Kempen Unit Promosi 5S IKML

Saturday, August 7, 2010

PERJUMPAAN KETUA ZON 5S

Perjumpaan antara Ketua Zon dengan AJK Induk pada 6 Ogos 2010 - jam 9.15 pagi bertempat di Bilik Teater Blok Integrasi. Perjumpaan diadakan sempena Pertandingan 5S dibawah tajuk Bilik Pentadbiran Kursus Terbaik yang akan bermula pada minggu hadapan (9 hingga 18 Ogos 2010). Pertandingan ini adalah dibawah anjuran AJK Indul IKML. Mulai tarikh berkenaan semua Zon yang bertanding boleh memulakan persediaan awal. Satu taklimat mengenai Pertandingan telah disampaikan oleh Setiausaha 5S IKML pada hari tersebut. Dijangka 30 Bilik Pentadbiran akan menyertai pertandingan tersebut. Satu lawatan Panel dari luar akan membuat lawatan untuk mengambil markah pertandingan berkenaan.

Maklumat Pertandingan adalah seperti berikut:
- Semua Zon yang mempunyai Pejabat Pentadbiran / Bilik Pengajar wajib turut serta
- Jika Zon mempunyai lebih dari satu pejabat juga perlu menyertainya lebih penyertaan.
- Selain Pejabat Pengurusan markah juga akan diambil pada tempat lain seperti Tandas, Bilik Kuliah, Bengkel, Makmal, Sub-stor dan Persekitaran.
- Peratus markah pertandingan adalah seperti berikut:
- Pejabat Pentadbiran Kursus - 80%
- lain-lain tempat - 20%
- Hadiah akan diberi kepada pemenang yang mencapai standard markah yang ditetapkan iaitu mesti melebihi 85 untuk pemenang Pertama, Kedua dan Ketiga.
- Nilai hadiah adalah RM300.00 untuk tempat Pertama, RM200.00 untuk tempat Kedua dan RM100.00 untuk tempat Ketiga.
- Juri Pengadil / Audit adalah dari luar seperti TNB, KD Pelandok dan Boustead Naval Shipyard.

"Selamat Bertanding"

"Efisien Produktif Kualiti 5S Budaya Kita Amalan Kita"

No comments: