Kempen Unit Promosi 5S IKML

Tuesday, July 27, 2010

Lawatan 5S Dari MRSM Kepala Batas

Bergambar di bahagian hadapan Pejabat Pentadbiran (HEA) IKM Lumut



Pengarah IKM Lumut sedang memberi penerangan kepada peserta rombongan


Pada 27 Julai 2010 (Selasa) IKM Lumut telah dikunjungi oleh seramai 9 orang AJK 5S dari MRSM Kepala Batas. Rombongan disertai oleh 3 orang Timbalan Pengetua (HEP/HEA/Kurikulum) beserta Ketua-Ketua Jabatan dan juga staf yang lain.

Ketibaan rombongan pada jam 10.30 pagi disambut oleh S/U ,Pen. Setiausaha 5S dan beberapa AJK yang lain. Tujuan rombongan adalah untuk melihat sendiri perlaksanaan 5S di IKM Lumut dan mendapatkan sedikit maklumat 5S dari JK Induk.

Aturcara Lawatan:
1. Taklimat mengenai 5S (Asas) disampaikan oleh En.Mohd Azam bin Salleh (Pengerusi)
2. Sesi Lawatan Ke persekitaran IKM
- Pejabat Pentadbiran (HEA)
- Pejabat Pentadbiran (HEP)
- Bilik Pensyarah Pengajian Am
3. Penerangan mengenai Perlaksanaan 5S IKM Lumut disampaikan oleh Tn.Hj.Kamaruzaman
Osman (Setiausaha 5S)
4. Sesi Soal Jawap / maklumbalas / Sesi bergambar.
Lawatan berakhir pada jam 2.00 petang.


Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita

No comments: