Kempen Unit Promosi 5S IKML

Tuesday, July 27, 2010

Mesyuarat JK Induk 5S IKML 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Induk 5S IKML kali 04/2010 yang sepatutnya dibuat pada 20 Julai 2010 terpaksa di tunda pada tarikh 26 Julai 2010. Penangguhan adalah disebabkan IKM Lumut sedang giat membuat persediaan Majlis Konvokesyen Kali Ke52 yang akan berlangsung pada 24 Julai 2010. Ramai AJK Induk yang terlibat dalam program tersebut.


Mesyuarat JK membuat satu lantikan baru menggantikan AJK yang berpindah ke Ibu Pejabat MARA baru-baru ini. Antara perubahan yang dilakukan adalah Portpolio JK Promosi yang dikosongkan oleh En. Mohd Yusof telah diganti oleh En. AB Aziz bin Abdullah (Ketua Jabatan Bangunan). Peranan JK Promosi akan dikendali sepenuhnya oleh beliau selepas ini. Manakala kekosongan JK Standard yang ditinggalkan oleh Tn. Hj. Md.Nasir akan di gabung bersama dengan JK Susun, Seragam dan Standard. JK ini di kendali oleh 2 orang iaitu En. Mohd Rashid bin Mohd Taib dan En. Norsid bin Musa.

JK Seranta yang di kendali oleh En. Mustafa bin Uda akan berperanan menerima kunjungan pelawat bagi tujuan 5S. Beliau akan mengaturkan tempat lawatan 5S dan aturcara majlis lawatan. Disebabkan kebelakangan ini IKM Lumut telah menerima banyak permohonan lawatan maka tugas beliau akan dibantu juga oleh JK yang lain.

Berikut adalah nama-nama JK 5S IKM Lumut selepas pindaan

Ketua Penyelaras 5S IKML
1. Bahagian Audit - En. Mohd Nawawi bin Omar
Ketua Audit Dalam - Ustazah Kamelah binti Abdullah
2. Bahagian Promosi - En. AB Aziz bin Abdullah
3. Bahagian Latihan - Tn. Hj . Che AB Rahim bin Mahamud
4. Bahagian Susun - En. Mohd Rashid bin Mohd Taib
5. Bahagian Seragam - En. Norsid bin Musa
6. Bahagian Standard - En. Mohd Rashid / En. Norsid
7. Bahagian Sisih - En. Zual Hasnan bin Nazri
8. Bahagian Seranta - En. Mustafa bin Uda

Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita.

No comments: