sesi bergambar, lawatan bersurai pada jam 1.20 petang.
Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita
No comments:
Post a Comment