Kempen Unit Promosi 5S IKML

Saturday, August 7, 2010

LAWATAN 5S DARI MRSM GERIK

Pada 6 Ogos 2010 (Jumaat) seramai 20 orang Staf MRSM Gerik terdiri dikalangan Tim. Pengetua HEA/HEP/KO beserta Guru dan Staf sokongan lain telah membuat satu lawatan ke IKM Lumut. Rombongan diketuai oleh Ustaz Muhamad Abu Bakar.


Rombongan tiba ke IKM Lumut tepat pada jam 2.45 petang. Rombongan telah diberi taklimat mengenai perlaksanaan 5s IKM Lumut oleh Ustazah Norazlina. Selepas itu rombongan dibawa melawat ke persekitaran Pejabat Pentadbiran dan juga Bilik Pengajar Pengajian Am. Disebabkan kesuntukan masa rombongan tidak dapat melawat ke Bengkel Teknikal. Bilik Operasi 5S adalah satu tempat yang dapat memberi gambaran mengenai aktiviti 5S di IKM Lumut.
Selepas lawatan rombongan sekali lagi berkumpul di Bilik Teater untuk jamuan ringan dan juga memberi maklumbalas dengan mengisi borang dan juga secara lisan. Sesi lawatan diakhiri dengan bergambar beramai-ramai.

Pihak IKM Lumut mengucapkan terima kasih kepada rombongan dari MRSM Gerik yang sudi datang melawat dan Selamat Pulang ke Gerik.

BERGAMBAR DI PERKARANGAN BLOK INTEGRASI IKM LUMUT

"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

No comments: