Kempen Unit Promosi 5S IKML

Thursday, July 1, 2010

Ceramah Amalan 5S Kepada Pelajar Baru Minggu MSR Julai 2010





Selamat datang kepada Pelajar Baru ke IKM Lumut yang telah mendaftar masuk pada 28 Jun 2010. Seramai lebih 300 orang mendaftar masuk ke IKM pada hari tersebut. Program Minggu Silaturrahim telah di isi dengan Ceramah Amalan 5S. Ceramah ini telah disampaikan oleh Tn.Hj.Kamaruzaman selaku Setiausaha 5S IKM Lumut pada 1 Julai 2010 jam 11.30 pagi hingga 1.15 tengahhari di Dewan Taeter Blok Integrasi.

Turut membantu dalam sesi ceramah tersebut ialah Ustazah Norazlina. Pelajar telah di terangkan mengenai pengenalan asas 5S dan perlaksanan Amalan 5s khusus di dalam Asrama dan juga dibengkel. Selain penyampaian ceramah pelajar juga membuat beberapa aktiviti bagi memantapkan lagi kefahaman mengenai Amalan 5S.



Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita

No comments: