Kempen Unit Promosi 5S IKML

Monday, October 25, 2010

LAWATAN AJK 5S IKML KE IKM BESERI PERLIS

Pandangan hadapan Blok Integrasi IKM Beseri Perlis

Satu lawatan tidak rasmi 3 orang AJK Induk 5S IKM Lumut ke IKM Beseri Perlis diadakan pada 25 Oktober 2010. Lawatan ini dibuat adalah semata-mata sebagai mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan berkongsi idea mengenai Amalan 5S di IKM Beseri, Perlis.

Taklimat bersama Pengarah IKM Beseri, Tn.Haji Ramli

Lawatan bermula pada jam 2.15 petang sejurus tamat menghadiri Majlis Konvensyen di Hotel Putra Palace Kangar. Kunjungan kami disambut baik oleh Tn Hj. Ramli, Pengarah IKM Beseri, Selepas taklimat ringkas mengenai perlaksanan amalan 5s di IKM Beseri, kami telah di bawa melawat ke Galeri 5s IKM Beseri oleh En. Roslan. Banyak idea dan maklumat mengenai 5S yang kami perolehi hasil dari lawatan berkenaan. Kami juga di bawa melawat ke pusat CIC dimana banyak hasil kerja pelajar dan Pengajar IKM Beseri yang dipamerkan. Barang pameran terdiri inovasi pelajar yang menyertai pertandingan diperingkat Kebangsaan.

Bergambar dengan En.Roslan di Galeri 5S IKM Beseri Perlis

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Pengurusan IKM Beseri yang telah memberi kami penginapan dan membenarkan perkongsian maklumat dari lawatan berkenaan. IKM Beseri juga dalam persediaan menghadapi Audit Pematuhan bagi tahun ke 3. Kami semua berdoa agar IKM Beseri dapat mengekalkan Amalan 5S dan berjaya memperolehi persijilan bagi Audit yang akan diadakan pada akhir Disember 2010 nanti.

Kami bertolak balik ke IKM Lumut pada jam 4.00 petang. Peserta lawatan dari IKM Lumut adalah Ustazah Kamelah, En. Ab. Aziz Abdullah dan Hj. Kamaruzaman Osman. Semoga kami dapat menerapkan nilai-nilai murni 5S yang diamalkan oleh IKM Beseri di IKM Lumut pula.


"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

1 comment:

KyRe@tiF said...

Tahniah atas pelaksanaan amalan 5s IKM Perlis, amat cemerlang dan mantap!! teruskan