Kempen Unit Promosi 5S IKML

Wednesday, November 10, 2010

LAWATAN PENANDARASAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE) 5S DARI BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA , IBU PEJABAT MARA K.L


Alhamdulillah..

Pada 10 November 2010, satu rombongan daripada Bahagian Pengurusan Harta, Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur telah datang melawat IKM Lumut sempena penandarasan bagi pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) 5S di BPH.

Rombongan yang diketuai oleh Tn. Hj Abdollah b. Che Ngah dan Tn. Hj. Paiman b. Anuar tiba jam 11.30pg dan terus dibawa ke bilik taklimat pejabat untuk taklimat mengenai Amalan 5S di IKML. Majlis didahului dengan ucapan alu-aluan dari En. Mohd Azam b. Mohd Salleh selaku Pengerusi 5S IKML. Seterusnya taklimat pengenalan yang disampaikan oleh Setiausaha 5S IKML iaitu Tn. Hj. Kamaruzaman b. Osman.

Oleh kerana agak kesuntukan masa, taklimat daripada Unit Promosi dan Unit Latihan tidak dapat diadakan. Taklimat diteruskan dengan penerangan oleh Ketua Unit Audit, iaitu Ustz. Kamelah bt. Abdullah.

Tepat jam 1.00 tengahari, rombongan dibawa menjamu selera di kantin IKML sebelum berehat dan menunaikan solat.

Aktiviti diteruskan pada jam 2.45 petang dengan rombongan dibawa melawat ke sekitar Zon 20A dan 20B iaitu Pejabat Pentadbiran dan Pejabat HEP serta bilik pengajar Jabatan Pengajian Umum.

Seterusnya lawatan diteruskan ke Pusat Logistik IKML, kursus STBK dan SKSB sebelum berakhir jam 4.00 petang.

Sebelum berangkat pulang, ahli rombongan diminta untuk mengisi borang maklum balas bagi aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut dan bergambar bersama sebagai kenangan kerana ini adalah kali pertama IKML dilawati oleh AJK Induk 5S dari Bahagian Pengurusan Harta, Ibu Pejabat MARA.

Semoga perjalanan pulang ahli rombongan diiringi rahmat dan dilindungi oleh-Nya Yang Maha Esa.

Sehingga berjumpa lagi, sekian. Terima kasih.


Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita

No comments: