Selepas rehat tengah hari sesi taklimat 5s disambung semula dengan tajuk Perlaksanaan 5s di IKM Lumut yang disampaikan oleh Tn.Hj Kamaruzaman Osman.
Selepas selesai taklimat pelawat dibawa sekitar IKM untuk meninjau beberapa tempat perlaksanaan 5s di IKM Lumut. Disebabkan ketika itu adalah hari cuti Pelajar IKM hanya beberapa tempat sahaja yang dapat dilawati. Tempat lawatan adalah Bilik Pengajar SKSB(Senibina), Bengkel SKAF (Automobil), Bengkel SKEK (Penjaga Jentera), Blok Pentadbiran baru (Pejabat HEP dan HEA) serta Bilik Pensyarah Pengajian Am.
Majlis Penutup lawatan disertai oleh Pengarah IKM Lumut pada jam 4.30 petang. Majlis tamat selepas sesi bergambar pada jam 5.00 petang.
No comments:
Post a Comment