Kempen Unit Promosi 5S IKML

Saturday, August 28, 2010

SEMINAR KEFAHAMAN 5S DI UiTM SERI ISKANDAR

Penceramah bergambar bersama AJK Seminar Kefahaman
5S UiTM Seri Iskandar


Gambar sebahagian Siswa UiTM Seri Iskandar yang mengikuti Seminar 5S

Satu Seminar Kefahaman 5s Anjuran Perwakilan Pelajar Uitm Perak dengan kerjasama Jawatankuasa 5S IKM Lumut telah diadakan pada 28 Ogos 2010 (Sabtu). Majlis yang bermula seawal jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengahhari diadakan di Dewan Seri Iskandar. Penceramah 5S disampaikan oleh Tn. Hj. Kamaruzaman dibantu oleh Pn. Ustazah Norazlina Mohd. Nasir. Tajuk Ceramah adalah Pengenalan 5S dan perlaksanannya. Pn. Ustazah menyampaikan ceramah bertajuk Kaedah Mengekalkan Amalan 5S.
Seramai lebih kurang 600 pelajar mewakili semua kolej kediaman menyertai Majlis berkenaan. Cik Nor Rashidah Ketua Pegawai Pembangunan Pelajar telah merasmikan Seminar tersebut sebagai mewakili Pengarah UiTM Seri Iskandar. Tahniah kepada JK Badan Perwakilan Pelajar yang telah berjaya menganjurkan seminar berkenaan.

Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita

No comments: