28 April 2010 adalah tarikh bermakna dan bersejarah bagi IKML kerana diaudit untuk kali kedua oleh MPC setelah persijilan pertama tahun 2009 lalu tamat pada 29 Mac 2010. Audit kali ini dilakukan oleh En Mohd Hisyam B Hatimtai, Pegawai Perunding Kanan MPC Wilayah Utara. Lawatan bermula pada jam 9.00 pagi dengan sambutan dan gimik oleh staf dan palajar IKM Lumut. Selepas sarapan pagi, auditor dibawa ke Dewan Teater IKML untuk sesi taklimat. Semua AJK induk, auditor dalaman dan staf IKM Lumut turut serta. Ucapan aluan oleh En Mohd Hisyam, kemudian disusuli ucapan Pengarah dan taklimat 5S oleh Pengerusi 5S IKML, En Mohd Azam B Mohd Saleh. Agenda disusuli semakan dokumentasi di Bilik Operasi 5S IKML. Selepas semakan, auditor MPC dibawa ke Pejabat Pentadbiran, HEP dan Bilik Pengajar Pengajian Am dan STKM di zon 20B.
Jam 1.00 tengahari, AJK Induk membawa auditor untuk makan tengahari di Restoren di Seri Manjung. Solat Zohor di surau IKM Lumut. Jam 2.30 petang lawatan ke bengkel bermula di kursus STBP, SKBN, STUD, Logistik dan STKN. Jam 4.15 petang, semua staf berkumpul di dewan teater IKML untuk majlis penutup. En Mohd Hisyam, merumuskan lawatan dan mengisytiharkan IKML sekali lagi layak untuk disyorkan pensijilan dengan markah lebih baik dari tahun 2009. Majlis ditutup oleh pengarah dengan penyampaian cenderahati kepada En Mohd Hisyam. Majlis bersurai tepat jam 5.00 petang.
Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita
No comments:
Post a Comment