Kempen Unit Promosi 5S IKML

Monday, March 30, 2009

Lawatan Audit Pematuhan 5S MPC

Alhamdulillah, tepat 5.30 petang 30 Mac 2009, MPC selesai menjalankan audit pematuhan dan memberikan petanda IKM Lumut layak untuk diberikan pensijilan 5S (Persekitaran Berkualiti). Kedatangan pegawai dari MPC seramai 2 orang iaitu Pn Adlina Bt Senawi dan En Muhammad Adha telah disambut meriah pada jam 8.30pagi dengan gimik khas dari usaha pengajar SKEK En Kamarul Azizzain dan En Ismail B Abdullah, serta persembahan silat dari kelab silat IKM Lumut di bawah bimbingan En Zulkifli. Wakil dari KPM Beranang dan IKM JB juga turut hadir. Program bermula dengan ucapan aluan dari Pengarah IKM Lumut, kemudian ucapan pendahuluan dari wakil MPC, Puan Adlina. Pengerusi 5S IKM Lumut, Tuan Hj Mustafa B Hamzah kemudiannya membentangkan slide powerpoint berkaitan aktiviti 5S di IKM Lumut. Setelah selesai, program diteruskan dengan pemeriksaan dokumentasi 5S. Selepas minum pagi, audit kawasan bermula dengan auditor MPC di bawa ke Bilik Operasi 5S IKM Lumut. Seterusnya, audit dijalankan di kursus SKBN. Makan tengahari, auditor dan AJK Induk 5S serta ketua zon di bawa makan di Restoran My Cheng Ho. Program diteruskan sebelah petang dengan lawatan di SKSB, SKAF, Logistik, STMP dan Pejabat Pentadbiran IKM Lumut. Majlis penutup dibuat setelah auditor berbincang kira-kira 10 minit. Alhamdulillah blog 5S IKM Lumut ini juga diumumkan menerima pengikirafan bintang daripada MPC. Tahniah dan syabas kepada semua staf dan pelatih IKM Lumut kerana berusaha bersungguh-sungguh menjayakan 5S pada hari ini dengan begitu cemerlang, walaupun banyak zon tidak sempat dilawati. TAHNIAH semua!


Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita

No comments: