Kempen Unit Promosi 5S IKML

Monday, February 2, 2009

Mesyuarat AJK Induk 5S IKML

Mesyuarat berkenaan diadakan pada 2 Feb 2009 jam 8.30am dipengerusikan oleh Hj Mustafa Hamzah TP(KPHP). Kehadiran adalah seperti berikut :
  1. Hj Mustafa B Hamzah -Pengerusi
  2. Hj Mohd Fadzil B Ghazali -Pengarah
  3. Mohd Nawawi B Omar -TP(HEA) / Unit Audit
  4. Hj Che Ab Rahim B Mahmood -Unit Promosi
  5. Mohd Yusoff B Mat Saad -Unit Latihan
  6. Mohd Rashid B Taib -Unit Susun / Seragam
  7. Hj Ab Malek -wakil Unit Sisih
  8. Hajah Saliah Bt Ali -wakil S/U 5S IKML
  9. Shahruddin -wakil unit Seragam
  10. Timb S/U
Antara perkara penting yang diputuskan adalah :
  • Pertandingan antara zon. Pemenang perlu mendapat markah 80% 3x berturut-turut. Layak sekali dalam 3tahun. Hadiah lawatan (KB, Langkawi, PD atau Cameron), hamper bernilai RM100, piala pusingan dan sijil.
  • Pertandingan meja terbaik. Kriteria : drawer, label, parking lot, kebersihan, kekemasan atas dan bawah meja, sistem fail dan kabinet. Hadiah hamper (pertama RM50, kedua RM30 dan ketiga RM20), sijil dan piala.
  • Pertandingan bengkel/makmal/kelas terbaik. Kriteria bengkel : Lantai bercat, dinding cantik, label, tanda keselamatan, SOP pada alat, parking lot, susun atur dan kebersihan. Kriteria makmal : Lantai bersih, dinding cantik, label, susun atur, parking lot, SOP pada alat dan kebersihan. Kriteria kelas : Lantai bersih, dinding cantik, susun atur, label dan kebersihan. Hadiah hamper RM50 dan sijil untuk ke tiga-tiga kategori. Penerima adalah owner tempat berkenaan.
  • Bilik gerakan dipersetujui menggunakan bilik inkubator dekat bangunan SKBN. Peralatan dan kemudahan dibawah tindakan S/U. Penggunaan oleh semua AJK Induk bagi persiapan pensijilan 5S MPC.
Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita

No comments: