Kempen Unit Promosi 5S IKML

Wednesday, August 6, 2008

Majlis Pelancaran 5S IKM Lumut




Pelancaran 5S IKM Lumut telah dijayakan pada 6 Ogos 2008 di Dewan Mohd Anwar IKM Lumut. Ianya dilancar dengan rasminya oleh Tn Hj Mohd Fadzil B Ghazali, Pengarah IKM Lumut, Perak. Majlis bermula dengan ucapan salam pengenalan dari Timb. Pengarah (HEA) IKM Lumut yang baru melapor diri pada 5 Ogos 2008, En Mohd Khalil B Muhammad. Seterusnya ucapan alu-aluan oleh Pengerusi 5S IKML, Tn Hj Mustaffa B Hamzah. Taklimat promosi dan latihan masing-masing disampaikan oleh Tn Hj Ab Rahim B Mahmud dan En Mohd Yusoff B Mat Saad.

Majlis diteruskan dengan pengumuman pertandingan mencipta logo 5S IKML dengan logo ciptaan En Mohd Karafi dari kursus SKSB sebagai pemenang. Bacaan ikrar seterusnya disampaikan dengan diketuai oleh En Mohd Yusoff B Mat Saad, Ketua Jab. Elektrik. Majlis seterusnya, simbolik tandatangan komitmen menjalankan 5S dengan diketuai oleh Tn Pengarah IKM Lumut dan diikuti Timb. Pengarah, Penyelaras Kursus, Pengajar, BPP dan pelatih IKM Lumut. Akhirnya, majlis ditutup dengan pelancaran gotong-royong perdana 5S oleh Pengerusi 5S IKML, Tn Hj Mustaffa B Hamzah









5S Budaya Kita Amalan Kita

1 comment:

Nurazam said...

A'kum

Saya seorang palatih ikm lumut yang telah mengikuti penerangan tentang 5s lalu di dewan mohd anwar di ikm lalu..

Saya ingin mencadangkan supaya penjaga/pemilik blog ini dapat berkongsi dgn saya tentang google adsense.. saya telah menjalankan aktiviti google adsense ini sejak awal tahun ini.. dan saya ingin mengambil kesempatan ini mengajak penjaga/pemilik blog ini dapat berkongsi dgn berkenaan google adsense ini..

selain daripada memberikan maklumat terkini tentang 5s. blog ini juga mampu menjana wang tanpa mengeluarkan modal.. jika tidak keberatan..saya ini berkongsi rahsia ebook adsense untuk kita manfaatkan bersama..

sila hubungi saya..
Yahoo messenger: azammafis2

email : mnurazam@gmail.com

blog: www.unpaid-software.blogspot.com