Kempen Unit Promosi 5S IKML

Friday, June 17, 2011

KURSUS PELAKSANAAN AMALAN BERKUALITI 5S DI LANGKAWI

Pada 13 hingga 16 Jun 2011 seramai 40 orang peserta telah di pilih untuk menyertai kursus ini yang bertempat di Bay View Hotel dan MRSM Langkawi. Peserta kursus kebanyakan terdiri di kalangan Pembantu Tadbir dan Juruteknik dari MRSM, IKM dan juga Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur.

Kursus ini julung kalinya diadakan dibawah kelolaan ILKM dan Penceramah terdiri dari Pegawai dari IKM Lumut. Keunikan kursus ini adalah ianya berbentuk ceramah dan juga kerja bengkel 5S. Kerjasama diantara peserta kursus dan juga pihak MRSM Langkawi adalah sangat memberangsangkan. Praktikal bengkel 5S dilakukan di MRSM, secara langsung telah memberi kesan yang sangat positif. Peserta kursus dapat melakukan kerja sebenar amalan 5S dan di bantu terus oleh staf MRSM sendiri. Kedua-dua pihak mendapat manfaat dari usahasama tersebut. Kursus dikendali oleh 3 orang fasilitator dari IKM Lumut iaitu Tn. Hj. Kamaruzaman osman, En. Ab. Aziz Abdullah dan Pn. Ustazah Kamelah binti Abdullah.
Kami mengucapkan syabas kepada semua peserta yang menghadiri kursus ini dan sekalung tahniah kepada ILKM yang telah memberi peluang kepada mereka. Setinggi penghargaan kepada pengurusan dan staf MRSM Langkawi yang banyak membantu pelaksanaan bengkel 5S sehingga berjaya. Harapan kami agar kursus sebegini dapat diteruskan. Kepada mana-mana pusat yang ingin melaksanakan amalan 5S diharap dapat merancang sebaik mungkin agar pelaksanaan amalan ini dapat dijayakan ditempat mereka.

""Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita""

No comments: