Kempen Unit Promosi 5S IKML

Monday, September 26, 2011

MRSM PASIR SALAK MELANGKAH KEHADAPAN UNTUK AMALAN 5S

Salah satu MRSM di Negeri Perak yang telah memulakan langkah menuju amalan 5S. MRSM Pasir Salak dengan diterajui oleh Pengetuanya Tn. Hj. Mohd.Yunus bin Deraman telah menganjurkan satu ceramah Amalan 5S kepada semua guru dan staf pentadbiran. Ceramah mengenai pelaksanan 5S telah di hadiri oleh 90 orang staf dan staf pentadbiran. Ceramah diadakan dibilik teater pada 22 September 2011 (Khamis). Wakil dari IKM Lumut Hj. Kamaruzaman dan En. Ab Aziz bin Abdullah turut hadir membantu memberi penerangan mengenai pelaksanaan 5S.

Diharap MRSM dapat meneruskan amalan yang baik itu bagi meningkatkan pencapaian pelajar-pelajarnya dalam segala aspek samada pembelajaran atau aktiviti lain.



Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita

No comments: