Mesyuarat AJK Induk yang diadakan pada 28/09/2010 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Operasi 5s dihadiri oleh semua AJK, kecuali Pengerusi 5S En. Mohd. Azam yang sedang bercuti kerana sakit. Mesyuarat di Pengerusikan oleh Tn.Hj. Kamaruzaman Osman.
Mesyuarat yang berlangsung selama 2 jam telah bersetuju membuat beberapa tindakan bagi memantapkan lagi usaha amalan 5S di IKM Lumut. Tindakan yang akan diambil adalah seperti:-
1. Usaha unit Promosi mengadakan kempen penjimatan kos penggunaan elektrik secara minimum oleh Warga IKM. Kempen akan dimulakan pada awal bulan Oktober hingga Disember 2010.
2. Mempertingkatkan usaha memberi latihan kesedaran 5S secara berperingkat khusus kepada pelajar-pelajar dan staf yang baru bertugas di IKm Lumut. Program akan dikendali oleh Unit Latihan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali sehingga mencapai sasaran ditetapkan.
3. Mengubahsuai dan menambah kriteria Audit Dalam bagi perkara penjimatan kos (cos saving) untuk setiap zon bagi mencapai matlamat 5 yang ke enam. Perlaksanaan perubahan akan dilaksanakan oleh Unit Audit Dalam.
4. Memasang tunjuk arah dan label disemua zon secara berperingkat. Usaha ini akan dikendali oleh unit Standard.
Usaha-usaha berkenaan diharapkan dapat menambah pengetahuan dan memantapkan lagi penghayatan Amalan 5S dikalangan Warga IKM Lumut.
"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"
No comments:
Post a Comment