Kempen Unit Promosi 5S IKML

Tuesday, February 15, 2011

LAWATAN 5S DARI STAF MRSM BALIK PU

Rombongan bergambar di hadapan Pejabat Pentadbiran HEA

Seramai 14 orang staf MRSM Balik Pulau telah berkunjung ke IKM Lumut sempena program Lawatan 5S. Rombongan di ketuai En. Zulkefli (Tim. Pengetua HEA). Mereka tiba ke IKM tepat pada jam 2.00 petang. Mereka disambut oleh AJK Induk 5S IKM Lumut dan terus dibawa ke bilik bincang Pentadbiran.
Suasana didalam Bilik Pengajar Pengajian Am

Pen. Pegawai Tadbir (K) En. Ghazali Mohamad mewakili Pengarah telah mengalu-alukan kedatangan rombongan dan membuat ucapan aluan rombongan. Satu Taklimat mengenai IKM dan Perlaksanaan 5S di IKM Lumut telah disampaikan oleh Hj. Kamaruzaman.
Sudut 5S di Pejabat Pentadbiran IKML

Pada jam 4.00 petang rombongan telah dibawa melawat kepersekitaran Pejabat entadbiran HEA dan juga HEP. Mereka kemudian di bawa pula melawat pejabat Pengajar Pengajian Am dan juga ke Bengkel STBP untuk melihat sistem pengurusan stor mengikut 5S. Peserta rombongan berangkat pulang ke Balik Pulau pada jam 5.15 petang selepas ses bergambar berami-ramai dihadapan pejabat pentadbiran IKML. Harapan kai agar pihak MRSM Balik Pulau dapat manfaat dari lawatan singkat tersebut dan mengambil inisiatif untuk merancang program 5S di tempat mereka.
Pelawat sedang diberi taklimat oleh Hj. Kamaruzaman



Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita

No comments: