Pada 27 Julai 2010 (Selasa) IKM Lumut telah dikunjungi oleh seramai 9 orang AJK 5S dari MRSM Kepala Batas. Rombongan disertai oleh 3 orang Timbalan Pengetua (HEP/HEA/Kurikulum) beserta Ketua-Ketua Jabatan dan juga staf yang lain.
Ketibaan rombongan pada jam 10.30 pagi disambut oleh S/U ,Pen. Setiausaha 5S dan beberapa AJK yang lain. Tujuan rombongan adalah untuk melihat sendiri perlaksanaan 5S di IKM Lumut dan mendapatkan sedikit maklumat 5S dari JK Induk.
Aturcara Lawatan:
1. Taklimat mengenai 5S (Asas) disampaikan oleh En.Mohd Azam bin Salleh (Pengerusi)
2. Sesi Lawatan Ke persekitaran IKM
- Pejabat Pentadbiran (HEA)
- Pejabat Pentadbiran (HEP)
- Bilik Pensyarah Pengajian Am
3. Penerangan mengenai Perlaksanaan 5S IKM Lumut disampaikan oleh Tn.Hj.Kamaruzaman
Osman (Setiausaha 5S)
4. Sesi Soal Jawap / maklumbalas / Sesi bergambar.
Lawatan berakhir pada jam 2.00 petang.
Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita
No comments:
Post a Comment