Kempen Unit Promosi 5S IKML

Wednesday, January 5, 2011

Taklimat Amalan 5S sempena MSR Sesi Jan-Jun2011

Alhamdulillah..pada Khamis, 30 Disember 2011 telah diadakan satu sesi taklimat kepada pelajar-pelajar baru tentang Persekitaran Berkualiti (QE) Amalan 5S bersempena Minggu Silaturrahim kemasukan sesi Januari - Jun 2011.

Seramai lebih kurang 250 orang pelajar baru dihimpunkan di Bilik Teater Blok Intergrasi bagi mendengar taklimat yang disampaikan oleh Ketua Unit Promosi iaitu En. Ab Aziz Abdullah.

Dalam slot lebih kurang 2 jam tersebut, para pelajar didedahkan kepada pengenalan mengenai apa itu Amalan 5S, aktiviti-aktiviti 5S di IKM Lumut, Ahli-ahli Jawatankuasa Induk 5S IKML dan pencapaian IKML dalam Persekitaran Berkualiti (QE) serta harapan kepada pelajar-pelajar baru dalam membantu dan menjayakan Amalan 5S yang sedang diamalkan di IKML.

Kerjasama yang diberikan oleh para pelajar baru adalah amat baik dan setiap soalan yang diajukan mendapat respon yang baik. Sedikit cenderahati diberikan kepada pelajar-pelajar yang dapat menjawab dengan baik.

Pada akhir taklimat rata-rata pelajar baru telah dapat menghafal dan memahami konsep perlaksanaan Amalan 5S. Semoga penerapan yang diberikan kepada mereka dapat dipraktikkan dengan baik dalam tempoh pengajian di IKML juga dapat dibawa keluar untuk dipraktikkan di rumah dan kawasan sekitar.

Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita

No comments: