Kempen Unit Promosi 5S IKML

Monday, October 3, 2011

LAWATAN PENANDARASAN 5S DARI SMK CLIFFORD KUALA KANGSAR

Seramai 32 orang staf SMK Clifford Kuala Kangsar telah mengadakan lawatan ke IKM Lumut pada 29/9/2011. Rombongan yang diketuai oleh Pengetuanya sendiri Puan Hjh. Norliah bersama AJK 5S. Tujuan lawatan adalah untuk berkongsi maklumat sebagai penandarasan program 5S di SMKC. SMK Clifford telah mula mengorak langkah untuk mendapatkan Persijilan 5S yang dijangka diperolehi pada akhir tahun ini. Tahniah diucapkan kepada semua warga SMKC diatas usaha gigih untuk mendapatkan persijilan.


Lawatan selama 2 jam dipenuhi dengan beberapa acara seperti sesi taklimat pelaksanaan 5S IKM Lumut yang disampaikan oleh Setiausaha 5S IKML. Selepas tamat sesi taklimat rombongan dibawa melawat ke Pejabat Pentadbiran dan juga bilik Pengajar Pengajian Am. Sebahagian rombongan dibawa kebilik operasi 5S untuk meninjau pelaksanaan dan persediaan dokumen 5S bagi tujuan persijilan.


Lawatan berakhir pada jam 5 petang selepas jamuan ringan dan juga sesi bergambar. Diharap pihak SMK Clifford memperolehi dan dapat berkongsi maklumat mengenai program 5S yang dilaksanakan di IKM Lumut.



"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

No comments: