Alhamdulillah, pada 2 Mac 2011 yang lalu satu majlis pelancaran bagi Kempen Hari Tanpa Beg Plastik peringkat IKM Lumut telah selamat diadakan. Dengan pelancaran kempen ini, telah diwartakan bahawa setiap hari Rabu adalah Hari Tanpa Beg Plastik di IKM Lumut.
Kempen ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada warga IKML khususnya para pelajar tentang pencemaran yang diakibatkan oleh beg-beg plastik. Ia juga sebagai menyahut seruan kerajaan dalam mewujudkan persekitaran yang sihat.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah KPHP, En. Mohd Azam Mohd Salleh yang juga Pengerusi 5S IKM Lumut. Sedikit taklimat dan penerangan diberikan oleh Ketua Unit Promosi, En. Ab. Aziz Abdullah sebelum majlis diserikan dengan gimik pelancaran oleh En. Mohd Azam.
Dalam majlis ini juga, setiap Penyelaras Program atau wakil menerima satu beg kertas sebagai simbolik mengurangkan penggunaan beg plastik.
Semoga dengan kempen yang diadakan ini, dapat mendidik para pelajar tentang pentingnya menjaga kebersihan persekitaran dan dapat mengekalkan persekitaran IKML bebas dari sampah-sampah beg plastik.
Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita
1 comment:
Syabas!! satu langkah yg baik..selalunya Hari Tanpa Plastik dibuat di Pasar Raya..skrng ni kat intitusi pengajian..bagus2..SUKSES!!
Post a Comment