Kempen Unit Promosi 5S IKML

Saturday, December 25, 2010

Lawatan Benchmarking 5S MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin

Alhamdulillah, pada Khamis 23 Disember 2010 sekali lagi IKM Lumut telah menerima rombongan lawatan untuk melihat Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) 5S yang diamalkan sejak pertengahan 2007. Pada kali ini kami menerima seramai 30 org ahli rombongan dari MRSM Tun Ghafar Baba, yang dulu dikenali sebagai MRSM Jasin.

Pada perangcangan awal,rombongan dijangka tiba pada sebelah malamnya,tetapi terdapat sedikit perubahan perjalanan dimana rombongan dijangka tiba pada petang 23 Disember. Walau bagaimanapun, persiapan telah dibuat dengan baik untuk menyambut kedatangan rombongan yang belum pernah menjejakkan kaki di IKM Lumut.

Rombongan yang diketuai oleh En. Mohd Rahim Sehad dan Pn. Haslinda Mat Ali selamat sampai jam 3.15petang setelah lebih kurang 7 jam perjalanandan di sambut oleh wakil Unit SERANTA iaitu Tn. Haji Ali Shaikh Dawood dan Penyelia Asrama En. Nazri Ahmad. Ahli rombongan terus dibawa ke Dewan Makan untuk menjamu selera memandangkan mereka masih belum menjamah hidangan tengahari.















Ahli rombongan menjamu selera



Selesai menjamu selera, rombongan terus dibawa melawat persekitaran IKM Lumut iaitu Pejabat Pentadbiran dan Pejabat HEP. Disebabkan kesuntukan masa, lawatan ke bengkel-bengkel dan logistik terpaksa ditangguhkan.
















Wakil rombongan, En. Mohd Rahim Sehad menandatangani plag lawatan



Selesai lawatan di sekitar pejabat, rombongan dibawa ke Dewan Teater blok Integrasi untuk sesi taklimat ringkas. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Unit Promsi IKML, En. Ab. Aziz Abdullah. Rata-rata ahli rombongan amat terkesan dan tertarik dengan pendekatan Amalan 5S yang dilaksanakan di IKM Lumut.















Taklimat ringkas di Dewan Teater blok Integrasi

















Tn. Hj. Che Ab. Rahim menerima cenderahati dari pihak MRSM TGB


Selesai sesi taklimat pada jam 5.10petang, rombongan sekali lagi dibawa ke kawasan hadapan Pejabat Pentadbiran untuk sesi bergambar. Walaupun agak kepenatan kerana terpaksa menempuh perjalanan yang jauh, ahli-ahli rombongan MRSM TGB tetap ceria dan bersemangat untuk mengetahui perjalanan Amalan 5S yang diamalkan di IKML seterusnya mengaplikasikan amalan tersebut di MRSM TGB.















Bergambar kenang-kenangan di Lobi Pejabat Pentadbiran



Dikesempatan berada di IKM Lumut, ahli rombongan sempat merancang untuk menghayati keindahan Pulau Pangkor dan merasai pengalaman menaiki feri ke sana. Rombongan dijangka bertolak pulang pada pagi 25 Disember 2010. Semoga ahli-ahli rombongan MRSM TGB selamat dalam perjalan pulang dan sentiasa dilindungi Allah SWT.


Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita

No comments: