Kempen Unit Promosi 5S IKML

Thursday, May 26, 2011

Lawatan Amalan Persekitaran Berkualiti QE (5S) MRSM Alor Gajah

Pada 23 Mei 2011, IKML sekali lagi menerima lawatan 5S dari rombongan kakitangan MRSM Alor Gajah yang diketuai oleh PPTK, En. Amruszaky b. Abd. Aziz seramai 22 orang.

Seperti biasa, ketibaan rombongan ini jam 8.40pagi disambut oleh wakil Unit SERANTA 5S IKML iaitu Tn. Hj Mohd Ali Shaikh Dawood dan dibawa ke Dewan Teater Blok Integrasi untuk taklimat perlaksanaan 5S oleh Ustz. Kamelah bt Abdullah yang merupakan Penolong Ketua Unit Audit.

Ahli rombongan khusyuk mendengar taklimat dari Ust. Kamelah


Ahli rombongan yang begitu bersemangat untuk melaksanakan Amalan 5S begitu khusyuk ketika mendengar taklimat yang disampaikan. Banyak pertukaran maklumat yang berlaku semasa taklimat yang boleh digunakan oleh pihak MRSM Alor Gajah bagi menjayakan perlaksanaan Amalan 5S yang baik ini.

Seterusnya, rombongan dibawa melawat ke sekitar IKML termasuklah ke Kedai Koperasi dan Asrama Lelaki.

Sebelum bersurai,sekali lagi rombongan dibawa ke Dewan Teater untuk sesi soal jawab dan ucapan penutup yang disampaikan oleh TPKPHeP, En. Mohd Azam b Mohd Salleh yang juga Pengerusi 5S IKML.

En. Amruszaky menerima cenderamata dari pihak IKML


Acara wajib sebelum berangkat pulang ialah sesi bergambar di hadapan lobi Pejabat Pentadbiran IKML.

Bergambar sebelum berangkat pulang


Kami bagi pihak IKML mendoakan agar MRSM Alor Gajah terus bersemangat dan berjaya melaksanakan Amalan 5S di pusat demi meningkatkan imej dan mendidik anak bangsa.

Sekian..terima kasih...Assalam.

Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita

1 comment:

KyRe@tiF said...

Jom join SEMINAR STANDARD 5S-MPC di MELAKA...maklumat lanjut kunjungi blog SUKSES 5S!!