Kempen Unit Promosi 5S IKML

Tuesday, March 17, 2009

Pra-Audit 5S oleh MPC dan Tn Hj Kasudin

Pra-audit berkenaan telah dijalankan pada 16 Mac bermula jam 9.30 pagi hingga 4.45 petang oleh wakil dari MPC PJ, En Lizuan dan Tn Hj Kasudin dari Integrated Kaizen. Program bermula dengan penerangan dari Pengerusi 5S IKML Tn Hj Mustafa dan TP HEA En Nawawi. Semakan dokumen dibuat selepas minum pagi. Antara teguran dari MPC seperti berikut:
  • Fail utama induk iaitu Audit, Latihan dan Promosi perlu seragam
  • Perlu senarai semak yang selaras pada setiap fail
  • Minit mesyuarat hendaklah ada setiap bulan mengikut gantt chart
  • Perkara-perkara tidak berkaitan perlu dikeluarkan dari fail.
Lawatan bermula dari Bilik Operasi 5S, kursus SKBN, STBP, STUD dan Logistik. Pada sebelah petang lawatan ke STMP, STRP, STFI, STKN, STBK, SKAF, SKEK dan SKSB. Antara diberikan:
  • Persekitaran laluan hendaklah terbaik. Tiada sampah yg menyakitkan mata memandang
  • Kursus SKBN perlu kemaskini bahagian hujung bengkel yang menempatkan bahan siap
  • Kursus STBP perlu kemaskini bay paip yang tidak kemas. Elakkan sampah di atas kabinet
  • Kursus STUD perlu penambahbaikan di setor
  • Kursus STFI perlu merujuk audit detail. Cth dalam kabinet
  • Kursus SKEK perlu dibuang sawang pada bengkel 2.
Penutup pada 4.00 petang dengan ulasan dari MPC bahawa beliau kagum dengan komitmen dan kesungguhan staf IKM menjalankan 5S. Tapi terdapat beberapa bahagian yang boleh menjadi penyebab 5S IKML tidak dapat diberikan sijil. Kemungkinan persetujuan 30 Mac 2009 adalah tarikh sebenar lawatan, namun bergantung kepada ruang yang ada pada staf MPC. Dalam masa 2 minggu semua pihak perlu membuat penambahbaikan.

Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita

1 comment:

cikgurahim said...

Tahniah kakitangan IKM semua.
Maaflah, saya bercuti waktu pra-ordit.