Kempen Unit Promosi 5S IKML

Friday, August 20, 2010

LAWATAN AUDIT PERTANDINGAN 5S IKM LUMUT 2010


Pada 19 Ogos 2010 adalah hari kemuncak Pertandingan Bilik Pengurusan Kursus/Unit Terbaik. Panel Hakim adalah terdiri dari wakil TNB dan KD Pelandok. Pn. Nurul Azian Ibrahim dari TNB selaku Ketua Hakim bersama ahli Panel yang lain Lt. Nurhafizi Zakaria. PW1 Mohamad Zulman, Ssjn. Haziman dan juga En.Azni dari KD Pelandok.

Audit Perandingan telah dimulakan pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada 4.30 petang. Acara kemuncak adalah pengumunan pemenang bagi kategori Bilik Pengurusan Kursus/Unit Terbaik disampaikan sendiri oleh Pn. Nurul Azian.

Berikut adalah keputusannya:
Johan - Zon 8B (Kursus SKSB)
N.Johan - Zon 19 (Kursus SKBN)
Ketiga - Zon 27 (Logistik)
Keempat - Zon 18 (Kursus STUD)
Kelima - Zon 35 (Koperasi)

Ahli panel Audit sedang berbincang semasa berehat tengahari

Tahniah kepada semua yang telah berjaya dan kepada yang belum berjaya janganlah berputus asa. Cuba lagi dilain kali. Jutaan terima kasih kepada para Ahli Panel Juruaudit yang telah berusaha gigih mengerah tenaga dengan penuh cabaran dibulan Puasa merentasi semua zon (38 Zon) yang bertanding dalam kawasan IKM Lumut seluas 48 ekar. Jasa tuan/puan akan tetap kami kenang.

Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita

No comments: