Kempen Unit Promosi 5S IKML

Saturday, August 28, 2010

SEMINAR KEFAHAMAN 5S DI UiTM SERI ISKANDAR

Penceramah bergambar bersama AJK Seminar Kefahaman
5S UiTM Seri Iskandar


Gambar sebahagian Siswa UiTM Seri Iskandar yang mengikuti Seminar 5S

Satu Seminar Kefahaman 5s Anjuran Perwakilan Pelajar Uitm Perak dengan kerjasama Jawatankuasa 5S IKM Lumut telah diadakan pada 28 Ogos 2010 (Sabtu). Majlis yang bermula seawal jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengahhari diadakan di Dewan Seri Iskandar. Penceramah 5S disampaikan oleh Tn. Hj. Kamaruzaman dibantu oleh Pn. Ustazah Norazlina Mohd. Nasir. Tajuk Ceramah adalah Pengenalan 5S dan perlaksanannya. Pn. Ustazah menyampaikan ceramah bertajuk Kaedah Mengekalkan Amalan 5S.
Seramai lebih kurang 600 pelajar mewakili semua kolej kediaman menyertai Majlis berkenaan. Cik Nor Rashidah Ketua Pegawai Pembangunan Pelajar telah merasmikan Seminar tersebut sebagai mewakili Pengarah UiTM Seri Iskandar. Tahniah kepada JK Badan Perwakilan Pelajar yang telah berjaya menganjurkan seminar berkenaan.

Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita

PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG PERTANDINGAN 5S

Pejabat SKSB yang Memenangi Pertandingan Keceriaan Sambutan Kemerdekaan
Pemenang Banner Sambutan Ramadan




Pada Hari Rabu 25 Ogos 2010, satu majlis Sambutan Hari Kemerdekaan ke 53 Peringkat IKM Lumut telah diadakan di Dewan Mohd Anuar. Semua pelajar dan staf IKM terlibat didalam majlis berkenaan. Acara yang diadakan pada hari tersebut adalah seperti berikut:
1. Bacaan Ikrar oleh Pelajar
2. Penyampaian Sajak Kemerdekaan oleh Staf dan juga pelajar.
3. Pentomen Kemerdekaan
4. Penyampaian Hadiah Kemenangan:-
4.1 Pertandingan 5S Pejabat Pentadbiran Kursus/Unit Terbaik
4.2 Pertandingan Banner Sambutan Ramadan Terbaik
4.3 Pertandingan Keceriaan Sambutan Kemerdekaan.

Pemenang Pertandingan 5s Pejabat Pentadbiran Kursus Pemenang adalah seperti berikut:
Pertama : Kursus SKSB
Kedua: Kursus SKBN
Ketiga: Logistik
Keempat: Kursus STUD
Kelima: Koperasi IKM Bhd.















Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita

Friday, August 20, 2010

LAWATAN AUDIT PERTANDINGAN 5S IKM LUMUT 2010


Pada 19 Ogos 2010 adalah hari kemuncak Pertandingan Bilik Pengurusan Kursus/Unit Terbaik. Panel Hakim adalah terdiri dari wakil TNB dan KD Pelandok. Pn. Nurul Azian Ibrahim dari TNB selaku Ketua Hakim bersama ahli Panel yang lain Lt. Nurhafizi Zakaria. PW1 Mohamad Zulman, Ssjn. Haziman dan juga En.Azni dari KD Pelandok.

Audit Perandingan telah dimulakan pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada 4.30 petang. Acara kemuncak adalah pengumunan pemenang bagi kategori Bilik Pengurusan Kursus/Unit Terbaik disampaikan sendiri oleh Pn. Nurul Azian.

Berikut adalah keputusannya:
Johan - Zon 8B (Kursus SKSB)
N.Johan - Zon 19 (Kursus SKBN)
Ketiga - Zon 27 (Logistik)
Keempat - Zon 18 (Kursus STUD)
Kelima - Zon 35 (Koperasi)

Ahli panel Audit sedang berbincang semasa berehat tengahari

Tahniah kepada semua yang telah berjaya dan kepada yang belum berjaya janganlah berputus asa. Cuba lagi dilain kali. Jutaan terima kasih kepada para Ahli Panel Juruaudit yang telah berusaha gigih mengerah tenaga dengan penuh cabaran dibulan Puasa merentasi semua zon (38 Zon) yang bertanding dalam kawasan IKM Lumut seluas 48 ekar. Jasa tuan/puan akan tetap kami kenang.

Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita

Tuesday, August 10, 2010

Pertandingan Pejabat Pentadbiran Kursus Unit Terbaik

Program Terkini:

Pertandingan Pejabat Pentadbiran Kursus / Unit Terbaik


Penilai luar akan bekerjasama untuk menilai pejabat/ bilik terbaik.


Kakitangan IKM Lumut diharap bersedia dari sekarang.






Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita

Pertandingan

PetEfisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita

Saturday, August 7, 2010

LAWATAN 5S DARI MRSM GERIK

Pada 6 Ogos 2010 (Jumaat) seramai 20 orang Staf MRSM Gerik terdiri dikalangan Tim. Pengetua HEA/HEP/KO beserta Guru dan Staf sokongan lain telah membuat satu lawatan ke IKM Lumut. Rombongan diketuai oleh Ustaz Muhamad Abu Bakar.


Rombongan tiba ke IKM Lumut tepat pada jam 2.45 petang. Rombongan telah diberi taklimat mengenai perlaksanaan 5s IKM Lumut oleh Ustazah Norazlina. Selepas itu rombongan dibawa melawat ke persekitaran Pejabat Pentadbiran dan juga Bilik Pengajar Pengajian Am. Disebabkan kesuntukan masa rombongan tidak dapat melawat ke Bengkel Teknikal. Bilik Operasi 5S adalah satu tempat yang dapat memberi gambaran mengenai aktiviti 5S di IKM Lumut.
Selepas lawatan rombongan sekali lagi berkumpul di Bilik Teater untuk jamuan ringan dan juga memberi maklumbalas dengan mengisi borang dan juga secara lisan. Sesi lawatan diakhiri dengan bergambar beramai-ramai.

Pihak IKM Lumut mengucapkan terima kasih kepada rombongan dari MRSM Gerik yang sudi datang melawat dan Selamat Pulang ke Gerik.

BERGAMBAR DI PERKARANGAN BLOK INTEGRASI IKM LUMUT

"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

PERJUMPAAN KETUA ZON 5S

Perjumpaan antara Ketua Zon dengan AJK Induk pada 6 Ogos 2010 - jam 9.15 pagi bertempat di Bilik Teater Blok Integrasi. Perjumpaan diadakan sempena Pertandingan 5S dibawah tajuk Bilik Pentadbiran Kursus Terbaik yang akan bermula pada minggu hadapan (9 hingga 18 Ogos 2010). Pertandingan ini adalah dibawah anjuran AJK Indul IKML. Mulai tarikh berkenaan semua Zon yang bertanding boleh memulakan persediaan awal. Satu taklimat mengenai Pertandingan telah disampaikan oleh Setiausaha 5S IKML pada hari tersebut. Dijangka 30 Bilik Pentadbiran akan menyertai pertandingan tersebut. Satu lawatan Panel dari luar akan membuat lawatan untuk mengambil markah pertandingan berkenaan.

Maklumat Pertandingan adalah seperti berikut:
- Semua Zon yang mempunyai Pejabat Pentadbiran / Bilik Pengajar wajib turut serta
- Jika Zon mempunyai lebih dari satu pejabat juga perlu menyertainya lebih penyertaan.
- Selain Pejabat Pengurusan markah juga akan diambil pada tempat lain seperti Tandas, Bilik Kuliah, Bengkel, Makmal, Sub-stor dan Persekitaran.
- Peratus markah pertandingan adalah seperti berikut:
- Pejabat Pentadbiran Kursus - 80%
- lain-lain tempat - 20%
- Hadiah akan diberi kepada pemenang yang mencapai standard markah yang ditetapkan iaitu mesti melebihi 85 untuk pemenang Pertama, Kedua dan Ketiga.
- Nilai hadiah adalah RM300.00 untuk tempat Pertama, RM200.00 untuk tempat Kedua dan RM100.00 untuk tempat Ketiga.
- Juri Pengadil / Audit adalah dari luar seperti TNB, KD Pelandok dan Boustead Naval Shipyard.

"Selamat Bertanding"

"Efisien Produktif Kualiti 5S Budaya Kita Amalan Kita"